Kenali Rasul kita (1)

Kenali Rasul kita (1)

nasab atau keturunan nabi Muhammad saw terbahagi kepada tiga bahagian :-

1) Bahagian yang disepakati oleh semua pakar sejarah iaitu bermula dari Nabi Muhammad saw hingga Adnan.

2) Bahagian yang dikhilafi para ulama hingga sukar untuk menghubungkan antara khilaf-khilaf ini, iaitu bermula dari Adnan hingga Nabi Ibrahim as. Namun ada sekumpulan ulama yang tawaqquf setakat itu dan tidak membenarkan menyenaraikan lebih dari itu, dan sebahagian yang lain membenarkan. Kumpulan yang membenarkan ini pun berkhilaf sesama mereka dalam menentukan bilangan moyang Baginda saw sehinggakan khilaf mereka sangat dahsyat dan melebihi 30 pendapat dalam isu ini.

3) Bahagian yang ketiga pula bermula dari Ibrahim as hingga Adam as. Kebanyakan rujukan untuk bahagian ini berdasarkan kepada riwayat atau naqal Ahli kitab dimana ada yang dipercayai dan ada yang sebaliknya yakni tidak dapat dipastikan kesahihannya.

maka nasab nabi  Muhammad saw adalah begini berdasarkan kepada tiga bahagian tersebut

Bahagian pertama - Muhammad saw bin Abdullah bin Abdul Muttalib (Nama sebenarnya Syaibah) bin Hasyim (Nama sebenarnya Amru) bin Abdu Manaf (Nama sebenarnya Mughirah bin Qusai (Nama sebenarnya Zaid) bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr (Yang digelarkan sebagai Quraisy dan Qabilah Quraisy dinasabkan kepadanya) bin Malik bin Nudhar (Nama sebenarnya Qais) bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah (Nama sebenarnya A'mir) bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Bahagian kedua - Adnan bin Udad bin Alhamaisa' bin Salaman bin 'Aus bin Buz bin Qamwal bin Ubai bin 'Awwam bin Nasyid bin Haza bin Bildas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Nahisy bin Mahkhiy bin 'Aidh bin 'Abqar bin 'Ubaid bin Ad-Da'a bin Hamdan bin Sanbir bin Yathrabi bin Yahzan bin Yalhan bin Ar'awi bin Aid bin Deshan bin 'Aisar bin Afnad bin Aiham bin Muqsar bin Nahith bin Zarih bin Sami bin Mazi bin 'Awdah bin 'Aram bin Qaidar bin Ismail as bin Ibrahim as.

Bahagian ketiga - Ibrahim as bin Tarih (Nama sebenarnya Azar) bin Nahur bin Saru' atau Sarugh bin Ra'u bin 'Abir bin Syalakh bin Arfakhshad bin Sam bin Nuh as bin Lamik bin Mutawsyalakh bin Akhnun (Dikatakan beliau adalah Nabi Idris as) bin Yarid bin Mahla'il bin Qainan bin Anush bin Syith bin Adam as.

WAllahualam

Rujukan : Ar-Raheeq Al-Makhtum Bahthun fi As-Sirah An-Nabawiyyah ala Sohibiha Afdhal As-Solatu Wa As-salam oleh Sheikh Sofiyurrahman Al-Mubarakfuri.

Comments