Kenyataan terbaru Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Izzuddin Al-Qassam bertarikh 18 Julai 2025

 

Kenyataan terbaru Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Izzuddin Al-Qassam bertarikh 18 Julai 2025

*Sesungguhnya inilah jalan Jihad, sama ada kami berjaya atau gugur syahid.*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allah swt berfirman :-

{ وَلَقَدۡ سَبَقَتۡ كَلِمَتُنَا لِعِبَادِنَا ٱلۡمُرۡسَلِینَ (171) إِنَّهُمۡ لَهُمُ ٱلۡمَنصُورُونَ (172) وَإِنَّ جُندَنَا لَهُمُ ٱلۡغَـٰلِبُونَ (173) }

[Surah Aṣ-Ṣāffāt: 171-173]

"Dan sungguh, janji Kami telah tetap bagi hamba-hamba Kami yang menjadi rasul,(Iaitu) mereka itu pasti mendapat pertolongan.Dan sesungguhnya tentera Kami itulah yang pasti menang."

Selawat dan salam ke atas Nabi kita sang mujahid nan syahid dan ke atas keluarga serta sahabat-sahabat baginda dan sekalian mereka yang berjihad dengan jihad baginda sehingga hari Kiamat.

Ke hadapan sekalian sang murabitin yang beriman lagi bersabar di Gaza yang megah,

Ke hadapan anak watan kami di setiap tempat,

Ke hadapan sekalian warga ummah islamiyyah,

Ke hadapan setiap warga merdeka dunia,

Telah berlalunya empat bulan sejak  pihak zionis nazi meneruskan serangannya yang ganas ke atas rakyat dan keluarga kami di Gaza yang mana serangan itu telah mengkhianati perjanjian-perjanjian gencatan senjata yang dimasuki mereka dan para pejuang Gaza di Januari tahun ini. Apatah lagi mereka telah menipu wakil-wakil mediasi serta seluruh dunia lalu mereka kembali meneruskan serangan demi mencari kejayaan palsu mereka dan mahu menyempurnakan nafsu serakah ganas dan hobi mereka ke atas orang awam dan anak-anak kecil dengan cara melakukan kehancuran sistematik terhadap kampung-kampung, pekan-pekan, kawasan perkumpulan penduduk maka genaplah 21 bulan anak watan kami diserang dengan ganas namun mereka cekal seperti utuhnya gunung ganang yang terdiri daripada para mujahidin nan pejuang anak watan serta kesabaran yang mereka pamerkan persis sabar para Nabi menunjukkan kemegahan sebuah anak watan yang pendekar lagi pemurah.

Kehinaan dan keaiban buat si penzalim nan keji yang terdiri daripada para penjajah dan perampas tanah. Bahkan kehinaan jua buat saudara sedarah dan searab serta seislam kami yang tidak mempedulikan kami kecuali mereka yang dirahmati Allah yang merupakan rakan seperjuangan jihad, rakyat yang mempedulikan kami namun tidak dapat melakukan apa-apa kerana urusan mereka diikat serta sekalian warga merdeka yang masih mempunyai nilai kemanusiaan yang menyokong kami.

Sesungguhnya pihak musuh telah mengumumkan dalam beberapa bulan terakhir ini suatu operasi yang bernama "Kereta Kuda Gideon" yang merupakan suatu usaha untuk mensucikan kezaliman mereka dengan kepercayaan merepek taurat zionis yang menunjukkan peperangan mereka ini suci sedangkan ianya bersifat nazi lagi perkauman. Tindakan mereka ini persis tindakan syaitan dan merupakan usaha-usaha rasis yang jelik lagi pengecut.

Maka telah dan akan kami hadapi operasi tersebut dengan kekuatan Allah dengan beberapa siri operasi batu-bata Daud di mana nama operasi kami ini diambil daripada ilham kisah pertolongan Allah kepada hambaNya Nabi Daud dalam menghadapi kezaliman si angkuh jalut.

Maka dengan izinNya para mujahidin kita menyerang tepat ke arah musuhNya, dan kebersamaan Allah pada tenteraNya jelas dilihat apabila para mujahidin kami berjaya membalas setiap serangan musuh. Benarlah firman Allah

{ فَلَمۡ تَقۡتُلُوهُمۡ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ قَتَلَهُمۡۚ وَمَا رَمَیۡتَ إِذۡ رَمَیۡتَ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ رَمَىٰ وَلِیُبۡلِیَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ مِنۡهُ بَلَاۤءً حَسَنًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَمِیعٌ عَلِیمࣱ }

[Surah Al-Anfāl: 17]

"Maka (sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, melainkan Allah yang membunuh mereka, dan bukan engkau yang melempar ketika engkau melempar, tetapi Allah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mukmin, dengan kemenangan yang baik. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui."

Maka para mujahidin kami memasuki medan tempur dengan kerjasama bersama-sama saudara kami daripada pasukan-pasukan mujahidin yang lain seperti briged Saraya Al-Quds. Meskipun peperangan ini tidak seimbang dari sudut kekuatan namun dengan keimanan yang tiada tara, dan keupayaan yang gagah serta keazaman yang tidak luntur maka dengan berkat kekuatan Allah serta kurniaanNya dan taufiqNya mujahidin kami berjaya dalam tempoh beberapa bulan ini mengakibatkan ratusan tentera musuh menjadi antara korban atau cedera bahkan ribuan mereka ditimpa penyakit mental dan trauma.

Lihatlah berapa banyak angka askar musuh yang bunuh diri (semakim bertambah) kerana mengalami pengalaman ngeri daripada apa yang mereka laksanakan yang terdiri daripada perbuatan yang keji lagi berdarah serta betapa gagahnya serangan para mujahidin yang dilitupi bantuan Allah. Mujahidin telah berjaya mengejutkan musuh dengan taktik-taktik yang baru dan pelbagai. Hal ini kerana para mujahidin telah berjaya mengambil pelajaran daripada peperangan ini yang merupakan pertempuran yang paling lama dalam sejarah anak watan kami.

Justeru, mujahidin telah berjaya melaksanakan operasi-operasi khas yang gagah serta istimewa dan hingga kini masih dapat menyasarkan serangan ke atas kenderaan-kenderaan berperisai musuh dengan menggunakan senjata dan bom serta mujahidin juga berjaya melawan secara langsung askar musuh dan menyerang hendap mereka serta menembak tepat mereka dan meletupkan bangunan yang didiami musuh, dan terowong-terowong.

Dunia telah menyaksikan para pendekar kami yang telah mendaki kereta kebal musuh di Khan Yunis dan menyerang musuh dari titik sifar bahkan mereka juga mengejar musuh yang hanya berkepakaran dalam memusnahkan rumah-rumah  orang awam. Para mujahidin berjaya mengaut rampasan perang berupa senjata-senjata musuh.

Mujahidin juga telah berusaha dalam beberapa minggu ini melaksanakan operasi menculik askar musuh dan ianya hampir berjaya namun kehendak Allah mengatasi segalanya dan musuh juga sekarang ini menggunakan taktik pengeboman secara kolektif apabila askar mereka didisyaki akan diculik oleh mujahidin.

Operasi-operasi mujahidin kami telah merebak dari hujung utara Gaza dan timur Bait Hanun, Jabaliyyah, selatan Gaza, Hayyu Al-Tuffah, Syujaeyyah, Zaitun hingga ke Khan Yunis dan Rafah. Hal ini menjadikan pendekar-pendekar Gaza merupakan madrasah ketenteraan yang teragung dalam melawan penjajah di dalam tarikh moden.

Wahai anak watan kami,

Wahai ummat sekaliannya.

Sesungguhnya kami di Briged Asy-Syahid Izzudin Al-Qassam, selepas berlalunya 21 bulan sejak tercetusnya operasi Taufan Al-Aqsa dan peperangan ala nazi zionis ke atas rakyat kami, maka kami menegaskan perkara-perkara berikut :-

1. Mujahidin kami senantiasa dalam kesiap siagaan untuk meneruskan pertempuran penghausan (war of attrition) yang panjang demi melawan pihak penjajah tidak kiralah apa bentuk serangan dan rencana musuh.

Para mujahidin telah bersumpah untuk terus thabat untuk melawan musuh hinggalah mereka dihalau keluar atau mujahidin meraih syahid. Perjuangan kami ini adalah soal prinsip dan hak serta tiada ruang untuk didebatkan bahkan ianya adalah kewajipan agama, kewajipan watan yang suci dan tiada pilihan bagi kami melainkan berjuang dengan segala kekuatan dengan berkat pertolongan Allah. Kami akan meneruskan perjuangan dengan kerikil bumi dan dengan apa yang kami miliki yang terdiri daripada semangat yang tinggi serta pendekar-pendekarnya yang beriman yang mampu membuat dengan apa yang sedikit sebagai senjata yang menakjubkan dengan berkat kurniaan Allah.

Sesungguhnya strategi dan ketetapan pimpinan Al-Qassam di peringkat ini adalah untuk menambahkan lagi bilangan askar musuh yang dibunuh oleh mujahidin dan melaksanakan operasi-operasi khas dari jarak sifir serta berusaha untuk menjayakan operasi menangkap askar zionis.

Jika kerajaan musuh yang pengganas mahu memilih untuk meneruskan peperangan genosid ini maka ia secara langsung telah menetapkan pada masa yang sama untuk berterusan untuk menyambut bangkai-bangkai askar musuh dan pegawai mereka.

Kereta-kereta kebal mereka tidak mampu melindungi mereka daripada bara maut yang datang dari tangan orang beriman yang menyerang dengan kuasa Allah.

Allah swt berfirman :-

{ هُوَ ٱلَّذِیۤ أَخۡرَجَ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ مِن دِیَـٰرِهِمۡ لِأَوَّلِ ٱلۡحَشۡرِۚ مَا ظَنَنتُمۡ أَن یَخۡرُجُوا۟ۖ وَظَنُّوۤا۟ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُهُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَیۡثُ لَمۡ یَحۡتَسِبُوا۟ۖ وَقَذَفَ فِی قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَۚ یُخۡرِبُونَ بُیُوتَهُم بِأَیۡدِیهِمۡ وَأَیۡدِی ٱلۡمُؤۡمِنِینَ فَٱعۡتَبِرُوا۟ یَـٰۤأُو۟لِی ٱلۡأَبۡصَـٰرِ }

[Surah Al-Ḥashr: 2]

"Dialah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung halamannya pada saat pengusiran yang pertama.Kamu tiada menyangka, bahwa mereka akan keluar, dan mereka pun yakin benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari (seksaan) Allah; maka Allah mendatangkan (seksaan) kepada mereka dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah menanamkan rasa takut ke dalam hati mereka; sehingga mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangannya sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai penglihatan"

2. Di saat kami berbangga dengan keperwiraan mujahidin kami, namun kami juga sedar akan betapa teruknya penderitaan yang dialami anak watan kami dan keluarga kami yang cekal bersabar di mana kami pun mengalami penderitaan yang sama setiap hari. Sesungguhnya perjuangan kami ini yang diwajibkan dan ditaklifkan oleh Tuhan kami untuk melawan musuh ini tidak melenyapkan sekalian ummat yang berjutaan daripada kewajipannya yang telah disia-siakan.

Sesungguhnya musuh ini dibantu oleh sekuat-kuat kuasa kezaliman di dunia dengan stok demi stok persenjataan yang tidak henti-henti dan pada masa yang sama sekalian pertubuhan antarabangsa dan kekuatan ummat berlepas tangan daripada membantu saudara mereka di tanah perjuangan ini. Musuh telah membunuh puluhan ribu rakyat dan membiarkan mereka kebuluran serta menghalang air dan ubat-ubatan daripada memasuki Gaza.

Oleh yang demikian, kami katakan kepada sejarah dengan penuh pahit dan kepedihan dan di hadapan tiap anak-anak ummat ini :-

"Wahai sekalian pemimpin-pemimpin Ummah Islamiyyah dan Arab!

Wahai sekalian pemimpin elitnya dan parti-partinya yang besar!

Wahai sekalian ulamanya!

Kalian adalah lawan kami di hadapan Allah Azza wa Jalla.

Kalian adalah lawan kepada tiap anak yatim, tiap orang yang kehilangan rumah, yang cedera, yang kebuluran. Tengkuk-tengkuk kalian penuh terbeban dengan darah puluhan-puluhan ribu orang yang tidak berdosa yang telah kalian biarkan mereka dengan diamnya kalian.

Sesungguhnya musuh kejam lagi nazi ini tidak mampu melakukan genosid ini di telinga kalian dan mata kalian melainkan mereka telah dijaminkan untuk bebas daripada hukuman serta mereka juga telah "membeli" kesenyapan itu demi kezaliman yang mereka lakukan.

Kami tidak memaafkan sesiapa pun daripada tanggungjawab darah yang ditumpahkan ini, kami tidak mengecualikan sesiapa pun yang memiliki keupayaan dari sudut kekuatan dan pengaruh untuk melakukan sesuatu demi Gaza.

Demi Allah, sungguh kami melihat penghinaan musuh ke atas ummat kita, dan pencabulan serta keganasan ke atas ummah terus dilakukan maka terasa pedih di hati kami apabila melihat betapa pengecutnya dan lemahnya musuh ini dan kami mengetahui hakikat ini berdasarkan petunjuk Ilahi sendiri di dalam firmanNya:-

{ لَأَنتُمۡ أَشَدُّ رَهۡبَةࣰ فِی صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمࣱ لَّا یَفۡقَهُونَ (13) لَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ جَمِیعًا إِلَّا فِی قُرࣰى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَاۤءِ جُدُرِۭۚ بَأۡسُهُم بَیۡنَهُمۡ شَدِیدࣱۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِیعࣰا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَ ٰ⁠لِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمࣱ لَّا یَعۡقِلُونَ (14) }

[Surah Al-Ḥashr: 13-14]

"Sesungguhnya dalam hati mereka, kamu (muslimin) lebih ditakuti daripada Allah. Yang demikian itu karena mereka orang-orang yang tidak mengerti.

Mereka tidak akan memerangi kamu (secara) bersama-sama, kecuali di negeri-negeri yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu padahal hati mereka terpecah belah. Yang demikian itu karena mereka orang yang tidak mengerti."

Andainya musuh ini dihadapkan dengan kekuatan sebenar Islam dan kemegahan sebenar Arab yang telah hilang, namun ummat ini dikuasai penyakit Al-Wahn (cinta dunia dan takut mati). HasbunAllah Wa Ni'mal Wakil.

Adakah tidak mampu sangatkah ummah yang besar lagi megah ini berusaha untuk emmasukkan makanan, air minuman dan ubat-ubatan untuk mereka yang kebuluran dan terkepung di Gaza? Adakah tidak mampu ummah ini untuk menghentikan darah saudara mereka dari ditumpahkan oleh musuh yang mahu mengganas ke atas ummah ini dan mahu untuk mendirikan kerajaan zionis di atas tanah arab dan Islam serta menjadikan ibu negara mereka di Baitul Maqdis yang merupakan kiblat kalian yang pertama dan tempat isra' mikraj Nabi kalian atau ianya akan menjadi batu bata yang hancur maka usahlah terlelap mata si pengecut.

Pada masa yang sama, kami mengucapkan salam hormat kepada rakyat yang megah lagi berkah di Yaman bumi Hikmah dan Iman serta pasukan tenteranya dan saudara kami yang jujur iaitu Ansarullah yang telah menakjubkan dunia dengan kethabatan dan kejujuran pendirian mereka bersama-sama Palestin dan Gaza serta rakyat dan mujahidinnya. Mereka telah mewujudkan suatu garisan pertempuran yang aktif sekaligus menegakkan hujah yang putus ke atas mereka yang duduk sambil lewa yang terdiri daripada organisasi-organisasi, parti-parti arab dan Islam yang besar di mana sebahagian daripadanya hanya tidur tidak berbuat apa-apa.

Malangnya sebahagian pimpinan Islam telah menjadi wajah kepada kezaliman dan memberikan sedatif yang memabukkan rakyat dan pemuda mereka yang merdeka. Kredibiliti dan syiar kebesaran mereka menjadi lenyap disebabkan kelembikan mereka untik membantu perjuangan yang paling suci dan mulia yang merupakan perjuangan arab dan muslimin.

Maka ucapan hormat kami sampaikan kepada setiap warga merdeka dunia yang berusaha untuk bersolidariti dan memecahkan kepungan serta mengangkat kezaliman daripada rakyat kami dengan apa cara sekalipun dalam keadaan mereka mengabaikan bahaya, ancaman dan pengabaian serta cubaan untuk memburukkan usaha mereka yang dilakukan oleh munafiq ummah yang paranoid tentang semua perkara.

Setiap inisiatif dan usaha solidariti yang dilakukan warga merdeka dunia sama ada berjaya atau direncatkan dengan suara zionis adalah sememangnya suatu kebanggaan dan kemegahan buat rakyat kami bahkan kami menyeru agar usaha solidariti itu dipertingkatkan demi mendedahkan musuh ini dengan apa cara sekalipun dan di medan apa sekalipun.

3. Sesungguhnya kami menyokong sepenuhnya pendirian delegasi rundingan yang mewakili mujahidin Palestin di dalam rundingan tidak langsung di mana kami telah menawarkan beberapa kali pada beberapa bulan yang akhir ini pertukaran tawanan yang menyeluruh di mana kami sanggup membebaskan keseluruhan tawanan Israel sekaligus namun si penjenayah perang Netanyahu dan menteri-menterinya yang mempunyai fikrah naxi menolak tawaran tersebut. 

Maka jelaslah di sini bahawa musuh langsung tidak mengambil peduli akan tawanan mereka dan ianya bukan keutamaan mereka. Musuh juga telah membentuk masyarakat mereka untuk menerima pembunuhan kesemua tawanan tersebut.

Walau bagaimanapun, kami tetap menjaga tawanan tersebut dengan semampu kami sehingga kini. Di samping itu, kami mengikuti dengan rapat perkembangan rundingan gemcatan senjata dan kami berharap suatu keputusan gencatan senjata dapat dihasilkan yang menjamin penghentian serangan ke atas rakyat kami dan berundurnya tentera musuh serta rakyat kami dapat diberi bantuan.

Namun jika musuh masih berdegil dan tidak mengendahkan proses rundingan seperti mana sikap mereka tiap kali rundingan berlaku, maka kami tidak dapat memberi jaminan untuk kembali menawarkan tawaran sebahagian mahupun pembebasan 10 orang tawanan. 

4. Sesungguhnya di antara tanda-tanda kegagalan zionis dalam melawan mujahidin dan mematahkan semangat rakyat kami adalah bergegasnya mereka menggunakan kaedah yang terkeji yang membentuk suatu jenayah perang iaitu dengan melakukan pengeboman sesuka hati dan genosid. Keganasan melampau ini malangnya disokong dengan terang-terangan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang amat mahir dalam melakukan penyeksaan terhadap warga yang tidak berdosa bahkan ia memberikan kenyataan secara jelas akan niatnya untuk menghalau rakyat Gaza dari rumah mereka serta berbangga dengan kemusnahan sistematik dan dianggap ianya sebagai suatu pencapaian ketenteraan. Amerika Syarikat juga menawarkan di hadapan dunia rencana untuk mendirikan kem tahanan tentera ala nazi kononnya di atas nama kemanusiaan. Pihak musuh ingin mengulangi semula pengalaman dahulu yang pernah berlaku di zaman nazi dan mempamerkannya di hadapan semua dengan keganasan dan kekejaman yang mana kekejaman nazi pun dilihat kecil dan hal ini memerlukan kepada penolakan warga antarabangsa. Jika tidak maka pendustaan antisemitisme yang sentiasa dipropagandakan musuh sejak sekian lama akan menjadi skandal dan penipuan.

Adalah bukan dosa rakyat kami untuk membayar natijah penyakit jiwa zionis bahkan zionislah yang patut mengetahui bahawa sebab masyarakat dunia membenci mereka secara fitrah adalah disebabkan tindak tanduk mereka, dan jenayah-jenayah mereka yang melibatkan pencabulan ke atas kemanusiaan.

5. Sesungguhnya usaha-usaha musuh mengupah askar dan orang upahan dengan jenama-jenama arab adalah suatu bukti kegagalan dan kekalahan. Askar upahan ini hanyalah menjadi daun kering yang terbakar yang dihenyak oleh kegagahan rakyat kami dan segala apa yang dibelanjakan musuh akan menjadi penyesalan dan akibat buruk serta kerugian nyata buat penjajah dan orang upahan mereka dengan izin Allah.

Maka, kami menyeru  orang upahan musuh untuk bertaubat segera dan kembali kepada pangkuan rakyat mereka sebelum datangnya masa di mana tiada makna lagi bagi penyesalan. Pengakhiran mereka itu akan menjadi tragis dan pengajaran buat tiap pengkhianat dan pengecut dan kami tidak lupa untuk mengucapkan penghargaan sebesar-besarnya kepada keluarga dan anak watan kami yang tidak terlibat menjadi agen dan orang upahan musuh yang hanya mementingkan diri sendiri.

Khatimahnya, 

Ke hadapan anak watan kami yang sabar dengan kesabaran yang agung,

Ke hadapan mata air kebangkitan,

Ke hadapan para pendidik pendekar,

Ke hadapan sekalian yang sering mengucapkan perpisahan buat kafilah syuhada nan bercahaya.

Ke hadapan saudara-saudara Nabi Musa Kalimullah yang disakiti oleh musuh Allah yang paling durhaka namun baginda Musa tetap yakin dan mengucapkan katanya yang direkodkan dalam Al-Quran :-

{ فَلَمَّا تَرَ ٰ⁠ۤءَا ٱلۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَـٰبُ مُوسَىٰۤ إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ }

{ قَالَ كَلَّاۤۖ إِنَّ مَعِیَ رَبِّی سَیَهۡدِینِ }

[Surah Ash-Shuʿarāʾ: 61-62]

Maka ketika kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa, “Kita benar-benar akan ditangkap (firaun).”

Dia (Musa) menjawab, “Sekali-kali tidak akan ; sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku.”

Ke hadapan cucu cicit Nabi Yusuf As-Siddiq yang telah dianiaya oleh adik beradiknya lalu dihumbankan ke dalam perigi yang dalam namun datang kepadanya pertolongan dan kekuatan,

Ke hadapan pencinta-pencinta Muhammad saw yang pernah dikepung di laluan berbukit semasa peristiwa pemboikotan ke atas orang beriman dan Bani Hashim, baginda juga dikejar hingga ke gua yang sempit, baginda juga diuji semasa di Uhud, namun datanglah pertolongan dari Tuhannya

{ فَإِنۡ ءَامَنُوا۟ بِمِثۡلِ مَاۤ ءَامَنتُم بِهِۦ فَقَدِ ٱهۡتَدَوا۟ۖ وَّإِن تَوَلَّوۡا۟ فَإِنَّمَا هُمۡ فِی شِقَاقࣲۖ فَسَیَكۡفِیكَهُمُ ٱللَّهُۚ وَهُوَ ٱلسَّمِیعُ ٱلۡعَلِیمُ}

[Surah Al-Baqarah: 137]

"Maka jika mereka telah beriman sebagaimana yang kamu imani, sungguh, mereka telah mendapat petunjuk. Tetapi jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (denganmu), maka Allah akan mencukupkan engkau (Muhammad) terhadap mereka (dengan pertolongan-Nya). Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui."

Ke hadapan keluarga Yasir yang diseksa kerana Allah lalu diberi khabar gembira "Bersabarlah keluarga Yasir kerana kalian dijanjikan syurga"

Sesungguhnya kethabatan kalian meskipun dalam keadaan tidak dipedulikan, kesabaran kalian, kepemurahan hati kalian, dan cabaran yang menimpa kalian, kesemua ini kalian hadapi dengan teguh adalah perkara yang tersangat membuat musuh-musuh kalian sakit hati.

Sesungguhnya bagi malam ini terdapat pengakhirannya tanpa syak sama sekali. Sesungguhnya pertolongan Tuhan bersama-sama kesabaran, dan kesenangan itu bersama-sama keperitan, dan sesungguhnya bersama-sama kesusahan itu adalah kemudahan.

Sesungguhnya kami mengucup setiap kepala anak watan kami yang tua dewasa yang sabar dalam ribat serta dibantu Allah dengan izinNya. Kami ucapkan setinggi-tinggi ucapan hormat dan kami khabarkan khabar gembira buat mereka bahawa milik Allah lah segala urusan dari awal hingga akhir. Firman Allah swt :-

{ فِی بِضۡعِ سِنِینَۗ لِلَّهِ ٱلۡأَمۡرُ مِن قَبۡلُ وَمِنۢ بَعۡدُۚ وَیَوۡمَىِٕذࣲ یَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (4) بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ یَنصُرُ مَن یَشَاۤءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِیزُ ٱلرَّحِیمُ (5) }

[Surah Ar-Rūm: 4-5]

"Dalam beberapa tahun (lagi).Bagi Allahlah urusan sebelum dan setelah (mereka menang). Dan pada hari itu bergembiralah orang-orang yang beriman,

karena pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Maha Perkasa, Maha Penyayang."

{ ... وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰۤ أَمۡرِهِۦ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا یَعۡلَمُونَ }

[Surah Yūsuf: 21]

"Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengerti."

Sesungguhnya inilah jalan Jihad, sama ada kami berjaya atau gugur syahid.

Wassalamualaikum warahmatullahbwabarakatuh.

Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Izzuddin Al-Qassam.

18 Julai 2025

Comments