*Kenyataan terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 16/02/2024.*


 *Kenyataan terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 16/02/2024.*

*Syahadan, ini lah dia jalan jihad sama ada kami menang atau kami gugur syahid.*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

{ وَنُرِیدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى ٱلَّذِینَ ٱسۡتُضۡعِفُوا۟ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَنَجۡعَلَهُمۡ أَىِٕمَّةࣰ وَنَجۡعَلَهُمُ ٱلۡوَ ٰ⁠رِثِینَ (5) وَنُمَكِّنَ لَهُمۡ فِی ٱلۡأَرۡضِ وَنُرِیَ فِرۡعَوۡنَ وَهَـٰمَـٰنَ وَجُنُودَهُمَا مِنۡهُم مَّا كَانُوا۟ یَحۡذَرُونَ (6) }
[Surah Al-Qaṣaṣ: 5-6]
"Dan Kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi),dan Kami teguhkan kedudukan mereka di bumi dan Kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman bersama bala tentaranya apa yang selalu mereka takutkan dari mereka."

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, Pembela para mujahidin dan Pemegang panji para pejuang yang berpegang teguh pada tanah air dan agama mereka, Dia lah Penghina sekalian mereka yang sombong dan Dia lah yang amat keras azabNya pada mereka yang mengingkariNya.

Selawat dan salam buat Nabi Sang Pejuang Syahid, dan ke atas ahli keluarga baginda serta sahabatnya dan sekalian yang berjuang di atas jalan baginda.

Kehadapan sekalian anak watan kami nan pejuang lagi berhati mulia,
Kehadapan pejuang yang menjadi simbol kethabatan, keperwiraan dan kejantanan,
Kehadapan sekalian pendekar anak watan dan ummat kami yang megah yang bersiaga di tiap medan ribat perjuangan,
Kehadapan anak watan kami dan ummat sekalian luas,
Kehadapan warga merdeka dunia,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

133 hari sejak bermulanya Taufan Al-Aqsa yang telah  dan berterusan mengubah wajah benua ini merangkap permulaan kepada pengakhiran nan kejatuhan suatu rejim penjajah terakhir di dunia dalam sejarah moden ini. Taufan Al-Aqsa ini telah mengakibatkan kerugian dan keburukan pada imej musuh dan Taufan ini tercetus demi misi yang tersuci dan objektif yang agung iaitu membela bumi Israk dan Mikraj Rasulullah dan misi ini tak akan terpadam dengan berkat bantuan Allah. Taufan ini akan terus terbentuk dan diupayakan demi melenyapkan segala kezaliman musuh ke atas Aqsa dan bumi Israk dan Mikraj Nabi saw. Taufan ini juga akan menjadi titik konklusif perjuangan ini dalam sejarah ummat kita dengan izin Allah.

Kehadapan anak watan kami,
Kehadapan ummat kami,

Bersempena bulan kelima pertempuran ini, di mana para pejuang jihad di bumi Gaza masih cekal di medan juang beserta anak watan kami yang gagah menghadapi serangan zionis tajaan amerika. Namun musuh masih kekal lemah menghadapi keupayaan anak watan yang perkasa nan pemurah. Para pejuang dan anak watan kami menghadapi penyembelihan dan pembunuhan secara kejam dari musuh namun mereka tidak sesekali putus asa.

Anak-anak kecil Gaza mengajar orang dewasa yang tak berdaya melakukan apa-apa makna kejantanan, manakala wanita Gaza pula srikandi pendekar melahirkan generasi penerus para pejuang nan pendekar. Ketahuilah, perjuangan ini adalah suatu lagenda masa ini dan ikon zaman bagi makna pertempuran, keperwiraan dan keprihatinan hati.

Bagaimana mungkin musuh menewaskan suatu rakyat yang mana pada jiwa mereka tersemat semangat jihad bergelora bahkab kesemua mereka saling berkongsi keperitan, penderitaan dan harapan hingga sanggu berkorban jiwa dan menawarkan pemimpin dan tentera di jalan Allah, dan jalan kemerdekaan sekaligus membela kesucian Tanah Suci serta perjuangan teragung ini.

Para mujahidin nan pendekar akan berterusan menghadapi musuh lagi penjenayah nazi ini di mana kekejaman mereka tiada tandingan pada lipatan sejarah moden dari sudut kezaliman mereka, akidah rasis mereka yang tercela.

Lantaran itu,para mujahidin telah mendatangkan serangan dan kerugian yang besar lagi tiada tandingan ke atas musuh sepanjang sejarah kebangkitan anak watan melawan penjajahan ini. Para mujahidin telah berjaya menghancurkan kenderaan berperisai musuh, serta menyerang askar musuh yang berkelengkapan senjata lagi dibantu kereta-kereta kebal dan jet perang serta kapal-kapal laut perang. Namun mujahidin berjaya mengakibatkan askar musuh terjatuh di dalam perangkap dan serangan hendap yang tepat, dan memburu pegawai tentera musuh dengan tembakan tepat profesional. Bahkan mujahidin berjaya menyerang pasukan-pasukan musuh yang berpecah dari jarak sifir.

Oleh itu, tiap kali musuh menyangka mereka berada di kawasan selamat kerana menyangka mujahidin telah tiada di situ kerana mereka telah bakar dan letupkan kawasan tersebut, maka keluarlah mujahidin kami menyerang mereka dari arah yang mereka tidak sangka dengan operasi khas mujahidin yang sangat mengancam musuh dengan berkat bantuan dan taufiq Allah.

Maka selari dengan itu, setiap gerakan dan keupayaan jihad ummat kita berterusan meningkatkan serangan ke atas musuh di setiap medan pertempuran bahkan serangan tersebut akan senantiasa diperluaskan dan diperkuatkan untuk menghadapi kebongkakan musuh ala nazi ini.

Kami tidak mahu menghuraikan secara terperinci setiap operasi serangan briged Al-Qassam kerana kami sebelum ini telah mengumumkannya satu persatu dalam tempoh beberapa waktu dan mengambil kira keadaan medan tempur yang disertai mujahidin kami menyebabkan beberapa pengumumuman terpaksa ditangguhkan. Sesungguhnya apa yang kami siarkan berkenaan operasi serangan kami hanyalah sebahagian sahaja daripada sekalian operasi yang dilancarkan mujahidin.

Kami lebih cenderung untuk menangguhkan atau tidak mengumumkan sebahagian operasi serangan mujahidin atau menyiarkan video serangan kerana faktor-faktor keselamatan dan suasana medan perang yang rumit.

Kehadapan anak watan kami,
Kehadapan ummat kami,
Kehadapan warga merdeka dunia,

Sesungguhnya kami Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam selepas 133 hari berlalu dengan pertempuran dan perjuangan maka kami tegaskan perkara-perkara berikut:-

1)sesunguhnya mujahidin kami di tiap titik pertempuran dan serangan zionis sama ada di utara, tengah dan selatan Gaza cekal berjuang dengan penuh keperwiraan berbekalkan taktik pelbagai dan senjata yang bersesuaian bergantung kepada keupayaan serangan zionis dan suasana medan perang dan perkara-perkara inilah yang dipertimbangkan dalam rencana operasi mujahidin yang akhirnya mengakibatkan kerugian besar pada barisan askar musuh. Jihad ini akan berterusan melawan musuh hinggalah terusirnya askar terakhir musuh dari tanah air Gaza dengan berkat bantuan Allah.

Di mana sahaja musuh menceroboh masuk, nescaya mereka akan menghadapi serangan mujahidin hingga mereka menghadapi kerugian besar pada barisan mereka dengan berkat kekuatan Allah. Sesungguhnya ribuan mujahidin yang teguh di perbatasan senantiasa dalam keadaan siap siaga dan semangat yang tinggi kerana besarnya keyakinan mereka kepada bantuan Allah dan kuatnya hubungan mereka dengan bumi berkah mereka yang suci serta semangat gagah mereka untuk membalas dendam ke atas musuh yang melakukan kezaliman dan keganasan yang amat rakus.

2) sesungguhnya kami pada peringkat ini tidak mengambil berat untuk membantah secara terperinci tiap ucapan yang diucap pemimpin politik dan ketenteraan musuh berkenaan "kejayaan" yang disangkakan oleh mereka di medan pertempuran dan sangkaan mereka bahawa mereka telah menghancurkan briged mujahidin. Ketahuilah bahawa musuh ini yang tidak konsisten ini, yang penuh percanggahan, langsung tidak dipercayai oleh rakan akrab mereka sendiri hatta mereka pun tidak dipercayai oleh rakan koalisi mereka sendiri. Musuh juga tidak berupaya menyakinkan rakyat mereka sendiri meskipun mereka menghidangkan segala berita dusta kononnya mereka berjaya mencapai objektif mereka.

Namun kami katakan disini dengan ringkas, bahawa setiap maklumat dan ucapan yang diberikan musuh adalag dakwaan palsu yang bersandarkan kepada gambaran kejayaan lapangan mereka yang sebenarnya penuh kekaburan. Bahkan acap kali musuh mengumumkan sesuatu ianya sebenarnya direka dan dicipta oleh mereka sendiri demi mencapai objektif dalaman mereka sendiri. Maka teruskanlah si musuh berkata-kata dusta demi memujuk rakyat mereka yang alpa yang akan mengerti dan menyedari pendustaan pemimpin mereka. Pada masa yang sama medan perang masih terbuka,dan fakta sebenar masih tidak berubah.

Hari-hari yang mendatang,dan masa depan yang bakal menjulang pasti akan dengan izin Allah menjelaskan pendustaan musuh. Sesungguhnya objektif-objektif politik murahan yang cuba untuk direalisasikan musuh dengan melalui tindakan penyembelihan dan jenayah mereka yang jijik dari satu sudut dan  melalui pendustaan hitam mereka dari satu sudut akan membawa mereka kepada kejatuhan dan kehinaan penuh gempita buat mereka dengan berkat bantuan Allah dan kekuatanNya.

3) Sesungguhnya kerugian dan kehilangan nyawa dalam kalangan tawanan rakyat Israel adalah amat parah sekali. Kami sama sekali tidak mahukan keadaan teruk begini berlaku kepada para tawanan tersebut.

Kami telah berusaha semampu mungkin untuk memelihara dan melindungi para tebusan tersebut sejak beberapa bulan yang lalu lagi kerana misi kami juga adalah untuk membebaskan rakyat kami yang menjadi tawanan secara zalim dan merealisasikan hak-hak kemanusiaan rakyat kami. Bahkan kami senantiasa berusaha ke arah demikian dengan segala cara dan kami telah pun memberi amaran berpuluh kali akan bahaya yang akan menimpa tawanan rakyat israel dan tentera musuh jika musuh masih melakukan serangan.

Namun, sayang sekali pimpinan musuh sengaja tidak mengambil peduli akan tawanan rakyat mereka maka tentera musuh sendiri telah mengakibatkan kehilangan nyawa para tawanan tersebut serta mencederakan mereka. Natijahnya, tawanan tersebut yang dalam kecederaan dan sakit sekarang ini berada dalam keadaan-keadaan yang amatlah sukar serta terpaksa berjuang untuk menyelamatkan nyawa mereka yang berada di hujung tanduk. Kendatipun, suasana sukar yang dialami mereka itu bukanlah suatu yang janggal kerana begitulah kesukaran yang dialami anak watan kami seperti kebuluran, kehausan, ketiadaan bekalan asasi perubatan dan selainnya. Lantaran itu, pemimpin musuh dan askar merekalah satu-satunya yang bertanggungjawab penuh atas masalah yang dialami tawanan tersebut.

Ketahuilah bahawa waktu berlalu sangat cepat, dan kami telah memberi amaran sebelum ini maka usah salahkan kami.

Khatimahnya hai sekalian anak watan kami!

Sesungguhnya Allah telah menetapkan ke atas kita untuk hidup di atas bumi bertuah kita agar kita memerangi musuh ini yang telah dilaknat Tuhan pada tiap kitab suci dan Dia telah berfirman :-

{ وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَیَبۡعَثَنَّ عَلَیۡهِمۡ إِلَىٰ یَوۡمِ ٱلۡقِیَـٰمَةِ مَن یَسُومُهُمۡ سُوۤءَ ٱلۡعَذَابِۗ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِیعُ ٱلۡعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورࣱ رَّحِیمࣱ }
[Surah Al-Aʿrāf: 167]
"Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa sungguh, Dia akan mengirim orang-orang yang akan menimpakan azab yang seburuk-buruknya kepada mereka (orang Yahudi) sampai hari Kiamat. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat siksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang."

Maka kami selaku anak watan, selaku para mujahidin akan terus cekal mendirikan ribat di tanah air ini dan berperang di perbatasan di bawah pengawasan Allah dan Dia jualah yang telah memilih antara kami untuk merangkul pingat syahid dan Dia lah jua menguji kami dengan pengorbanan agung yang semestinya akan disusuli dengan kerehatan, dan kemenangan dengan izin Allah.

Kerna itu ucapan salam hormat buat sekalian syuhada yang suci yang telah mengalir darah mereka sebagai saksi ke atas kezaliman, keganasan dan jenayah yang dilakukan musuh.

Semestinya balasan buruk dan azab menanti buat musuh nan pengganas lagi pengecut semakin bertambah.

Maka ucapan salam buat kalian hai keluarga kami, hai anak watan kami yang pemurah, hai mereka yang mana pengorbanan dan penderitaan mereka tidak mampu terungkap dengan kata-kata.

Maka wajiblah kami kekal setia dengan janji para Syuhada dan bersiaga serta berjihad di medan juang sehinggalah Allah mengizinkan kita untuk menang dan menjadikan kita penyembuh buat keresahan di dada orang beriman.

{ قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ }
[Surah At-Tawbah: 14]
"Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghinakan mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang yang beriman"

Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Berkuasa atas segala-galanya namun ramai sungguh manusia tidak menyedarinya.

Syahadan, ini lah dia jalan jihad sama ada kami menang atau kami gugur syahid.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Comments