*Kenyataan Rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 23.04.2024*

 *Kenyataan Rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 23.04.2024*



_“Salam perjuangan buat sekalian Mujahidin”_

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

وَلَمَّا بَرَزُوا۟ لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦ قَالُوا۟ رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًۭا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَٱنصُرْنَا عَلَى ٱلْقَوْمِ ٱلْكَـٰفِرِينَ ٢٥٠

Ketika mereka maju melawan Jalut dan bala tentaranya, mereka berdoa, “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami, dan menangkanlah kami atas kaum yang kafir.”

(Surah Al-Baqarah: 250)

فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ ٱللَّهِ وَقَتَلَ دَاوُۥدُ جَالُوتَ وَءَاتَىٰهُ ٱللَّهُ ٱلْمُلْكَ وَٱلْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُۥ مِمَّا يَشَآءُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍۢ لَّفَسَدَتِ ٱلْأَرْضُ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى ٱلْعَـٰلَمِينَ ٢٥١

Mereka (tentara Talut) mengalahkan tentara Jalut dengan izin Allah dan Daud membunuh Jalut. Kemudian, Allah menganugerahinya (Daud) kerajaan dan hikmah (kenabian); Dia (juga) mengajarinya apa yang Dia kehendaki. Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, niscaya rusaklah bumi ini. Akan tetapi, Allah mempunyai karunia (yang dilimpahkan-Nya) atas seluruh alam. 

(Surah Al-Baqarah: 251)

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Pujian daripada mujahidin yang tsabit, yang memegang teguh bara semangat agama dan watan, yang penuh yakin akan kemenangan dari Tuhan, meskipun menghadapi serangan dan keganasan musuh. 

Selawat dan salam ke atas Nabi kita sang pejuang syahid dan ke atas sekalian ahli keluarga dan sahabat Baginda serta mereka yang berjihad di atas jalan Baginda.

Kehadapan sekalian anak watan yang mulia lagi diberkati,

Kehadapan sekalian para mujahidin nan perwira yang agung lagi teguh di setiap perbatasan dan medan ribat yang mulia sama ada di Gaza atau di lain-lain tempat pertempuran di Palestine atau di luarnya,

Kehadapan sekalian warga ummat dan segala keupayaannya yang gah lagi hebat,


Kehadapan sekalian warga merdeka dunia,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Telah berlalunya 200 hari sejak bermulanya perang taufan al-aqsa yang tercetus dengan kejayaan mujahidin Gaza menghancurkan sebahagian tentera musuh pada waktu pagi 7 Oktober 2023 dan mujahidin berjaya melancarkan serangan yang penuh impak dalam sejarah penjajah zionis demi membela Al-Aqsa dan membalas ke atas usaha musuh untuk menghancurkan Al-Aqsa serta meranapkan identitinya.

Musuh sehingga sekarang masih berusaha untuk mendapatkan gambaran penuh serangan mujahidin pada hari tersebut. Namun musuh tidak berjaya dan hanya mendapat kehinaan dan keaiban sama ada penghinaan yang berlaku akibat daripada kehancuran tentera mereka dan kegagalan teruk musuh dalam menghadapi keagungan dan kehebatan serangan anak watan kami.

Bahkan imej musuh menjadi sungguh keji dan hancur di hadapan seluruh mata dunia yang mana seluruh dunia akhirnya mengetahui akan hakikat sebenar musuh yang jelek ini dan yang tidak pernah mereka ketahui sebelum ini. Dunia juga akhirnya mengetahui bahawasanya musuh merupakan suatu rejim yang aneh lagi ganjil yang berbeza dari negara-negara lain dan akan merayu pertolongan tuan-tuannya pada setiap peringkat yang mereka hadapi.

200 hari telah berlalu dan musuh nan Nazi masih bersangkut di atas pasir Gaza tanpa sebarang objektif dan tujuan apatah lagi kejayaan yang penuh khayalan dan tidak berjaya memerdekakan tawanan mereka. Musuh mengambil kesempatan di atas nasib mereka yang malang dengan melakukan kehancuran dan pengeboman membabi buta yang mana ianya tidak mencapai sebarang kejayaan untuk mereka.

Tentera dan barisan pemimpin musuh yang kejam ini tidaklah berbeza nasib mereka dengan penjajah-penjajah nan pembunuh yang telah direkodkan di dalam lipatan sejarah. Musuh hanya akan menuai tambahan demi tambahan kemarahan dan dendam untuk melenyapkan mereka di Palestine dan sekitarnya serta di peringkat antarabangsa.

Kami juga telah mendengar kenyataan daripada Presiden Nazi yang baru, Benjamin Netanyahu, bahawa bapanya pernah memberitahu kepadanya berkenaan kebencian terhadap mereka itu umpama virus yang sentiasa diperbaharui sepanjang zaman. Kami jawab; benar katanya dan tidak perlu bapanya menyingkapi perkara itu seperti sejarawan namun bapamu lupa untuk memberitahu satu perkara bahawa virus ini adalah disebabkan kotoran keji kalian sendiri dan darah-darah mereka yang tidak berdosa yang kalian cemarkan sepanjang zaman. Bapamu lupa untuk memberitahumu lagi bahawa virus ini sangat merbahaya dan kesannya adalah kematian kalian dan kehancuran penjajahan kalian. 

Tambahkanlah fakta ini wahai si nazi yang sombong di dalam lembaran hikayat ceritera bapamu dan rujuklah kembali kepada helaian-helaian tauratmu dan bacalah ancaman Tuhan ke atas mereka yang melakukan kerosakan di atas muka bumi. Tiada sebarang kesan mahupun faedah dari lakonan tangisan dan kesusahan yang kalian pamerkan untuk menutup hakikat kalian.

ونشهد الله فيكم البدع

Allah sebagai saksi bahawa kalian telah melakukan suatu yang tidak pernah dilakukan

سبعون عاما وما بكم خجل

70 tahun kezaliman dan kalian tiada sebarang malu dan segan

الموت فينا وفيكم الفزع

Kematian akan menyambut kami manakala kalian pula dalam ketakutan

أخزاكم الله في الغزاة فما رأى الورى مثلكم ولا سمعوا

Allah akan menghina kalian dek kerana keganasan yang kalian lakukan yang tidak pernah dilihat sekalian makhluk contoh seperti kalian dan tiada pernah kedengaran

200 hari telah berlalu dan mujahidin cekal umpama gunung ganang Palestin di mana pendekar kami dan anak watan kami bukan sebarang insan tapi mereka adalah gunung yang megah. Mereka terus keluar untuk bertempur dan akan terus keluar menghadapi musuh dari setiap timbunan batu-bata dan dari setiap celah-celah runtuhan bangunan, mereka akan keluar bertempur dengan izin kekuatan Allah SWT.

Dunia melihat sebahagian kecil daripada betapa gahnya serangan mujahidin yang amat pedih, bukan sahaja ketika mana tentera musuh mara bahkan ketika tentera musuh sedang berundur dan pada ketika mereka hampir mengundurkan diri di setiap medan pertempuran. Musuh terpaksa menghadapi serangan yang membunuh yang dilakukan oleh mujahidin di mana kami telah mendokumentasikan sejuzuk kecil daripada serangan-serangan mujahidin tersebut seperti serangan mujahidin yang berlaku pada 27 Ramadhan di Zannah, Timur Khan Younis dan di setiap kawasan-kawasan pertempuran di Khan Younis.

Mujahidin juga telah melancarkan serangan-serangan hendap yang merbahaya untuk musuh seperti di Hayy Syuja’iyyah, Bayt Hanun, bandar Gaza dan di Utara Gaza. Mujahidin juga melancarkan serangan tembakan tepat terhadap pegawai dan askar musuh dan memburu kenderaan-kenderan berperisai musuh dan menghancurkannya. Serangan kami akan terus digerakkan dan dilancarkan ke atas musuh dengan berkat bantuan Allah.

Serangan mujahidin akan digerakkan dengan strategi yang baru dan taktik yang pelbagai lagi bersesuaian selagi mana berterusannya serangan penjajah atau selagi mana mereka masih duduk walau sejengkal di atas tanah kami.

Kehadapan sekalian anak watan kami, 

Kehadapan sekalian warga ummat,

Kehadapan sekalian warga Merdeka dunia,

Sesungguhnya kami dari Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bersempena hari ke-200 sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa serta keganasan yang dilakukan si zionis maka kami tegaskan perkara-perkara berikut:-

1. Sesungguhnya propaganda-propaganda dusta yang disebarkan pemerintah musuh sejak berminggu-minggu lamanya bahawa kemenangan mereka akan dikecapi dengan sempurna apabila melakukan penaklukan Rafah dan kononnya mereka berjaya memusnahkan kebanyakan pejuang Al-Qassam hingga berbaki mujahidin di Rafah dan lain-lain khabar dusta penuh khayalan yang dimainkan musuh kerana mahu melarikan diri dari hakikat kegagalan mereka yang besar serta kelemahan mereka yang menghantui pimpinan penjajah ini hingga tidak mampu mencapai sebarang misi daripada jenayah perang yang mereka lakukan ini yang tidak pernah berlaku dalam lipatan sejarah moden. Tambahan pula, tindak tanduk musuh serta perbuatan jenayah perang yang berterusan mereka lakukan menunjukkan bahawa musuh merasai kekalahan dan kegagalan dalam perang ini dan bukannya kemenangan atau yang serupa dengan kemenangan.

Syahadan, tentera yang menumpukan fokus mereka kepada membunuh anak-anak kecil, melakukan pemyembelihan terhadap ahli keluarga, mengepung hospital, mengorek kubur-kubur, membalas dendam terhadap mayat-mayat syuhada', menembak tepat orang awam dari jarak ratusan meter, meletupkan pusat pengumpulan bantuan, dan membunuh petugas bantuan kemanusiaan; kesemua ini adalah ciri-ciri tentera yang sedang merasai kejatuhan dan kekalahan serta kekecewaan yang parah. Mereka bukanlah tentera yang berjaya serta tidak mempercayai pencapaian-pencapaian mereka yang tidak benar.

Syahadan, ini lah tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah yang menyebabkan maruah musuh nan pengganas menjadi buruk. Ini lah mesej yang bergema kuat kepada ummat kita dan kepada tiap warga merdeka bahawa musuh ini yang telah kami hancurkan kebongkakan mereka dalam tempoh 60 minit pada 7 Oktober 2024 tidak mampu mencapai apa-apa objektif dalam peperangan ini melainkan kehancurkan dan serta penyembelihan warga awam, serta penghapusan etnik yang mana kesemua ini dilakukan oleh pengecut nan bacul yang memiliki kekuatan jet perang dan senjata letupan yang merbahaya.

Justeru, apabila musuh dan askarnya yang pengganas cuba mencari di mana-mana tempat di bumi Gaza ini akan kemenangan dan pencapaian apa pun, maka mereka berharap dapat menaikkan semangat askar dan rakyat mereka serta memanjangkan lagi usia kerajaan pimpinan mereka. Namun di mana pun mereka berusaha untuk menggapai sebarang bentuk kejayaan maka mereka pasti akan menemui mujahidin kami menyerang mereka dari arah yang mereka tidak sangka untuk meletupkan darah askar mereka.

Kami ingin memperingati musuh bahawa mujahidin Gaza masih wujud dan teguh lagi berakar di bumi ini serta musuh itu akan dihalau dengan ketewasan dengan berkat bantuan dan kekuatan Allah. 

2. Sesungguhnya batu pengukur yang jelas dalam peperangan ini adalah kecekalan anak watan dan mujahidin kami yang mengejutkan musuh meskipun musuh melakukan pembantaian dan genosid ala nazi yang dahsyat ke atas rakyat kami. 

Sehubungan dengan itu, kami tidak akan sesekali meninggalkan kepentingan penjagaan hak-hak asasi manusia bagi anak watan kami yang mulia lagi penyabar di mana hak-hak tersebut akan tercapai dengan genjatan senjata, tentera musuh berundur dari tanah air kami, kembalinya para pelarian ke kediaman mereka, pembangunan Gaza dijalankan kembali dan sekatan ke atas Gaza dihentikan.

Namun, kedegilan dan kekerasan musuh untuk menjamin hak-hak tersebut membuktikan bahawa peperangan ini pada hakikatnya adalah pembantaian musuh ke atas rakyat kami secara keseluruhan. Musuh mengetahui bahawa satu-satunya pencapaian mereka adalah melakukan kehancuran, meneruskan penganiayaan ke atas rakyat, membunuh dan menyeksa mereka.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pimpinan kerajaan musuh sendiri yang melengah-lengahkan dan melambatkan serta teragak-agak untuk mencapai suatu persetujuan bagi pembebasan tawanan perang. Bahkan musuh juga menghalang usaha para pihak mediator untuk mencapai keputusan gencatan senjata dan musuh juga menyebarkan propaganda palsu ke atas rakyat mereka berkenaan rundingan pembebasan tawanan perang.

Musuh juga dalam keadaan panik sekali berkenaan apa-apa isu berkaitan perang yang ganas ini kerana musuh mahu meraih masa tambahan untuk memanjangkan lagi perang ini disebabkan mereka merasai kekalahan dan kegagalan strategik dalam mengendalikan perang ini. 

Kami ingin bertanya kepada rakyat musuh, di manakah Shaoul Arun dan Hadar Golden (warga Israel yang dalam tahanan Hamas sejak bertahun lamanya)? Mereka berdua masih di dalam genggaman kami sejak 10 tahun lamanya. Di mana tawanan Israel yang berbangsa Ethiopia yang bernama Hisyam As-Sayyid?

Kesemua tawanan ini telah pun dilupakan Netanyahu dan isterinya hatta kerajaan mereka yang melampaui batas. Kami ingin memperingatkan kalian, bahawa senario Ron Arad adalah senario yang lebih menguntungkan yang akan terjadi kepada anak-anak kalian yang menjajahi Gaza sekarang ini.

Sesungguhnya keluarga-keluarga tawanan Israel akan menyedari mungkin selepas berlalunya masa yang lama bahawa kerajaan fasis mereka telah melakukan suatu kecelakaan dan tragedi atas nama mereka. Hakikat ini akan menyinggah mereka dengan waktu yang lama. Mereka pasti akan menderita akibat tragedi ini sebagai sebuah keluarga selepas Netanyahu menamatkan helah-helah politiknya dan permainannya yang penuh huru hara.

Maka bola tanggung itu sekarang berada di pihak yang menanggung beban ini iaitu sekalian rakyat musuh namun mereka hanya mempunyai waktu yang amat getir, singkat lagi sempit. Kami telah pun membuktikan kepada kalian sepanjang rekod sejarah bahawa kamilah lebih jujur lagi terang daripada kerajaan kalian kerna sesungguhnya "esok itu adalah dekat bagi yang melihatnya dan menantinya". 

Di sini kami katakan dengan kata-kata yang ringkas, bahawa sesungguhnya tekanan ketenteraan dalam pemahaman si penjenayah Netanyahu dan barisan pimpinan musuh yang fasis yang hanya mahukan penumpahan darah anak watan kami dan kehancuran tidak sesekali menggentarkan kami bahkan kami terus teguh atas medan juang ini. Hal ini kerana harga darah anak watan kami yang tertumpah tidak akan sesekali dapat dibayar melainkan hak-hak anak watan kami dikembalikan dan syarat-syarat mujahidin dicapai dengan izin Allah Taala.

3. Sesungguhnya antara natijah tercetusnya Taufan Al-Aqsa adalah kebangkitan serta kesatuan ummat tidak kira kepelbagaian persatuan dan kumpulan. Mereka bersatu untuk Palestin dan Al-Aqsa. Musuh telah cuba sepanjang tempoh masa yang amat lama untuk mengasingkan isu Palestin dari ummat dan menyahudikan Al-Aqsa yang merupakan salah satu tanah suci bagi kaum muslimin. 

Sesungguhnya agenda normalisasi hubungan dengan Israel adalah salah satu bentuk usaha yang diketengahkan musuh untuk melaksanakan agenda pengasingan tersebut. Namun hadirnya Taufan Al-Aqsa membalikkan meja rundingan di hadapan wajah musuh hingga menyebabkan tercetusnya ribut taufan pembantahan yang melawan mereka hatta mengakibatkan taufan kemarahan dan kebencian di mata dunia ke atas musuh nan penjajah lagi nazi ini. Maka tersingkaplah disebalik debu-debu solekan dusta akan hakikat sebenar musuh ini yang telah memperdayakan dunia sejak sekian lamanya.  

Oleh yang demikian, satu mata musuh fokus kepada Gaza dan satu mata lagi melihat tindak balas warga dunia yang bermula dari kaum arab dan kaum muslimin bahkan respon-respon sekalian barisan perjuangan ketenteraan dan awam yang telah memberi bantuan secara langsung (kepada Gaza),  bahkan respon sekalian warga dunia dan kerajaan mereka. 

Sesungguhnya kami amat menghargai setiap usaha ketenteraan dan juga pada peringkat rakyat biasa yang mengikuti sekali gelombang Taufan Al-Aqsa dan ini menyebabkan kesakitan yang perit kepada musuh serta mendedahkan keaiban mereka. Kami khususkan penghargaan ini kepada barisan pejuang yang cekal di Lubnan, Yaman dan Iraq.

Kami ucapkan salam hormat buat para ruh syuhada yang agung dan sekalian para perwira nan mujahidin serta pengorbanan sekalian anak watan yang merdeka lagi gagah. Kami juga menyeru sekalian warga ummat kami untuk terus meningkatkan lagi respon bantahan ke atas musuh di setiap peringkat dan ruang kerna sesungguhnya tindak tanduk histeria yang dialami musuh dan tuan-tuan mereka akibat daripada respon bantahan yang melawan mereka yang merupakan gabungan daripada pelbagai pihak yang kali pertama dalam sejarah perjuangan kita dari sudut skopnya dan bentuknya.

Respon dan tindak tanduk gundah gulana musuh menunjukkan peri pentingnya respon bantahan dan penentangan yang amat berpengaruh hingga menakutkan musuh dengan ketakutan yang bersangatan. 

Sesungguhnya barisan perjuangan dan penentangan yang lebih aula untuk bergerak dan terjun ke medan pertempuran adalah para mujahidin di Tebing Barat yang dijajah yang mana mereka merupakan keupayaan yang dapat mendatangkan kerugian kepada musuh dan mereka di garisan terdekat yang dapat mengubah sekalian perkiraan. 

Maka, salam juang buat mujahidin Tebing Barat di Tul Karam, Jenin, Nablus, Tubas, Ramallah, Qalqiliya,Lihiya, Bait Laham,Khalil dan tiap jengkal dari tanah Tebing Barat yang perwira yang meliputi ibu negara kita yang suci (Al-Aqsa). 

Dalam masa yang sama, sesungguhnya medan penentangan musuh yang paling penting harus dimasuki pada peringkat negara Arab termasuklah warganya dan rakyatnya bahkan yang utama rakyat Jordan nan gagah yang amat menggusarkan fikiran musuh. Untuk itu, kami ucapkan pada mereka salam perjuangan dan kami menyeru mereka untuk meningkatkan lagi respon bantahan dan penentangan serta menaikkan suara penentangan kerna Jordan itu sebahagian dari kami dan kami sebahagian dari Jordan dan begitu juga setiap negara sama ada negara Arab dan negara Islam.

Maka pada peringkat ini, seluruh dunia dapat melihat bagaimana gementarnya musuh nan zionis ini terhadap sebelum, ketika dan selepas terlancarnya operasi "Janji Dilaksanakan" yang dilancarkan Republik Islam Iran sebagai balasan terhadap keganasan zionis. Balasan dan respon tersebut dari sudut kebesarannya, mesejnya dan sifatnya telah meletakkan prinsip-prinsip baru dan memahat suatu perkiraan penting serta mengucar kacirkan perkiraan musuh dan mereka yang berada di belakang musuh. 

Lihatlah bagaimana musuh ini mendesak dan merayu pertolongan dari penolong-penolongnya yang berada ribuan kilometer untuk mempertahankan diri mereka. Kemudian mereka keluar dalam keadaan kononnya teruja dengan keupayaan pertahanan yang melindungi mereka sedangkan sebelum ini mereka bermegah-megah dengan serangan. Mereka cuba menyembunyikan kesan-kesan kerugian akibat daripada serangan dan operasi "Janji Dilaksanakan" namun kami telah mengawasi rapat betapa teruknya kesan yang dialami musuh. 

Operasi ini membuktikan bahawa telah berlalunya tempoh yang lama di mana musuh berseronok tanpa dipertanggungjawabkan dan melakukan kezaliman tanpa dikenakan sebarang hukuman. 

Khatimahnya,

Kehadapan ahli keluarga kami,

Kehadapan anak watan kami yang gagah,

Salam juang buat kalian kerna kalian melemahkan musuh pada tiap hari yang berlalu dengan kecekalan dan thabatnya kalian di atas tanah air kalian. Kalian sedang melakar suatu lagenda yang gah dari sudut pengorbanan kalian serta kalian mengajarkan dunia pengajaran yang tiada tandingan pada nilai kemuliaan dan kepermurahan hati kalian.

Salam juang buat ahli keluarga kami yang mulia, keluarga sekalian syuhada, yang berhak dipakaikan mahkota kepimpinan Ummat Islam. 

Salam juang buat mereka yang cedera dan mereka yang ditawan musuh, keluarga mereka serta mereka yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Salam juang juga buat tiap anak kecil, wanita dan warga emas Palestin kerna kalian semua kebanggaan buat sekalian insan merdeka di dunia serta ikon keperwiraan yang tiada tandingan. Kalian semua telah mencipta sejarah dengan pengorbanan kalian melawan tentera musuh nan nazi lagi upahan ini yang memiliki negara negara kecil yang mengganas lagi melampaui batas. 

Setiap penderitaan yang dialami keluarga kami dan anak-anak kecil kami bahkan tiap jalan, kampung, kem pelarian, dan bandar di Gaza kami dan di setiap tempat di tanah air kami akan menjadi saksi akan kehebatan anak watan kami dan kehinaan musuh kami.

Sesungguhnya mujahidin kalian akan memegang erat amanat pengorbanan kalian dan janji-janji mereka yang telah syahid, mereka yang menjadi tawanan musuh dan mereka yang tercedera selagimana tersisa urat yang mengalir darah dalam jasad kami. 

Kami adalah sebahagian daripada anak watan kami dan mereka adalah sebahagian daripada kami. Kami memegang panji anak watan dan harapan-harapan mereka serta kami turut sama dalam menanggung kelukaan dan keperitan perjuangan serta pengorbanan yang akhirnya akan membuahkan kemenangan dan kemuliaan dengan berkat bantuan Allah Yang Maha Berkuasa.

إِنَّمَا يُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍۢ ١٠

Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa perhitungan.(Surah Az-Zumar: 10)


وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمْرِهِۦ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ ٢١

Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti.(Surah Yusuf: 21)

Sesungguhnya inilah jalan jihad sama ada kami menang atau kami gugur syahid.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Comments