Kenyataan Terkini Abu Ubaidah Jurucakap Rasmi Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 25.05.2024


 *Kenyataan Terkini Abu Ubaidah Jurucakap Rasmi Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 25.05.2024*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

{ قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ }

[Surah At-Tawbah: 14]

"_Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghinakan mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman._"

Kehadapan anak watan kami yang agung,

Kehadapan sekalian mujahidin nan pendekar,

Kehadapan sekalian ummat dan warga merdeka dunia,

Assalamualaikum wbt.

Berterusan sehingga kini kerajaan musuh dan tentera mereka yang pengganas dalam menggerakkan siasah buta tuli untuk melakukan agenda balas dendam dan kehancuran. Hakikatnya, mereka hanyalah berpindah dari satu kegagalan kepada satu kegagalan yang lain dan mereka berusaha untuk memperoleh kejayaan operasi yang penuh keraguan demi mempamerkan bahawa penyembelihan yang mereka lakukan dan kekerasan ketenteraan yang mereka gerakkan ke atas rakyat kami akan menghasilkan kejayaan ataupun pencapaian buat mereka.

Namun, para pejuang mujahidin kami nan perwira masih berterusan dalam memberi pengajaran buat si penjajah di setiap medan pertempuran sambil berpaut kepada Allah dan memegang erat hubungan denganNya demi mempertahankan tanah air mereka daripada pengganas yang melampaui batas.

Sesungguhnya fasal kegagalan terbaru musuh adalah apa yang dilakukan oleh tentera mereka hingga pada saat ini yang terdiri daripada jenayah-jenayah yang sangat kejam di Jabaliyah, Rafah dan lain-lainnya dari tanah air kami yang tercinta.

Tentera musuh terpaksa menggali di sebalik runtuhan-runtuhan bangunan untuk mencari sisa-sisa jasad rakyat mereka yang telah ditawan oleh mujahidin yang mana kawasan dan bangunan itu mereka sendiri yang telah letupkan secara menyeluruh. Dan mereka terpaksa menyumbar ribuan askar mereka ke lorong-lorong sempit di Jabaliya dan lain-lainnya untuk mencari mayat-mayat tawanan mereka yang telah menjadi korban serangan askar mereka sendiri demi tipu daya kepentingan politik dan peribadi Netanyahu serta kepentingan orang-orang yang terdekat dengannya dan kerajaannya yang pengganas lagi fasis.

Kemudian musuh mempamerkan askar mereka mengeluarkan mayat daripada runtuhan bangunan untuk menggambarkan ianya seolah-olah suatu pencapaian ketenteraan dan moral. 

Disebalik peperangan genocide dan pengeboman membabi buta yang dilakukan oleh musuh, namun, mujahidin kami masih bersiap siaga memerhati musuh dan menanti saat serangan ke atas mereka. Mujahidin telah melancarkan puluhan operasi serangan ke atas askar musuh dalam tempoh lebih dari 2 minggu di Jabaliya, Rafah, Bayt Hanun dan di setiap medan pertempuran. 

Sesungguhnya operasi bersepadu yang terbaru yang telah dilancarkan oleh mujahidin pada waktu asar hari sabtu di utara Gaza di mana mujahidin telah mengumpan askar musuh ke salah satu terowong bawah tanah di Jabaliyah dan mereka telah melepaskan perangkap di dalam terowong tersebut lalu berlakulah letupan dan mujahidin juga, dengan berkat kurniaan Allah dan kekuatanNya, bertempur dengan askar musuh dari jalan jarak sifar.

Tambahan pula, mujahidin juga menyerang musuh dengan bahan-bahan letupan  hingga menyebabkan musuh menanggung kerugian dan kerosakan secara langsung. 

Kemudian, mujahidin berundur setelah meletupkan terowong yang digunakan bagi operasi ini setelah mana mereka mendatangkan kerugian yang besar bagi setiap satu aksar musuh tersebut sama ada yang terbunuh, cedera parah mahupun yang ditawan oleh mujahidin. Bahkan mujahidin berjaya merampas kelengkapan senjata dan peluru askar musuh tadi.

Setiap hari yang berlalu di mana musuh meneruskan serangan ke atas anak watan kami, maka musuh akan menanggung harga yang sangat tinggi dan besar. Dan kami akan memastikan musuh membayar harga tersebut dengan izin Allah dan pertolonganNya. 

Para mujahidin senantiasa istiqamah dalam menghadapi musuh di setiap jalan, perkampungan, bandar dan perkhemahan di tanah air kami dari Bayt Hanun hingga Rafah. Kami akan berikan perkembangan terbaru secara terperinci bagi operasi-operasi pada masa yang sesuai dengan izin Allah Taala.

Salam hormat buat ruh-ruh syuhada’ kami yang mulia dan anak watan kami yang tercedera nan berkah. 

Salam hormat buat anak watan kami yang mulia di penjara musuh. 

Salam hormat buat sekalian mujahidin nan panglima di setiap perbatasan.

Salam hormat buat anak watan kami yang megah lagi pemurah di setiap tempat.

Sesungguhnya ini adalah jalan jihad sama ada kami berjaya atau gugur syahid.

Wassalamualaikum wbt.

Comments