*Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 7 Julai 2024.*



*Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 7 Julai 2024.*

*Sesungguhnya suara hati ummat kita yang bersatu secara pasti mendatangkan kebaikan buat jihad ini serta memenangkan Gaza dengan semangat waja dan pertempuran yang berterusan tanpa henti.*

*Para mujahidin ummat kita yang penuh setia dengan perjuangan telah merealisasikan konsep pertolongan (An-Nusrah) dan kesatuan (Al-Wehdah) yang tidak pernah berlaku sebelum ini.*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

{ فَقَـٰتِلۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفۡسَكَۚ وَحَرِّضِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَۖ عَسَى ٱللَّهُ أَن یَكُفَّ بَأۡسَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ۚ وَٱللَّهُ أَشَدُّ بَأۡسࣰا وَأَشَدُّ تَنكِیلࣰا}

[Surah An-Nisāʾ: 84]

Maka berperanglah engkau (hai Muhammad) di jalan Allah, engkau tidaklah dibebani melainkan atas dirimu sendiri.Kobarkanlah (semangat) orang beriman (untuk berperang). Mudah-mudahan Allah menolak (mematahkan) serangan orang yang kafir itu. Allah sangat besar kekuatanNya dan sangat keras seksaNya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Pembela mujahidin dan Dia lah Yang menghinakan para taghut yang bongkak. Selawat dan salam ke atas Nabi kita sang pejuang syahid dan sekalian ahli keluarga dan sahabat baginda.

Kehadapan anak watan kami yang mulia nan pendekar,

Kehadapan para pejuang nan pahlawan di medan keperwiraan serta perbatasan yang megah sama ada di Gaza atau Tebing Barat yang dijajah,

Kehadapan para mujahidin ummat di setiap medan sama ada di Lubnan, Yaman dan Iraq,

Kehadapan sekalian ummat dan warga merdeka dunia,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

9 bulan telah berlalu sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober 2023, dan masih lagi anak watan kami terdedah dengan serangan dan keganasan ala nazi, zionis dan Amerika Syarikat. Anak watan kami juga menghadapi penyembelihan genosid hanya kerana mereka berpaut teguh dengan tanah air dan tanah suci mereka dan melaksanakan hak mereka bahkan kewajipan mereka dalam mempertahankan hak mereka dan mengembalikan hak mereka yang dirampas dan mengusir penjajah.

9 bulan telah berlalu, lalu kami memperingatkan dunia bahawa Taufan Al-Aqsa bukanlah sejarah pertama kali bermulanya jihad melawan penjajahan, akan tetapi ia menggamparkan suatu letusan di hadapan muka musuh dek kerana berlalunya zaman berzaman kezaliman dan penindasan yang dilakukan penyangak zionis yang telah menghenyak manusia, batu bata, pokok-pokok dan tanah suci mereka.

Penindasan musuh telah mencapai ke kemuncak apabila kerajaan zionis tidak mahu mengakui kewujudan anak watan palestin dan mereka melaksanakan operasi pembersihan dan pembunuhan sistematik secara beramai-ramai di Tebing Barat, Al-Aqsa, dan Gaza. Mereka juga mengancam dan menggugat kewujudan Palestin sejak tahun 1948 lagi.

Sesungguhnya kefahaman anak watan kami tentang kepentingan operasi Taufan Al-Aqsa ini dapat diterjemahkan pada bancian yang dilakukan oleh badan merdeka yang menatijahkan bahawa meskipun telah berlalu peperangan berbulan-bulan namun anak watan kami di Gaza dan Tebing Barat secara menyeluruh memberikan dokongan dengan penuh terhadap perang Taufan Al-Aqsa ini serta mereka teguh di belakang para mujahidin.

9 bulan telah berlalu namun mujahidin kami tidak penat mahupun lemah serta tidak mengaku kalah apabila bertempur di bumi Gaza tanpa sebarang sokongan  dan bantuan pihak luar dalam memberikan senjata mahupun kelengkapan perang. Pada masa yang sama, anak watan kami masih cekal bertahan tanpa makanan, tanpa air ,tanpa ubat-ubatan meskipun dilanda penyembelihan etnik yang kejam nan zalim. Kesemua ini akan memasukkan Gaza ke dalam rekod sejarah khususnya dalam rekod kemuliaan yang teragung bahkan model teragung dalam perjuangan kemerdekaan yang tercatat dalam lipatan sejarah kemanusiaan moden bahkan Gaza menjadi sekolah yang mengilhamkan idea perjuangan bagi setiap insan dan pejuang di dunia.

Wahai ahli keluarga kami,

Wahai anak watan kami,

Wahai ummat kami,

Wahai warga merdeka dunia,

Para mujahidin nan anak watan bertempur dalam pertempur penuh lagenda sejak 9 bulan yang lalu serta mematahkan objektif-objektif musuh dan berjaya mengalahkan askar musuh yang diupayakan dengan senjata dan kelengkapan yang hebat bahkan mereka dibantu dengan serangan darat, udara dan lautan. Musuh juga dibantu Amerika Syarikat dan British, kedua-duanya rakan kongsi dalam keganasan dan genosid.

Mujahidin bertempur dengan penuh cekal, dan keluar ke medan tempur untuk menghadapi musuh sepertimana kami telah janjikan sejak hari pertama peperangan lagi. Mujahidin telah berjaya membunuh musuh,dan mencederakan mereka pada setiap hari sekalipun berlarutan tempoh peperangan dan teruknya keganasan musuh, serta sekalipun kami bertempur dengan tentera musuh yang amat jelik dan terpaling hina akhlak mereka di dunia.

Inilah tentera musuh yang menggunakan orang awam sebagai perisai manusia. Mereka memperdaya orang awam untuk duduk di suatu tempat yang didakwa selamat lalu mereka mengebom orang awam tersebut. Mereka juga mengebom rumah-rumah orang awam hingga runtuh dan menimpa warga didalamnya. Mereka telah mencemarkan hospital, bangunan PBB, sekolah-sekolah dan tempat-tempat selamat orang awam. Mereka juga sengaja menghancurkan tapak-tapak dan bangunan bersejarah, masjid-masjid,  gereja-gereja, tanah perkuburan dan perpustakaan-perpustakaan kerana mereka takutkan sejarah yang telah memberi amaran kepada mereka bahawa tiada masa depan untuk penjajah bahkan mereka akan terperosok di dalam tong sampah sejarah.

Setiap keganasan musuh berlaku di hadapan penyaksian dan pendengaran dunia serta ditayang secara langsung di media massa, maka moga warga dunia melihat akan pendustaan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan kelemahan undang-undang hak asasi manusia yang dicanang-canangkan serta kecacatan sistem keadilan antarabangsa yang selektif.

Walau bagaimanapun, mujahidin kami masih setia berjuang dengan penuh ketabahan serta mengupayakan kemahiran kreatif dalam menjayakan strategi serangan dan menghadapi musuh dengan semangat juang nan membara serta keutuhan iman yang tiada tara seolah-olah mereka berada di zaman sahabat Rasulullah saw.

Allah SWT telah menjalankan pada tangan para mujahidin karamah-karamah dan kethabatan dalam perjuangan di mana tiada berdaya lisan dalam menggambarkannya. Amat benarlah firman Allah Yang Maha Agung :-

{ وَٱلَّذِینَ جَـٰهَدُوا۟ فِینَا لَنَهۡدِیَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ }

[Surah Al-ʿAnkabūt: 69]

Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang yang berbuat baik.

Dalam tempoh 9 bulan yang sempurna,dengan berkat kurnia Allah SWT setiap 24 briged kami turun ke medan juang dari hujung Bait Hanun di bahagian utara dan sehingga hujung Rafah di bahagian selatan. Bersama-sama kami dalam perjuangan ini adalah briged-briged mujahidin yang lain yang menjadi rakan setia keperwiraan nan jihad.

Maka briged-briged kami turun dalam medan tempur yang penuh lagenda dan berturutan menggempur musuh. Syahadan demikianlah mujahidin kami mengatur gerak pada tiap pertempuran, mara kehadapan, meningkatkan skala serangan dan banyak mendatangkan kecederaan parah kepada musuh. Mujahidin juga mengambil faedah daripada pengalaman-pengalaman mereka pada tiap serangan.

Sesungguhnya kami persembahkan bahawa ada sahaja dalam kalangan kami yang gugur syahid sama ada daripada barisan askar mujahidin mahupun pimpinan yang tergolong daripada sekalian peringkat namun panji jihad tidak akan sesekali gugur dan pasti tidak akan gugur dengan izin Allah dan bantuanNya.

Inilah mereka para mujahidin yang mengucapkan kepada musuh pada saban hari bahawa tiada tempat bagi mereka di bumi Gaza nan Pejuang, sama ada bagi kereta kebal mereka mahupun askar mereka yang dilengkapi dengan teknologi perang yang termoden bahkan tiada tempat jua bagi askar upahan yang berperang untuk upah dalam peperangan yang merugikan mereka ini dan buat mereka yang bersembunyi disebalik rumah-rumah ibarat pencuri, dan buat para pegawai musuh yang bersembunyi di dalam kereta kebal...

"SETIAP DARIPADA MEREKA AKAN BERAMBUS SAMA ADA DIBUNUH, TERCEDERA ATAU LARI DALAM KETAKUTAN DENGAN IZIN ALLAH TAALA"

Wahai ahli keluarga kami,

Wahai anak watan kami,

Wahai ummat kami,

Wahai warga merdeka dunia,

Sesungguhnya kami daripada briged Izzuddin Al-Qassam sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa serta kekejaman yang berlaku ke atas anak watan kami, maka kami tegaskan perkara-perkara berikut:-

1. Sesungguhnya peperangan di Rafah yang telah berlaku sejak dua bulan lagi dan mujahidin kami bertempur dengan penuh hebat serta kejayaan mujahidin kami yang membanggakan dalam tempoh dua minggu ini di Syujaieyyah, dan operasi-operasi yang lain sama ada di Utara Gaza, tengah Gaza mahupun selatan Gaza adalah suatu dalil kukuh akan keperwiraan dan kegagahan mujahidin kami serta kegagalan dan kekecewaan musuh.

Seluruh dunia menyaksikan bagaimana si penjenayah lagi korup Netanyahu dan menteri perangnya memberi omongan kosong dan helah kepada rakyat mereka serta membohongi dunia bahawa serangan mereka di Rafah adalah suatu serangan muktamad yanng menghancurkan mujahidin. Namun serangan tersebut hanya membuktikan  bahawa ianya tidak lain hanyalah penyempurnaan misi mereka untuk melakukan penghancuran secara tersusun serta penyembelihan ke atas warga awam.

Walau bagaimanapun musuh masih berterusan dihadapi serangan balas mujahidin yang bersiap siaga di Rafah yang mana mereka telah berjaya membunuh askar musuh dan menghancurkan kenderaan berperisai musuh serta melancarkan operasi serangan hendap ke atas musuh. Pada masa yang sama musuh juga terpaksa menghadapi serangan mujahidin yang amat memedihkan pada tiap kawasan yang baru sahaja mereka masuk.

Bahkan di bahagian tengah Gaza yang dikenali sebagai Net Sarem yang akan me jadi titik pertempuran nan kematian serta ketakutan buat musuh dengan izin Allah. Musuh akan keluar dari situ dalam keadaan dihalau sepertimana mereka dihenyak keluar sebelum ini dengan berkat kekuatan Allah Taala.

2. Sesungguhnya keupayaan mujahidin untuk bertempur serta semangat mereka yang berkobar-kobar untuk menghadapi musuh masih marak membakar dengan kurniaan Allah. Api dendam yang dinyalakan musuh disebabkan jenayah-jenayah ala nazi lagi sadis mereka amat cukup untuk menjahanamkan musuh dan tiap rencana mereka dengan izin Allah.

Kezaliman musuh ini akan mewujudkan suatu generasi megah persis besi sambil dilengkali kemahuan tinggi untuk berjihad,berjuang dan melawan musuh. Inilah kegagalan strategi terbesar musuh yang akan mereka rasai selepas suatu tempoh.

Maka di sini kami tekankan bahawa keupayaan kemanusiaan bagi Briged Al-Qassam adalah teramat baik dengan kurnia Allah SWT. Kami telah berjaya sepanjang tempoh peperangan ini merekrut ribuan mujahidin baru untuk mendirikan barisan bantuan. Bahkan di sana ada ribuan lagi mereka yang bersedia untuk menyertai mujahidin dan mempunyai semangat yang membara serta akan turun berjihad apabila datang keperluan.

Mujahidin juga berjaya dengan berkat kurniaan Allah memperbaiki dan memperkukuhkan kembali sebahagian keupayaan peperangan mujahidin yang penting serta menyiapkan jerat dan perangkap membunuh, dan menghasilkan bahan letupan dan bom, dan mengitar semula bahan persenjataan musuh yang telah ditinggalkan oleh mereka yang terdiri daripada bahan letupan dan roket yang musuh telah gunakan ke atas ahli keluarga kami dan warga awam dengan dahsyat yang tidak pernah dilakukan dalam lipatan sejarah peperangan.

Lantaran itu, kami telah memperkukuhkan lagi keupayaan pertahanan kami untuk menghadapi serangan penjajah di setiap tempat yang mereka jejaki di atas tanah air kami. Bahkan masih banyak lagi keupayaan dan kekuatan kami yang boleh kami persembahkan kepada musuh dengan izin Allah Taala dan kekuatanNya.

{ وَكَذَ ٰلِكَ جَعَلۡنَا فِی كُلِّ قَرۡیَةٍ أَكَـٰبِرَ مُجۡرِمِیهَا لِیَمۡكُرُوا۟ فِیهَاۖ وَمَا یَمۡكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمۡ وَمَا یَشۡعُرُونَ }

[Surah Al-Anʿām: 123]

Dan demikianlah pada setiap negeri Kami jadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Tapi mereka hanya menipu diri sendiri tanpa menyedarinya.

3. Mesej kami kepada rakyat musuh dan keluarga askar zionis serta kepada keluarga tawanan musuh bahawa telah senantiasa termaklum kepada kalian serta dunia yang kemenangan mutlak yang disebut-sebut oleh Netanyahu adalah kejayaan peribadinya untuk mengalahkan lawannya semata-mata dan pengekalannya di atas takhta kekuasaan imbalannya adalah pengorbanan anak-anak kalian.

Apa yang sibuk difikirkan Netanyahu adalah memuaskan pengemis-pengemis rakan-rakan koalisinya di dala kerajaan pengganas ini, justeru masa depan anak-anak kalian menjadi mainan di atas tangan pemimpin kerajaan kalian serta barisan menterinya yang gilakan kehancuran dan pembunuhan.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh Netanyahu hanyalah untuk melarikan diri daripada hakikat dan kegagalan yang akan senantiasa menyusulinya sepanjang sisa hidupnya. Disamping itu, apa yang telah tersingkap pada mereka baru-baru ini di tengah-tengah musuh yang terdiri daripada dokumen-dokumen perisikan sekitar kegagalan parah mereka pada 7 Oktober 2023 adalah perkara ringan berbanding apa yang kami akan singkapkan pada masa yang sesuai dengan izin Allah yang terdiri daripada keterangan/dokumen yang menjadi lebih keras dan payah untuk ditelan musuh di mana ianya akan menzahirkan bagaimana kami berupaya melaksanakan strategi helah yang tersusun yang mempu memperdaya unit Shin Bet (Unit Keselamatan Israel) dan agensi keselamatan musuh yang lain.

4. Sesungguhnya apa yang berlaku di Tebing Barat yang terdiri daripada peningkatan serangan mujahidin Qassam di Jenin yang berterusan, dan juga di Tul Karim, Al-Iba' , Nablus, Jabalun Nar, dan di setiap daerah Tebing Barat dan Al-Quds yang dijajah adalah merupakan serangan balas dan pilihan anak watan kami untuk melawan penghapusan etnik secara tersusun serta usaha pengyahudian dan penjajahan yang dilaksanakan oleh kerajaan zalim lagi penjenayah ini.

Sesungguhnya serangan balas tersebut, dan operasi-operasi yang dijalankan mereka yang penuh barakah dan khas yang dilakukan oleh sekalian barisan mujahidin adalah layak dengan keagungan anak watan kami nan pendekar. Ini adalah suatu mesej buat musuh lagi penyombong dan kepada para menteri mereka yang nazi bahawa mimpi ngeri yang kalian takutkan di mana bangkitnya jihad di Tebing Barat, Al-Quds dan bangkitnya sel-sel jihad di bumi Palestin yang terjajah sejak tahun 1948 akan datang dan tidak akan dapat dihalang dan dalam bentuk yang tidak diduga musuh dengan izin Allah Taala.

Maka ucapan salam hormat buat pejuang kami di Tebing Barat, dan kami menyeru mereka untuk meneruskan usaha menhenyak kesombongan musuh ini yang ketakutan dan meningkatkan lagi operasi mereka kerana mereka lah pusat segala harapan serta merekalah episod yang terpenting bagi pengakhiran mimpi rejim yang zalim ini.

5. Salam hormat yang wajib kami sampaikan buat saudara kami nan pendekar di Hezbullah di Lubnan dan kepada tiap pasukan-pasukan mujahidin Palestin serta Jamaah Islamiyyah di Lubnan serta syuhada mereka.

Salam hormat juga buat saudara kami daripada Ansarullah di Yaman yang mulia serta mujahidin Iraq yang merdeka. Mereka semua ini secara bersesama mendatangkan bantuan dan dokongan yang amat berkesan dan meningkatkan secara berterusan takat serangan mereka sehinggalah berhentinya nanti keganasan musuh ke atas Gaza. Sesungguhnya mereka telah memberikan pengajaran pedih buat musuh dan berjaya mengembalikan harapan kesatuan ummah di hadapan wajah musuh serta kemampuam mereka untjk mengepung dan menundukkan musuh hingga menjadikan musuh merasakan yang mereka adalah suatu rejim yang asing lagi terbuang setelah mereka menghadapi barisan mujahidin daripada pelbagai tempat yang bersatu padu untuk membela Al-Quds, Gaza serta Palestin dengan ucapan, perbuatan dan pertempuran bahkan menumpahkan darah mereka serta menajamkan keupayaan persenjataan mereka hingga menyebabkan musuh terpaksa menjadi pelarian disamping keupayaan mereka untuk mengepung musuh dengan keupayaan laut mereka hingga menghimpit rongga-rongga musuh dan mengelirukan agensi perisikan dan keselamatan musuh.

Sesungguhnya suara hati ummat kita yang bersatu secara pasti mendatangkan kebaikan buat jihad ini serta memenangkan Gaza dengan semangat waja dan pertempuran yang berterusan tanpa henti.

Ummat kita telah dikarakterkan sebagai ummat yang hanya mampu bersolidariti secara lisan namun secara malu alah dan kelemahan kepimpinan mereka yang amat dibencikan.

Namun, para mujahidin ummat kita yang penuh setia dengan perjuangan telah merealisasikan konsep pertolongan (An-Nusrah) dan kesatuan (Al-Wehdah) yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Alangkah gembiranya ruh Asy-Syahid Abdul Qadir Al-Husseini melihat perjuangan kalian wahai pendekar ummat!

Betapa kecewanya beliau (rahimahullah) apabila rayuan pertolongannya kepada pemimpin-pemimpin Islam ketika di zamannya tidak disahut.

Namun meskipun 76 tahun berlalu, gema teriakannya tidak menggerakkan seorang pemimpin Islam pun, bahkan kelemahan pemimpin-pemimpin Arab dan Islam menjadi lebih parah , serta ketidakpedulian mereka menjadi lebih dahsyat dan kuat.

 Alangkah peliknya apabila hanya tindakan mengusir duta, dan memutuskan hubungan dengan musuh yang menyembelih bangsa arab dan Islam kesemua ini menjadi impian bagi sebuah ummat yang dahulunya menguasai dunia selama beberapa kurun...La Haula Wala Quwwata Illa Billah (Tiada daya dan upaya melainkan Allah) wa HasbunAllah Wani'mal Wakil.

 Penutupnya, wahai anak watan kami dan ahli keluarga kami!

Salam setia dan hormat buat kalian wahai jiwa kebangkitan dan tempat pancaran kemuliaan buat ummat. Kami juga berterusan amatlah mengharapkan kepada pemberhentian serangan,dan kami adalah daripada kalian,dan dengan kalian semua serta kami tidak akan terima melainkan terhentinya kezaliman ke atas ahli keluarga kami.

Sesungguhnya peperangan suci ini adalah takdir bagi setiap anak watan yang duduk di bawah penjajahan dan natijah pasti bagi si penjajah adalah kehancuran dan tertewasnya penjajah meskipun bertambah besar dan melampaunya keganasan mereka.

Kami ingin menenangkan mujahidin kami dan anak watan kami serta ahli keluarga kami di setiap tanah air kami bahawa Taufan Al-Aqsa yang bermula di Gaza serta semua peristiwa dan perkembangan yang menyusulinya adalah terdiri daripada peperangan-peperangan yang pasti dengan izin Allah membawa kepada perubahan-perubahan yang besar serta perubahan strategi yang mendatang.

Maka kalian hai ahli keluarga kami akan menjadi pencipta kemenangan dan pembawa panji-panjinya dengan darah syuhada kalian yang suci dan penderitaan kalian yang besar, serta kesabaran kalian di medan ribat yang teramat mulia.

Kerna sesungguhnya hari esok itu amatlah dekat bagi mata yang melihatnya

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala urusanNya, namun sangat banyaknya manusia yang tidak mengetahui.

Sesungguhnya inilah jalan jihad, sama ada kami berjaya atau gugur syahid.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Comments