Kenyataan terbaru Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Izzuddin Al-Qassam bertarikh 18 Julai 2025
Kenyataan terbaru Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Izzuddin Al-Qassam bertarikh 18 Julai 2025 *Sesungguhnya inilah jalan Jihad, sama ada kami berjaya atau gugur syahid.* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah swt berfirman :- { وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِینَ (171) إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ (172) وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ (173) } [Surah Aṣ-Ṣāffāt: 171-173] "Dan sungguh, janji Kami telah tetap bagi hamba-hamba Kami yang menjadi rasul,(Iaitu) mereka itu pasti mendapat pertolongan.Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang." Selawat dan salam ke atas Nabi kita sang mujahid nan syahid dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda dan sekalian mereka yang berjihad dengan jihad baginda sehingga hari Kiamat. Ke hadapan sekalian sang murabitin yang beriman lagi bersabar di Gaza yang megah, Ke hadapan anak watan kami di setiap tempat, Ke hadapan sekalian warga ummah islamiyyah, Ke hadapan setiap warga...



