Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam, 20.11.2023

 


Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam, 20.11.2023

*Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

وَكَاَيِّنْ مِّنْ نَّبِيٍّ قٰتَلَۙ مَعَهٗ رِبِّيُّوْنَ كَثِيْرٌۚ فَمَا وَهَنُوْا لِمَآ اَصَابَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ وَمَا ضَعُفُوْا وَمَا اسْتَكَانُوْا ۗ وَاللّٰهُ يُحِبُّ الصّٰبِرِيْنَ

Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak (menjadi) lemah karena bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar. (Ali Imran ayat 146)

Segala puji bagi Allah Penguasa sekalian alam, pujian yang dimadahkan sekalian Mujahidin yang sabar lagi thabat lagi gemilang. Selawat dan salam ke atas Nabi kita Sang Pejuang Jihad dan sekalian ahli keluarga dan sahabat baginda serta sekalian yang bertempur di atas jalan baginda.

Kehadapan anak watan kita yang berjuang lagi cekal serta megah,

Kehadapan setiap pendekar yang setia gagah di setiap perbatasan,

Kehadapan setiap pejuang kita serta sekalian khalayak ummat yang bertebaran luasnya,

Kehadapan sekalian warga merdeka dunia yang menentang kezaliman dan keganasan,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Pada hari ke 45 sejak bermulanya peperangan Taufan Al-Aqsa, kita ingin sampaikan salam buat sekalian rakyat kita di Gaza yang cekal yang merupakan gerbang dunia untuk menggapai kemuliaan dan kemerdekaan. Gaza ini yang mengajar dunia akan apa itu kepahlawanan dan pengorbanan. Kehadapan saudara kita di Tebing Barat yang tabah bak memegang bara api lagi cekal berakar teguh dalam menghadapi rejim nazi zionis dan samseng-samseng mereka yang keji. Kehadapan sekalian perwira ummat kita sama ada yang menjadi pendokong, penyokong dan penyeru jihad untuk melawan kebongkakan rejim zionis dan pemuka-pemukanya yang merupakan pencetus kerosakan lagi pembunuh mereka yang tidak berdosa.

Selepas kita mengucapkan salam ini, kita ingin memaklumkan kepada sekalian anak watan, sekalian ummat serta warga merdeka dunia berkenaan operasi-operasi jihad pertempuran kita yang terbaru untuk melawan keganasan zionis nazi sepanjang 72 jam yang terkini. Ketahuilah bahawa Mujahidin kita berjaya meletupkan 60 kenderaan berperisai musuh sepanjang 3 hari yang berlalu, antara yang hancur adalah 10 kenderaan pengangkutan tentera berperisai di mana kebanyakan serangan ini dilakukan dengan menggunakan senjata roket Al-Yasin 105 serta senjata-senjata letupan khas seperti senjata letupan Tandum 85.  Serangan-serangan dilakukan di tempat-tempat pencerobohan musuh iaitu di selatan Hayy Zaitun, Hayy Sheikh Ridhwan, Hayy Litwam, Barat Jabaliyya, dan Bait Lahiya. Mujahidin kita hingga kini masih bertempur sengit di kawasan-kawasan tersebut tadi.

Pada masa yang sama, Mujahidin kita telah berjaya melaksanakan beberapa operasi khas terhadap tentera musuh di setiap kawasan yang dimasuki musuh di mana Mujahidin telah berjaya mengakibatkan pembunuhan dan kecederaan secara langsung pada tentera musuh. Di antara operasi yang terserlah yang berjaya dilakukan adalah operasi serangan hendap yang dikenakan terhadap askar darat musuh di Bandar Gaza pada hari Sabtu yang lepas. Pada pertempuran tersebut, terdapat tentera darat yang berjalan kaki sedang mengkuti kenderaan jentolak musuh lalu Mujahidin menyerang mereka dengan senjata antaranya senjata anti personnel hingga menyebabkan kehancuran dan kecederaan kepada tentera musuh pada ketika itu hingga terdengar teriakan dan jeritan tentera musuh memohon pertolongan dan bantuan.

Pada operasi selainnya yang juga diadakan pada hari Sabtu yang lepas, Mujahidin kita telah menyasarkan serangan di Hayy Litwam terhadap kenderaan pengangkutan musuh berperisai dengan senjata letupan Al-Yasin 105 lalu kenderaan tersebut musnah dan keluar darinya tiga askar musuh yang kemudiannya diletupkan hingga mampus oleh Mujahidin dengan senjata letupan anti personnel. Pada kawasan lain, pasukan Mujahidin telah bersedia di posisi masing-masing untuk menyerang hendap pasukan komando khas zionis, lalu apabila tibanya mereka ke kawasan tersebut maka tercetuslah pertempuran secara bersemuka lagi sengit antara Mujahidin dan komando-komando khas zionis. Akhirnya telah mampus tidak kurang dari tujuh askar komando Zionis manakala tiada kematian dari pihak Mujahidin dan mereka pulang ke pengkalan mereka dengan sejahtera.

Manakala pada waktu Zohor hari Ahad yang lepas, salah satu unit komando Mujahidin yang terdiri daripada 25 orang Mujahidin telah melancarkan serangan secara tersusun ke atas musuh yang telah menjadikan Hospital Rantisi sebagai pengkalan mereka dan mereka telah menghalau semua pesakit dan pegawai perubatan dari hospital tersebut. Pada operasi tersebut, Mujahidin kita telah berjaya menyerang kenderaan pengangkutan berperisai musuh beserta serangan dari senjata letupan TBG anti perisai, dan senjata mesingan yang dihala ke arah sekolah yang berdekatan dengan Hospital Rantisi di mana tentera musuh sedang berlindung di dalamnya. Kemudian Mujahidin kita berjaya memusnahkan kereta kebal musuh yang cuba untuk memberi bantuan kepada tentera musuh yang lain yang teruk diserang, dan pada masa yang sama sebuah kenderaan pengangkutan berperisai musuh yang bergegas melarikan diri juga turut dimusnahkan oleh Mujahidin dan empat orang askar musuh yang keluar dari kenderaan berperisai tersebut turut dibunuh oleh Mujahidin. Jet perang musuh juga terpaksa digerakkan untuk membantu musuh dan telah mengebom kawasan operasi Mujahidin tersebut hingga gugur syahid seorang mujahidin manakala 24 Mujahidin lagi kembali ke pengkalan mereka dengan aman.

Sesungguhnya kami ingin menegaskan bahawa musuh telah mengebom tentera mereka sendiri di darat dengan sangkaan bahawa mereka telah menjadi tawanan perang Mujahidin pada operasi tersebut. Kami juga ingin memaklumkan bahawa pada beberapa siri pertempuran dengan musuh, apabila musuh melihat bahawa kenderaan-kenderaan berperisanya telah musnah dan tidak mampu digerakkan ke pengkalan mereka, maka musuh telah mengebom kenderaan-kenderaan mereka supaya dapat memadam bukti-bukti kegagalan operasi mereka. Operasi-operasi Mujahidin yang telah kita kongsikan adalah antara sebahagian dari operasi yang telah dilancarkan dan keadaan mengizinkan untuk kita berkongsikannya kepada khalayak ramai. Hingga sekarang ini ratusan Mujahidin kita dalam posisi teguh mempertahankan tanah air di setiap kawasan pencerobohan musuh dan telah melaksanakan beberapa operasi serangan terhadap musuh yang mana akan kami paparkan kepada khalayak ramai nanti ketika keadaan stabil dan aman.

Wahai anak watan kita yang berjuang,

Wahai warga merdeka dunia,

Kami ingin menegaskan bahawa misi utama musuh adalah kehancuran dan pembunuhan orang awam di Gaza serta melakukan jenayah-jenayah perang berniat. Mereka menyangka bahawa kekejaman itu akan menakutkan anak watan kita dan mempengaruhi mereka agar jangan melawan penjajahan. Namun, musuh ternyata angan-angan dan bodoh akan hakikat sejarah. Keadaan histeria yang dialami oleh musuh ketika mana menyerang anak watan kita adalah suatu petanda bahawa musuh mengetahui bahawa mereka tidak akan menang lalu menyebabkan mereka terpaksa mengguna kaedah yang kotor lagi kejam untuk menghukum dan membalas dendam terhadap sekalian warga awam dan anak-anak kecil di Gaza.

Khatimahnya, wahai anak watan kita yang gagah! Yang gah di tanah suci kita ini, ketahuilah bahawa musuh kita ini pasti akan musnah dengan izin Allah, manakala kemahuan kita tidak akan sesekali goyah, dan kita tidak akan sesekali rukuk melainkan kepada Allah. Sesungguhnya setiap penderitaan dan kesusahan yang kita alami disebabkan serangan dan keganasan musuh pasti akan menguatkan rakyat kita dan perjuangan kita dengan izin Allah. Pada masa yang sama, keganasan  dan jenayah holocaust yang dilakukan oleh musuh terhadap rakyat kita adalah permulaan bagi kemusnahan musuh dengan izin Allah. Ternyata benarlah titah firman Allah SWT:-

لَنْ يَّضُرُّوْكُمْ اِلَّآ اَذًىۗ وَاِنْ يُّقَاتِلُوْكُمْ يُوَلُّوْكُمُ الْاَدْبَارَۗ ثُمَّ لَا يُنْصَرُوْنَ

Mereka tidak akan membahayakan kamu, kecuali gangguan-gangguan kecil saja, dan jika mereka memerangi kamu, nescaya mereka mundur berbalik ke belakang (kalah). Selanjutnya mereka tidak mendapat pertolongan. (Surah Ali Imran ayat 111)

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ ࣖ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. (Surah Ali Imran ayat 200)

Sesungguhnya ini lah jalan jihad, sama ada kita berjaya atau terkorban syahid di jalan Tuhan.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam, 20.11.2023


Link video asal
https://youtu.be/QTwAW04xphg?si=8Pn9_4xSq9u76nkE

Comments