Duli Yang Maha Mulia Sultan Nuruddin Az-Zanki, Pendekar dan Penyembelih Tentera Salib

Duli Yang Maha Mulia Sultan Nuruddin Az-Zanki, Pendekar dan Penyembelih Tentera Salib


                     

Sultan Nuruddin Az-Zanki bukan sahaja seorang Sultan dan Panglima Jihad yang digeruni tentera Salib..bahkan beliau merupakan pemimpin yang tinggi Taqwanya dan bersangatan tawaduknya.

Imam Ibnul Jauzi yang sempat hidup di zaman pemerintahannya menyifatkan Sultan Nuruddin seperti berikut:-

" Beliau gigih mempertahankan perbatasan wilayah Islam, dan membebaskan kira2 1500 bandar dari genggaman tentera Salib. Sejarah hidupnya adalah sangat mulia berbanding pemimpin2 lain bahkan ketika di zaman pemerintahannya, jalan2 musafir menjadi aman. Beliau seorang yang kuat pegangan agamanya. Beliau memansuhkan cukai yang membebankan rakyatnya sebelum beliau wafat, dan beliau sangat tawaduk dan amat cintakan ulama"

Ibnu Khilkan seorang ulama dan sejarawan yang amat amanah dalam kajian sejarahnya juga menyifatkan Sultan Nuruddin dengan pujian demikian :

" Beliau merupakan Raja yang adil,zuhud, kuat ibadat, warak dan kuat pegangan dengan Syariah. Beliau senantiasa berbuat kebaikan, senantiasa gigih berjihad di jalan Allah taala, sering bersedekah, beliau membina madrasah2 di Syam. Beliau mempunyai kisah sejarah dan peninggalan yang harum dan indah"

 Imam Ibnul Athir seorang Ulama dan Sejarawan yang agung juga mengkagumi perjuangan Sultan kita ini :-

" Aku telah menelaah kisah hidup raja2 terdahulu, namun tidak ku temui seorang pun seperti Khulafa Rasyidin, Umar Abd Aziz melainkan Sultan Nuruddin ini yang sungguh adil" 

Imam Ibnul Athir berumur 14 tahun ketika wafatnya Sultan Nuruddin Az-Zanki, oleh yang demikian beliau menyaksikan sendiri kehebatan Sultan tersebut. Imam Ibnul Athir meriwayatkan lagi :

"Sultan Nuruddin hanya menggunakan duitnya sendiri untuk makan dan pakaian serta tidak menggunakan duit rakyat jelata. Bahkan isterinya mengadu kepadanya akan kesempitan hidup mereka, lalu Sultan memberikan kepadanya tiga kedai di Homs, Syam yang mana kedai2 ini adalah miliknya. Namun pendapatan tahunan dari kedai2 tersebut hanya 20 dinar sahaja. Ketika mana pendapatan ini berkurangan, Sultan terus berkata "Aku tak punya harta melainkan ini sahaja...adapun harta2 lain yang banyak itu bukan milik aku, ini adalah amanah rakyat dan aku tidak akan mengkhianati amanah ini bahkan aku tidak mahu terjun ke neraka Jahannam semata-mata mahu memuaskan kamu!" Sultan Nuruddin sangat rajin solat malam dan mengamalkan zikir harian dengan istiqamah.

Beliau juga sangat arif tentang ilmu fiqh, meskipun beliau bermazhab Hanafi namun beliau tidak taksub dan rajin mempelajari hadis bahkan beliau juga turut mengajar hadis untuk meraih pahala. 

Pernah sekali ada seorang insan mendakwa beliau ada merampas barangnya. Lalu kes ini diangkat ke hadapan Qadhi meskipun beliau merupakan seorang Sultan. Selepas perbicaraan, qadhi mendapati Sultan tidak bersalah namun Sultan berkata

"Pada mulanya aku mahu mengendahkan apa yang didakwanya, namun aku bimbang jika perasaan itu didasari perasaan angkuh dan sombongku untuk hadir ke majlis bicara, lantas aku hadir dan selepas perbicaraan diputuskan aku tetap memberikan barang itu kepadanya sebagai hibah"

Sultan Nuruddin Az-Zanki juga seorang pendekar dan panglima perang yang gagah. Semasa di medan perang, beliau memakai kelengkapan perang yang agak kurang lalu salah seorang tentera menegurnya dengan berkata "Demi Allah, janganlah membahayakan dirimu dan membahayakan Islam dan Ummat. Jika kamu mati di medan perang, maka semestinya seluruh ummat Islam akan tewas oleh musuh!".

 Namun Sultan kita yang gagah berani menjawab

" Apa yang kamu katakan ini?? sedangkan sebelumku ini siapakah yang memelihara negara dan Agama kita?..Dialah ALLAH, tiada Tuhan Melainkan Dia, Dialah yang akan memelihara agama ini"

Inilah pemimpin Islam yang sebenar....tidak mengumpulkan harta,tidak mengkayakan sanak saudara dan sahabatnya....hidup penuh jujur dan hanya memikirkan nasib rakyat supaya dia berjaya di hari pembalasan kelak. Dia tidak mengkhianati Ummat, tidak bersekongkol dengan musuh....dan dia sanggup mati di jalan jihad.

Rujukan : Solahuddin Al-Ayyubi, Al-Bathal An-Nasir li dinillah, oleh Maulana Abu Al-Hasan Ali An-Nadwi.

Omar Mokhtar bin Hamdan Al-Rupawani

Peguambela & Peguamcara

Peguam Syarie

Comments