Izzuddin Abdus Salam "menyepak" sang perdana menteri



Izzuddin Abdus Salam "menyepak" sang perdana menteri

Ketika zaman Imam Izzudin Abdus Salam yang terkenal dengan gelaran Sultan para ulama... Seorang Perdana Menteri mesir ketika itu iaitu Muinuddin bin Syaikhusyuyukh merupakan Menteri kabinet terkanan Sultan Mesir. Bahkan Muinuddin juga mempunyai otoriti kekuasaan yang sangat besar hingga meliputi kementerian pertahanan.

Namun muinuddin ini terkenal sebagai menteri Yang korup dan suka menyalahgunakan kuasanya. Dia berani melakukan kemungkaran Yang besar... Dan antara jenayah besarnya adalah dia telah memerintahkan pembinaan dewan konsert di salah satu masjid di Damsyik pada tahun 640 hijrah. Perkara itu membangkitkan perasaan geram kaum muslimin namun mereka gusar kerana yang melakukan kemungkaran itu adalah orang besar2...dan mereka pula rakyat marhaen..

Lalu bangkitlah Sang Hero kita menggalas tanggungjawab suci... Dialah Al-Imam Izzuddin bin Abdus Salam dan ketika itu beliau merupakan seorang Ketua Hakim Negara (Qadhil Qudhah /Chief Justice). Beliau terus mengaum dan membantah kemungkaran itu seraya mengeluarkan perintah kehakiman agar binaan itu dirobohkan serta merta.

Namun!!!!
Ramai yang tidak sanggup melaksanakan perintahnya meskipun beliau Ketua Hakim Negara... Polis tidak sanggup, tentera tidak sanggup, bailif mahkamah tidak sanggup..


Adakah beliau diam?
Tidak... Beliau lantas bergerak keluar dari istana kehakimannya dan mengumpulkan anak2nya dan pegawai setianya seraya bergerak ke masjid sambil membawa kapak. Mereka terus bergerak kemas ke masjid demi merobohkan binaan hina itu.

Dan!!!
Beliau mengeluarkan perintah kehakiman lagi!... Bahawa Muinuddin Anak Syaikhusyuyukh yang merupakan perdana menteri teragung mesir hendaklah dilucut tahap keadilannya, maka mulai hari ini segala khabar berita dan penyaksian yang datang dari mulut dia hendaklah ditolak serta merta dan tidak boleh dipercayai lagi.


Apa lagi selepas itu???
Selepas dua perintah kehakiman ini, Ketua Hakim Kita yang kita cintai ini terus meletakkan jawatannya.. Mengapa? Kerana beliau tidak mahu duduk bawah simpati Sultan Mesir yang mesra Muinuddin Yang mana beliau sanggup resign sebelum diugut pecat oleh Sultan Mesir. Sultan Mesir akhirnya akur kebenaran dipihak Izzuddin Abdus Salam dan dia cuba memujuknya kembali ke jawatan no 1 kehakiman, namun Sheikh kita tegas dengan pendiriannya. Bahkan khabar ketegasan ini terawang hingga seantero dunia Islam... Hingga ke telinga Khalifah Al-Mustaksim di Baghdad.

Imam Subki meriwayatkan " suatu ketika Sultan Mesir mengutuskan utusan untuk menghantar Surat ke Khalifah Al-Mustaksim... Sampai sahaja di depan Khalifah lalu utusan itu membacakan Surat itu.
Lalu Khalifah bertanya "adakah kamu dengar sendiri Surat ini ditulis boleh sultan kamu? "
Utusan itu menjawab "tidak, saya dapat Surat ini dari Muinuddin bin Syaikhusyuyukh iaitu bendahara terkanan Sultan mesir"

Terus khalifah memotongnya seraya bertitah, "sesungguhnya si fulan yang kamu sebutkan namanya itu aku dengar darjat adilnya telah dibatalkan oleh Izzuddin Abdus Salam, maka aku tidak akan terima sebarang berita dari si fulan itu, pergi balik ke mesir dan dengar sendiri mesej sultan kamu.. Dan barulah kamu datang ke mari !"

Terus pulang si utusan menuju mesir untuk mendengar sendiri berita dari si sultan...
Akhirnya, Al-Imam Qadil Qudhoh Izzuddin Abdus Salam tetap dengan pendiriannya, dan kekal roboh binaan sial itu... Dan sang Muinuddin dan kroni2 elitnya melopong kekosongan sambil terpana kerana telah "disepak" oleh sang Alim Yang penuh taqwa dan integriti.
Betapa Garang dan Gasaknya sang Alim kita samada dalam atau luar kerajaan!... SubhanAllah

Rujukan : Sultonul Ulama wa Baie Al-Umarak oleh Dr Muhd Muhd As-Solabi.

Omar Mokhtar bin Hamdan Al-Rupawani
Peguambela & Peguamcara
Peguam Syarie

Comments