Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 10.12.2023.


Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 10.12.2023.

*Kami para mujahidin ingin menenangkan kalian, bahawa mujahidin dalam keadaan yang amat baik dan barisan mereka tersusun kemas dan gagah*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

قُلْ هَلْ تَرَبَّصُوْنَ بِنَآ اِلَّآ اِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِۗ وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ اَنْ يُّصِيْبَكُمُ اللّٰهُ بِعَذَابٍ مِّنْ عِنْدِهٖٓ اَوْ بِاَيْدِيْنَاۖ فَتَرَبَّصُوْٓا اِنَّا مَعَكُمْ مُّتَرَبِّصُوْنَ

Katakanlah ( hai Muhammad), “Tidak ada yang kamu tunggu-tunggu bagi kami, kecuali salah satu dari dua kebaikan (menang atau mati syahid). Dan kami menunggu-nunggu bagi kamu bahwa Allah akan menimpakan azab kepadamu dari sisi-Nya, atau (azab) melalui tangan kami. Maka tunggulah, sesungguhnya kami menunggu (pula) bersamamu.” (At-Taubah ayat 52)

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang telah menentukan kemuliaan dan kemenangan buat diriNya, rasulNya dan sekalian orang beriman. Dialah juga yang menetapkan kehinaan dan kerendahan buat mereka yang jahat dan bongkak.

Selawat dan salam ke atas Nabi kita sang pejuang jihad serta sekalian ahli keluarga dan sahabat baginda serta sekalian yang berjihad di atas jalan baginda.

Kehadapan anak watan kami yang gagah,

Kehadapan sekalian ummat Islam dan warga arab,

Kehadapan sekalian warga merdeka dunia,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Setelah berlalunya 65 hari sejak bermulanya peperangan Taufan Al-Aqsa yang bermula pada 7 Oktober yang lepas, dan selepas bersambungnya peperangan sejak tamatnya tempoh genjatan senjata sementara yang telah berlalu lebih kurang 10 hari di mana pada tempoh genjatan senjata tersebut telah berlakunya proses penukaran tebusan antara musuh dan pihak kami yang telah membebaskan ratusan tawanan rakyat Palestin yang terdiri daripada anak-anak kecil dan wanita, maka musuh yang bersikap nazi lagi terkutuk telah meneruskan serangan ganasnya terhadap anak watan kami. Musuh menyerang dengan bertujuan untuk membalas dendam secara membabi buta ke atas warga awam khususnya anak-anak kecil dan wanita serta menghancurkan segala infrastruktur, tempat tinggal, hospital-hospital serta bangunan-bangunan awam dan ini merupakan suatu jenayah perang yang sangat keji. Kesemua ini merupakan satu-satunya pencapaian yang didendangkan oleh pemimpin-pemimpin penjajah serta askar mereka yang pengecut.

Namun, pada masa yang sama, kami mengumumkan dengan berkat bantuan Allah sepanjang 10 hari dari bersambungnya peperangan bahawa mujahidin kami telah berjaya meneruskan serangan ke atas musuh yang berkumpul di tempat-tempat pencerobohan yang dimasuki sebelum bermulanya tempoh genjatan senjata beserta tentera musuh yang telah menceroboh dari kawasan-kawasan yang baru di Utara Gaza, di tengah Gaza serta Selatan Gaza yang terdiri daripada Bait Hanun sehingga Khan Yunis. Para mujahidin kami berjaya mendekati pihak musuh yang berkubu di tempat-tempat yang dilindungi oleh keupayaan udara musuh serta perlindungan darat dan para mujahidin berhasil dengan berkat bantuan Allah mengakibatkan kehancuran lebih dari 180 kenderaan berperisai musuh sepanjang 10 hari pertempuran sejak tamat gencatan senjata yang terdiri daripada kenderaan pengangkutan musuh, kereta kebal dan jentolak di Syujaeyyah, Zaitun, Litwam, Sheikh Ridhwan, Jabaliyya, Bait Lahiya, Bait Hanun di Utara Gaza, Deir Balah, Timur dan Utara Khan Yunis di Selatan Gaza. Mujahidin kita telah menyerang kesemua kenderaan berperisai musuh tersebut dengan senjata anti perisai Al-Yasin 105, senjata letupan Tandum, senjata letupan Syuwaz, dan senjata letupan Al-Fidaie.


Para mujahidin kami juga berjaya dengan berkat bantuan dan tawfiq Allah melaksanakan banyak operasi serangan khas terhadap musuh yang nazi ini yang berada di luar kenderaan berperisai mereka. Operasi ini terdiri daripada serangan ke atas tentera pejalan kaki musuh yang sedang berkubu di dalam bangunan-bangunan dengan menggunakan senjata anti bangunan dan anti personnel, melakukan serangan hendap dan perangkap ke atas tentera musuh yang diserang dengan senjata anti personnel, menyerang mereka dari jarak sifir dengan senjata mesingan. Mujahidin juga melaksanakan puluhan operasi serangan melalui senapang jarak jauh (sniper) serta meletupkan periuk-periuk api dan memasang perangkap letupan di terowong-terowong bawah tanah. Operasi-operasi ini berjalan selaras dengan taktik yang dirancang serta jumlah mujahidin yang ditentukan berdasarkan tugasan yang diberikan. Maka operasi-operasi ini beserta serangan hendap telah membuahkan hasil dengan mengakibatkan kematian dan kerugian besar pada saf tentera musuh dan sekalian mujahidin kita telah pulang dengan selamat ke pengkalan mereka sambil diliputi perlindungan Tuhan Yang Maha Penyayang.

Unit artileri mujahidin juga telah diaturgerak untuk mengebom sekalian tempat perkumpulan musuh di  semua tempat musuh di Gaza dengan senjata mortar dan roket Rujum berjarak dekat. Briged Al-Qassam juga telah melancarkan serangan pengeboman di kawasan luas yang bersempadan dengan Gaza yang juga termasuk kawasan jajahan Israel seperti Asqolan, Usdud, Tel Aviv dan lain-lain dengan puluhan serangan roket yang pelbagai jarak serta tempoh masa yang pelbagai.

Oleh yang demikian, kami dari Briged Asy-Syahid Izzudin Al-Qassam mengumumkan penerusan pertempuran kami ke atas musuh nazi ini yang telah memasuki hari ke 65 serta menegaskan perkara-perkara berikut :-

1. Kami tegaskan kembali bahawa apa yang dicapai oleh tentera musuh adalah hanya kehancuran dan pembunuhan membabi buta. Musuh telah pun GAGAL dan berterusan meneguk kekalahan, kehinaan dan kekecewaan sama ada di Selatan mahupun Utara Gaza. Musuh akan semestinya gagal lebih banyak setiap kali mereka meneruskan serangan dan memasuki kawasan lain di Gaza. Setiap kali mereka menyambung serangan mereka maka ketika itu telah terikatnya kekecewaan mereka sekaligus kekalahan mereka lebih parah dan besar dengan berkat kekuatan Allah lalu mereka tewas di tangan kami.

Sesungguhnya kecekalan mujahidin di medan juang yang telah mendatangkan kerugian yang memalukan buat musuh akan senantiasa berterusan pada tiap masa selagimana pertempuran ini berlaku dengan berkat pertolongan Allah Taala.

2. Pada waktu gencatan senjata sementara yang lepas telah mengesahkan kejujuran dan kebenaran kata-kata kami yang telah kami laungkan sejak hari pertama bermulanya peperangan ini. Namun pihak pimpinan dan jurucakap politik serta ketenteraan musuh telah berdusta. Gencatan senjata telah mengesahkan bahawa tawanan musuh di pihak kami tidak akan sesekali keluar melainkan diadakan penukaran tawanan bersyarat yang telah kami umumkan sejak pada hari pertama peperangan. Telah pun disahkan pada musuh dan sekalian perunding mediasi kebenaran apa yang kami telah cakapkan berkenaan kematian yang banyak dari tawanan-tawanan Israel di pihak kami. Pada masa yang sama telah zahir pada musuh dan rakan taulan, keindahan layanan yang diterima oleh tawanan-tawanan musuh ketimbang layanan sadis lagi keji yang dilakukan musuh ke atas rakyat kami lelaki dan perempuan yang menjadi tawanan mereka sekaligus menunjukkan perasaan kekalahan dan kehinaan yang dialami si gila Bengavir (Menteri dalam negeri Israel) dan pemimpin-pemimpin lain yang sepertinya.

Oleh yang demikian, kami ingin katakan kepada sekalian khalayak musuh, pemimpin-pemimpin mereka, serta semua yang mengambil peduli akan isu ini di dunia :-

“Sekalian keupayaan musuh yang fasis, pemimpin-pemimpinnya yang bongkak yang terdiri daripada si perosak lagi kalah Netanyahu ataupun si tua nyanyuk Gallant , dan sekalian yang berada di belakang mereka yang terdiri daripada pendokong serta mereka yang berbangga dengan zionis yang berada di Rumah Putih (White House) tidak akan sesekali mampu mengambil tawanan rakyat mereka hidup-hidup tanpa penukaran tawanan perang, negosiasi, serta mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan mujahidin. Bahkan pada dua hari yang lepas, musuh telah gagal menjalankan operasi untuk membebaskan salah seorang daripada tawanan rakyat Israel."

Justeru, peperangan Taufan Al-Aqsa dan peperangan-peperangan sebelum ini yang tercatat di dalam lembaran sejarah jihad kami telah mengesahkan fakta kekalahan demi kekalahan musuh. Telah terangkat pena takdir seraya kering dakwat hakikat yang tertulis.

3. Sesungguhnya musuh yang senantiasa mengulangi sorakan misi mereka untuk menghancurkan jihad di Gaza adalah suatu ucapan yang diungkapkan untuk memuaskan kehendak rakyat mereka sahaja serta usaha untuk memuaskan kemahuan warga zionis haluan kanan yang ekstrem dan dahagakan darah. Sesungguhnya, apabila musuh mengulangi pendirian mereka untuk menghancurkan jihad di Gaza maka mereka telah terjatuh di dalam seburuk-buruk perbuatan mereka dan seteruk-teruk musibah ke atas mereka. Sekiranya musuh mampu menghancurkan gerakan Hamas, Briged Al-Qassam, dan sekalian jihad di Gaza maka apakah mereka berjaya menghancurkan jihad di Tebing Barat dan di Al-Quds sebelum ini? Bahkan, usaha musuh tersebut hanyalah menyemai kebangkitan jihad seraya membuahkan sokongan bersangatan terhadap jihad dan Al-Qassam di ibu negara kami di Al-Quds serta di Tebing Barat yang gagah. Meskipun musuh cuba menggunakan dan melakukan sekalian jenayah-jenayah serta keganasan dan menggunakan segala keupayaan untuk menindas rakyat kami di Al-Quds dan Tebing Barat sejak lebih 20 tahun yang lalu namun mujahidin masih mampu melakukan serangan yang memeritkan seperti serangan yang dilakukan terhadap musuh di Al-Quds beberapa hari yang lepas dan di lain-lain tempat di Tebing Barat, maka ketahuilah serangan yang akan datang dari mujahidin adalah akan menjadi lebih parah dan dahsyat dengan berkat bantuan dan kekuatan Allah.

4. Kami menyeru para mujahidin anak watan kami di setiap tempat dan barisan serta sekalian warga arab dan Ummat Islam sekaliannya, termasuk mereka yang menentang penjajah zionis dari seluruh pelusuk dunia, untuk bingkas bangkit dan membantah penjajahan musuh dan mereka yang membantu musuh dengan melancarkan serangan, demonstrasi, dan protes. Tiada kebaikan langsung bagi mereka yang menonton dan meneliti keupayaan zionis pembunuh yang nazi ini dan pemimpin-pemimpin mereka yang melakukan kezaliman ke atas keluarga kami, anak-anak kecil kami, kaum wanita, orang awam serta kerakusan musuh membiarkan mereka kelaparan serta menghalau mereka dari kediaman mereka lalu mereka yang menonton kesemua kezaliman ini hanya melihat sahaja tanpa bergerak untuk menghancurkan kepentingan musuh, dan membalas balik ke atas serangan musuh yang disasarkan kepada rakyat kami, serta tanah suci kita beserta menggugat masa depan ummat ini.

Khatimahnya, wahai anak watan kami yang megah, sesungguhnya keganasan pembunuhan persis holocaust ini yang dilakukan oleh musuh adalah untuk mematahkan keazaman rakyat dan gerakan jihad. Namun, kami para mujahidin adalah takdir Allah yang akan menghancurkan musuh penjenayah ini maka ingatlah pesan Allah SWT :-

وَلَا تَهِنُوْا فِى ابْتِغَاۤءِ الْقَوْمِ ۗ اِنْ تَكُوْنُوْا تَأْلَمُوْنَ فَاِنَّهُمْ يَأْلَمُوْنَ كَمَا تَأْلَمُوْنَ ۚوَتَرْجُوْنَ مِنَ اللّٰهِ مَا لَا يَرْجُوْنَ ۗوَكَانَ اللّٰهُ عَلِيْمًا حَكِيْمًا

Dan janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka ketahuilah mereka pun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu rasakan, sedang kamu masih dapat mengharapkan dari Allah apa yang tidak dapat mereka harapkan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. (An-Nisa ayat 104)

Kami para mujahidin berjuang untuk kemerdekaan tanah air kami, kami berperang di dalam medan juang yang suci yang telah difardhukan ke atas kami untuk memburukkan wajah penjajah yang zalim. Maka tiada pilihan lain bagi kami melainkan melancarkan peperangan ke atas penjajah pada tiap jalan, lorong dan perkampungan demi membalas dendam bagi darah keluarga kami yang telah ditumpahkan musuh dan mematahkan kekuatan penjajah yang pengecut.

Kami para mujahidin ingin menenangkan kalian, bahawa mujahidin dalam keadaan yang amat baik dan barisan mereka tersusun kemas dan gagah. Bahkan hingga kini ribuan mujahidin masih bersiap siaga di perbatasan sambil menanti peranan mereka dan beraksi di medan juang seraya memberi pengajaran pedih kepada penjajah. Sesungguhnya penyaksian dari mujahidin yang selamat kembali dari medan pertempuran dan bersiap siaga untuk melanjutkan perjuangan mengesahkan kekuatan semangat kepahlawanan mereka dan iman mereka yang jitu serta keupayaan perang mereka, dan pada masa yang sama mengesahkan kelemahan musuh serta ketakutan mereka dan keleburan semangat mereka.

Maka ingatlah pesan Alllah SWT

فَلَا تَعْجَلْ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّمَا نَعُدُّ لَهُمْ عَدًّا

Maka janganlah kamu tergesa-gesa memintakan siksa terhadap mereka, kerana sesungguhnya Kami hanya menghitung datangnya (hari siksaan) untuk mereka dengan perhitungan yang teliti. (Maryam ayat 84)

Salam hormat buat para syuhada kami yang suci,

Moga kesembuhan buat mereka yang cedera dan menderita,

Moga kemerdekaan terlaksana buat mereka yang tertawan oleh musuh,

Moga kemenangan tiba buat rakyat dan mujahidin kami

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas urusanNya, namun banyak manusia tidak mengetahui.

Inilah dia jalan jihad, sama ada kami menggapai kemenangan atau kami gugur di jalan Tuhan.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh. 

Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Comments

Popular Posts