*Kenyataan Terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 24.11.2023*

 

*Kenyataan Terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 24.11.2023*

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

*Ketahuilah bahawa Pertolongan Allah itu amat hampir*

Segala puji bagi Allah Penguasa sekalian alam yang telah menetapkan pada dirinya bahawa
Dia pasti akan membantu Mujahidin yang berjuang di atas jalanNya

{ ثُمَّ نُنَجِّی رُسُلَنَا وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۚ كَذَ ٰلِكَ حَقًّا عَلَیۡنَا نُنجِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ }

[Surah Yūnus: 103]

Kemudian Kami selamatkan rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman, demikianlah menjadi kewajiban Kami menyelamatkan orang yang beriman.

Allah jugalah yang menetapkan kehinaan ke atas mereka yang melakukan keganasan dan melampaui batas.

 { وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكَ لَیَبۡعَثَنَّ عَلَیۡهِمۡ إِلَىٰ یَوۡمِ ٱلۡقِیَـٰمَةِ مَن یَسُومُهُمۡ سُوۤءَ ٱلۡعَذَابِۗ إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِیعُ ٱلۡعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورࣱ رَّحِیمࣱ }

[Surah Al-Aʿrāf: 167]

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahukan, bahwa sungguh, Dia akan mengirim orang-orang yang akan menimpakan azab yang seburuk-buruknya kepada mereka (orang Yahudi) sampai hari Kiamat. Sesungguhnya Tuhanmu sangat cepat siksa-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Selawat dan salam ke atas Nabi kita Sang Pejuang Jihad, dan ke atas sekalian ahli keluarganya dan sahabatnya serta sekalian yang berjihad di atas jalan jihad baginda.

Wahai anak watan yang teguh di hadapan wajah kezaliman.
Wahai lambang kemegahan serta penanda aras kemegahan.
Wahai sekalian Mujahidin yang gagah di setiap perbatasan.
Wahai sekalian pendekar serta sekalian ummat.
Wahai sekalian warga merdeka dunia.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Pada hari ke-48 sejak bermulanya peperangan Taufan Al-Aqsa, para Mujahidin kita masih cekal di perbatasan melawan dan bertempur dengan tentera zionis yang ganas di mana kami berjaya menghancurkan 335 kenderaan berperisai zionis sejak bermulanya penjajahan darat oleh musuh dengan menggunakan senjata anti perisai dan beberapa senjata pengebom khas. Bahkan pada tempoh 72 jam yang berlalu, Mujahidin berjaya memusnahkan 33 kenderaan berperisai musuh di Litwam, Jabaliyya, Bait Hanun, Sheikh Ridhwan, Hayy Zaitun. Antara kenderaan yang musnah adalah kenderaan pengangkutan musuh, kereta kebal, jentolak, dan jengkaut.

Di samping itu, Mujahidin juga berjaya melancarkan puluhan operasi menyerang tentera pejalan kaki musuh di tempat-tempat pemusatan dan kubu musuh dengan menggunakan senjata pengebom anti personnel. Pada masa yang sama, Mujahidin juga telah mengebom tempat-tempat perkumpulan musuh dengan menggunakan senjata mortar serta serangan roket bertalu-talu yang disasarkan ke arah sasaran-sasaran yang pelbagai dengan jarak yang pelbagai ke arah wilayah jajahan Israel.

Mujahidin kita juga telah berjaya melancarkan pada tiga hari yang lalu beberapa operasi khas yang mendatangkan kematian bagi tentera-tentera musuh yang berada di luar kenderaan berperisai mereka. Antara operasi yang terserlah adalah pada hari Selasa yang lepas di Litwam, selatan Gaza di mana Mujahidin telah melancarkan serangan hendap ketika mana kenderaan pengangkutan musuh menurunkan askar-askar musuh di tempat serangan hendap. Serangan hendap yang dilakukan oleh Mujahidin pada jarak yang kosong dengan menggunakan senjata letupan dan senapang mesingan yang mengakibatkan 5 orang askar musuh mati dan mereka terpaksa menunggu bantuan mereka yang terdiri dari unit komando musuh untuk tiba menyelamatkan mereka, namun unit komando tersebut juga diserang dengan letupan anti personnel dan mereka ternyata telah memasuki perangkap Mujahidin dan selepas operasi tersebut para Mujahidin berundur dengan aman dan selamat.

Pada operasi seterusnya, seorang pendekar Mujahidin yang sedang teguh di medan juang telah menyerang 8 orang askar musuh yang telah turun dari kenderaan pengangkutan mereka di Timur Hospital Rantisi, Hayy Sheikh Ridhwan, pada asar Selasa yang lepas. Sang pendekar mujahid tersebut telah menghujani musuh dengan peluru-pelurunya dengan jarak hanya 10 meter sahaja dengan musuh-musuh hingga mengakibatkan kematian dan kecederaan buat musuh tanpa mereka berupaya untuk membalas serangan tersebut kerana mereka tidak dapat mengenal pasti dari arah mana mereka diserang.

Manakala sang pendekar tersebut kembali ke posisinya dengan keadaan selamat sambil dinaungi perlindungan Tuhan Yang Maha Penyayang. Di samping itu, sekumpulan Mujahidin Al-Qassam telah melancarkan di Bait Hanun, subuh Selasa yang lepas operasi serangan ke atas kumpulan tentera musuh pejalan kaki yang terdiri daripada 6 anggota dengan menggunakan senjata letupan anti personnel dan akhirnya Mujahidin kita kembali ke pengkalan dengan aman selepas kejayaan operasi. Unit bantuan musuh juga tiba pada kawasan operasi mujahidin tersebut, namun melarikan diri di bawah debu dan pengeboman membabi buta musuh.

Pada Rabu lepas di waktu zohor, Mujahidin kita memerhatikan gerak geri musuh yang mahu mengebom salah satu terowong mujahidin di Jabaliya, maka Mujahidin terus bertempur dengan mereka dan memasang bom perangkap di tempat masuk terowong tersebut dan meletupkannya dengan letupan yang dahsyat yang mengakibatkan kerugian besar buat tentera musuh dengan berkat bantuan Allah.

Pada masa yang sama, Mujahidin kita juga telah menembak mati seorang tentera musuh di kawasan tersebut. Pada hari Khamis yang lepas di waktu fajar, tentera musuh sedang berusaha menguasai beberapa bangunan berdekatan Jalan Salahuddin di Hayy Zaitun, maka Mujahidin kita terus menyerang mereka dari jarak sifir serta berhasil memusnahkan corong kereta kebal Merkava ketika seorang askar musuh sedang memanjat kereta kebal tersebut. Pada ketika itu juga, Mujahidin kita menyerang askar pejalan kaki musuh yang sedang bersiap sedia untuk berlindung di dalam sebuah bangunan dengan serangan bom dan senjata mesingan hingga menyebabkan kematian dan kecederaan kepada pihak musuh dan selepas itu Mujahidin kita kembali ke pengkalan dengan aman dengan diliputi perlindungan Tuhan Yang Maha Penyayang.

Wahai anak watan kami dan sekalian ummat.
Wahai warga merdeka dunia.

Sesungguhnya kami dari Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam, bersempena peperangan Taufan Al-Aqsa ini yang telah memasuki hari ke 48 ini, maka kami ingin menegaskan perkara-perkara berikut:

1. Sesungguhnya keperwiraan dan semangat pendekar para mujahidin kami adalah suatu kebanggaan buat setiap warga merdeka di dunia. Ingatlah, bahawa kami sedang berhadapan dengan kekuatan musuh yang ganas yang tidak mengerti sebarang nilai agama mahupun akhlak dalam melakukan peperangan serta hanya mahu membunuh dan mengebom membabi buta sahaja di mana strategi musuh dalam penjajahan darat ini hanya terbina di atas agenda menghancurkan semua benda, dan membunuh semua yang bernyawa semata-mata mahu mencipta kemenangan dan mahu mengumumkan kemenangan dengan segera. Demi melaksanakan rencana mereka, maka mereka melakukan penyembelihan dan pembunuhan orang awam dengan penuh kejam serta disaksikan oleh warga dunia.

Namun rencana pembantaian mereka ini telah kami patahkan dan akan kami terus menggagalkannya dengan bantuan Allah. Mujahidin kami terus berakar gagah di perbatasan dan posisi pertempuran mereka. Bahkan ada sebahagian pendekar mujahidin Yang terus setia di perbatasan juang mereka lebih dari 30 hari dan mereka masih setia menanti saat pertempuran  dan menyerang sasaran Yang tepat pada waktu Yang tepat.

Mujahidin kami dengan berkat kurnia Allah masih berjaya menyerang musuh di belakang garisan mereka dan masih keluar dari celahan runtunan bangunan serta dari hancuran binaan yang disangka musuh telah dimusnahkan secara taktik ketenteraan sejak berminggu lamanya.

2. Sesungguhnya musuh masih menyembunyikan jumlah sebenar kematian dan kemusnahan tentera mereka sedangkan kami mengetahui hal demikian dan kami sendiri menyaksikan kematian mereka. Para mujahidin kami saat bertempur dengan musuh, melihat secara dekat kematian tentera musuh dan melihat penderitaan mereka ketika mana bangkai-bangkai tentera zionis diheret oleh mereka.

Sesungguhnya kematian tentera musuh tidak akan berlaku sekiranya penjajahan secara darat ala Nazi dibuat ke Gaza. Kami sejak pada hari pertama hingga kini mengatakan sesungguhnya pimpinan musuh yang menggigil gementar yang bertanggungjawab mengarahkan pembantaian anak watan kami, mereka jugalah yang telah menetapkan untuk meletakkan tentera mereka sebagai korban di tengah-tengah pembantaian tersebut.

Sesungguhnya setiap petunjuk dan petanda yang diperhatikan oleh Mujahidin kami di medan perang menunjukkan bahawa tentera musuh yang telah dicampakkan ke peperangan ini ternyata tidak bersedia untuk berperang dan tidak mengerti pengakhiran mereka.

3. Apa yang musuh mahukan dari memanjangkan tempoh perang ini adalah mereka mahu lakukan genocide (pembersihan etnik) dan membalas dendam secara kolektif ke atas warga Gaza serta penyembilan demi penyembelian lantas tiada sebarang objektif ketenteraan dari penjajahan mereka ini.

Oleh yang demikian, kami mahu menegaskan bahawa kami bersedia dengan berkat bantuan Allah untuk meneruskan serangan ke atas musuh secara berterusan tanpa menghiraukan betapa lama tempoh dan skop peperangan ini.

Maka amaran kepada musuh dan mereka yang dibelakang mereka yang terdiri dari mereka yang berkhayal dan bermimpi di siang hari bahawa perjuangan kami akan tumpas, siapkanlah diri kamu dan usahlah menipu diri sendiri kerna kami adalah pejuang yang berdiri atas kebenaran serta pahlawan kemerdekaan.

Maka amatlah aula bagi mereka yang memeriksa bayang fatamorgana untuk mengiktiraf hak-hak rakyat kami dan menamatkan penjajahan yang dilakukan oleh rejim zionis yang fasis lagi zalim nan ganas terhadap anak-anak kecil kami, rakyat kami, keluarga kami dan tanah suci kami.

4. Sesungguhnya apabila musuh telah menerima tempoh gencatan senjata ini dan penukaran tawanan perang, maka sebenarnya inilah yang telah kami tawarkan kepada musuh sejak sebelum mereka melaksanakan penjajahan darat ke Gaza namun musuh telah menolak tawaran tersebut pada ketika itu. Bahkan musuh menyangka mereka dapat membawa pulang tawanan mereka kembali dengan kekuatan ketenteraan mereka. Sedangkan kami menegaskan dan terus menekankan bahawa hanya satu jalan sahaja untuk musuh menyelamatkan tawanam rakyat mereka iaitu dengan penukaran tawanan perang antara kedua-dua pihak.

Justeru, apa yang musuh berjaya capai dari serangan darat mereka ini hanyalah menambahkan kemusnahan dan pembunuhan  serta kehancuran membabi buta yang juga menambahkan bilangan kematian tawanan rakyat mereka serta memanjangkan tempoh penderitaan mereka kerana pengeboman yang dilakukan tentera mereka sendiri tambahan pula ramai pula tentera mereka yang juga terbunuh dan cedera di dalam pertempuran darat ini.

5. Kami ucapkan salam buat pejuang mujahidin di Tebing Barat yang mana mereka merupakan penggerak hadapan dalam menghadapi puak penjajah dan perampas tanah mereka.

Kami ucapkan salam buat para penggerak kekuatan dan para Pendekar Jihad ummat kita dari barisan-barisan yang pelbagai yang telah terjun ke medan juang secara langsung yang memberi kesan yang memedihkan buat musuh. Khususnya buat saudara kami di Yaman, wahai Yaman tempat mekarnya Islam, mereka telah bergerak menyahut jeritan dan laungan pertolongan rakyat kami serta seruan jihad mujahidin seraya bingkas bangkit demi semangat pendekar Yaman yang penuh masyhur. Mereka telah merentas batasan geografi dan membantu Gaza dengan penuh semangat nan keperwiraan.

Begitulah juga ucapan salam buat saudara kami di Lubnan yang telah meningkatkan serangan mereka ke arah musuh serta mengepung musuh dari pasukan pejuang mereka di Utara sempadan Lubnan Israel. Mereka melancarkan serangan yang menyasarkan kubu-kubu musuh.

Begitu juga ucapan salam buat saudara kami di Iraq yang merdeka dan setiap pejuang dari pelbagai barisan yang berusaha dan mengeluarkan daya tenaga untuk menghenyak musuh.

Kami mengucapkan salam buat sekalian pejuang di luar Palestin yang penuh tegar untuk mengaturgerak demi Palestin dan menjangkau solidariti lisan semata-mata.

Maka, kami menyeru agar sekalian pejuang mujahidin anak watan di Tebing Barat dan Mujahidin dari pelbagai barisan di luar Palestin untuk meningkatkan lagi serangan ke atas penjajah serta menyasarkan pertempuran tepat ke atas musuh di setiap pelusuk tanah Palestin.

Kami menyeru saudara kami di Jordan khususnya untuk meningkatkan lagi segala usaha dan desakan rakyat  serta bangkit berjuang kerna kalian hai keluarga kami di Jordan adalah mimpi ngeri buat penjajah. Ketahuilah! Penjajah amat takut apabila kalian bergerak berjuang dan kerana itu penjajah berusaha dan mengimpikan agar negara kalian menjadi neutral dan terasing dari perjuangan Palestin.

Kami juga menyeru sekalian warga merdeka dunia agar mendatangkan usaha yang memberi keburukan ke atas sekalian negara-negara  yang bersekongkol dengan zionis di mana pun kalian berada.

Khatimahnya wahai anak watan kami yang penuh berkah di Gaza yang penuh agung, kami ucapkan salam hormat penuh megah buat kalian di atas kecekalan dan thabat kalian yang menjadi lagenda serta model ikutan bagi tiap warga merdeka di dunia. Semangat dan kekentalan kalian menggambarkan kedalaman iman anak watan kami dalam perjuangan ini serta kecekalan mereka yang tidak pernah tercatat sebelum ini dalam sejarah perjuangan Palestin meskipun mereka terpaksa menderita kepedihan dan kesengsaraan dari serangan zionis ala nazi.

Ketahuilah kami para mujahidin adalah sebahagian dari anak watan Gaza, kami berkongsi dengan mereka kepedihan yang sama-sama kita alami. Kami bersama-sama kalian hai anak watan, kami adalah daripada kalian juga. Kami berjuang demi maruah dan harga diri kita, dan kami berdiri tegak menghadapi musuh yang dilaknati dalam setiap kitab suci, musuh yang dihalau oleh tiap bangsa yang merdeka.

Kami memegang tangan anak watan kami seraya berkata :-

"Sesungguhnya bersama-sama kesabaran itu adalah kesenangan.
Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu sangat dekat."

Sesungguhnya ini adalah jalan jihad, sama ada kami berjaya atau kami gugur syahid.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

 Abu Ubaidah, 24/11/2023.

Link video asal
https://youtu.be/nLNtnxzRTuU?si=6wqLRVa0WyHMPyDy

Comments