*Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 28.12.2023.*




*Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 28.12.2023.*

*Tiap titisan darah yang suci yang mengalir dari jasad si syahid atau yang tercedera di dalam peperangan suci ini menjadi saksi akan kemenangan dan kemerdekaan yang makin mendatang dengan izin Allah.*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

{ وَٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَهَاجَرُوا۟ وَجَـٰهَدُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَٱلَّذِینَ ءَاوَوا۟ وَّنَصَرُوۤا۟ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ حَقࣰّاۚ لَّهُم مَّغۡفِرَةࣱ وَرِزۡقࣱ كَرِیمࣱ }

[Surah Al-Anfāl: 74]

Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh pengampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pujian yang disebut oleh mereka yang sabar lagi thabat nan berjuang.

Selawat dan salam ke atas Nabi kita sang pendekar syahid dan ke atas sekalian ahli keluarga dan sahabat baginda serta sekalian para pengikut baginda dalam perjuangan baginda.

Kehadapan anak watan kami yang megah lagi berkat,

Kehadapan sekalian mujahidin yang mulia, 

Kehadapan sekalian pewaris para Nabi dan pemegang panji,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Setelah berlalu 83 hari sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober yang telah meletakkan rejim Zionis pada jalan kehancuran dan kebinasaan dengan berkat kekuatan Allah dan kecekalan dan ketabahan yang dipaparkan oleh warga Gaza yang pendekar di mana kami juga merupakan sebahagian dari mereka, dan mereka juga adalah kami, kami hidup di dalam kesengsaraan mereka dan juga mengharapkan impian yang sama, dan juga kemuncak keperwiraan yang ditunjukkan para mujahidin lalu mematahkan kebongkakan musuh dan berterusan memberikan kehinaan kepada musuh di tanah Gaza, tempat anak jantan dilahirkan dan tempat kekalahan musuh, maka ucapan penghargaan ketenteraan dan kejihadan tidak mampu dimiliki dan digapai melainkan oleh rakyat kami di Gaza kerana rakyat Gaza merupakan pendokong, tulang belakang serta pendakap bagi perjuangan ini di mana jihad ini adalah kerana rakyat Gaza adalah sebahagian dari jihad ini daripada rakyat Gaza, dengan rakyat Gaza, untuk rakyat Gaza. Maka apakah kalimat yang mencukupi untuk menunaikan hak rakyat Gaza yang penuh lagenda, untuk menyifatkan kemuliaan dan kemegahan mereka.

Kehadapan sekalian ummat kami,

Kehadapan sekalian warga merdeka dunia,

Hanyasaya kami berjuang sejak zaman berzaman hingga ke perang Taufan Al-Aqsa ini demi rakyat kami, tanah air kami, tanah suci kamu, dan Aqsa kami disaat pertubuhan-pertubuhan sedunia yang dikawal undang-undang rimba secara rasmi tidak menghiraukan perjuangan ini dan dikawal oleh zionis Rumah Putih (White House). Mereka itulah penzalim, pembunuh, dan tukang propaganda yang mahu memberitahu kepada dunia bahawa sejarah sebenar bermula sejak pada 7 Oktober 2023 sahaja dan sengaja jahil akan hakikat pembunuhan dan penindasan secara berterusan secara bertahun lamanya serta menjalankan agenda penyahudian, penjajahan, pencemaran Aqsa, mengepung Gaza, menzalimi rakyat Palestin yang dipenjara, bahkan menghalau rakyat kami dari kediaman mereka dengan pelbagai cara. Kemudian mereka yang menjadi pendokong Israel membuatkan suatu tangisan kepura-puraan ke atas rejim zionis ketikamana rejim itu diserang dan dilempang oleh Mujahidin dengan lempangan terhebat sepanjang kurun hingga mereka terpaksa membayar harga tinggi atas jenayah-jenayah yang mereka lakukan.

Oleh itu, kami katakan kepada dunia bahawa kami adalah rakyat yang mahukan bebas merdeka dan hidup bermaruah, dan kami bukanlah hatta walau sehari pun menjadi pencari peperangan dan kehancuran. Maka adalah aula bagi pendokong zionis timur dan barat untuk mengakui hak-hak rakyat kami dan menamatkan penjajahan ini namun mereka enggan dan cuba membayar lebih masa demi kepentingan penjajahan zionis ini sekaligus cuba untuk menindas rakyat kami dan menghapuskan perjuangan ini.

Namun kami selaku rakyat, yang berhak ke atas perjuangan ini dan hak-hak kami maka perjuangan yang penuh amanah digerakkan untuk memperjuangkan hak-hak kami lantas kami meneruskan persiapan dan pertempuran kerana kami tahu bahawa hak-hak kami tidak mampu dikembalikan melainkan ia direntap oleh kami bahkan setiap rakyat yang dijajah tanah mereka maka kemerdekaan mereka hanya dicapai apabila ianya direntap dengan tumpahan darah dan anggota badan dirobek dan pertempuran. Hal demikianlah yang berlaku di Vietnam, Afghanistan, Afrika Selatan, Iraq, Algeria, Lubnan dan lain-lain yang menjadi sebaik-baik bukti dan saksi.

Kehadapan rakyat kami nan pendekar,

Kehadapan ummat kami,

Kehadapan warga merdeka dunia,

Sesungguhnya kami dari Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam dan selepas 83 hari berlalu semenjak peperangan,pertempuran dan serangan, kami menegaskan perkara berikut :-

1. Mujahidin kami masih berterusan menghadapi musuh di medan perang sepanjang hari dan masa. Bahkan jumlah kenderaan berperisai musuh yang berjaya dihancurkan mujahidin sejak bermulanya pencerobohon darat oleh musuh adalah lebih daripada 825 kenderaan, antaranya kenderaan pengangkutan, kereta kebal, jentolak, lori bekalan dan lain-lain. Oleh itu, mujahidin kami masih teguh bersiap siaga di setiap medan juang dan perbatasan serta mendatangkan kerugian besar kepada musuh lantas menuai nyawa puluhan musuh bahkan bertempur dengan kenderaan berperisai musuh dan keupayaan ketenteraan darat musuh. Dek kerana itu, keberanian mujahidin telah mencatatkan kepahlawanan dan keperwiraan penuh bersejarah serta mujahidin berterusan merencanakan strategi, memilih objektif serangan dan mendatangkan serangan yang parah ke atas musuh menerusi semua kemudahan ketenteraan mujahidin yang tersedia seperti senjata mesingan, senjata pertengahan, senapang penembak tepat, bom tangan, senjata letupan, senjata letupan anti perisai,anti personnel dan anti kubu pertahanan. Mujahidin juga berterusan melancarkan serangan mortar dan roket ke atas tempat perkumpulan musuh, melancarkan operasi-operasi khas meletupkan bekalan senjata dan peluru musuh, meletakkan perangkap letupan pada bangunan-bangunan dan meletupkannya ketika musuh memasuki bangunan tersebut, meletupkan periuk-periuk api, dan menyerang tiga helikopter musuh dengan senjata roket anti pesawat pada dua hari lepas.

Sesungguhnya keadaan kelemahan, kelesuan dan terkial-kial musuh terserlah jelas dan tidak boleh dinafikan dan keadaan musuh tersebut menuntut setiap rakyat kita untuk membalas dendam ke atas musuh yang bongkak kerana musuh tiada keupayaan untuk menghadapi kebangkitan rakyat yang merupakan tuan tanah dan tuan hak serta kemahuan.

Kami telah menyebarkan begitu banyak dokumentasi yang menunjukkan serangan mujahidin ke atas musuh dan kenderaan mereka dan ini hanyalah sedikit daripada limpahan serangan dan operasi mujahidin di medan juang. 

2. Sesungguhnya keutamaan kami adalah untuk menghentikan serangan dan keganasan ke atas rakyat kami dan menamatkan pembersihan etnik ini yang penuh kezaliman yang dilakukan oleh musuh sejak 12 minggu yang lalu terhadap ahli keluarga kami dan warga awam yang tidak berdosa dek kerana kegagalan musuh pada 7 Oktober yang lepas dan kegagalan yang bertambah parah pada operasi pencrobohan darat mereka. Musuh langsung tidak mengutamakan penamatan dan pemberhentian serangan. 

Maka kami merasai betapa pedihnya kesakitan, penderitaan, kezaliman, dan serangan musuh yang membabi buta yang dihadapi oleh anak watan kami sambil diperhatikan oleh seluruh dunia. Dunia ini yang terbahagi antara penjenayah zalim dan penonton yang tidak berdaya yang melihat kuasa besar kezaliman yang pengecut menghenyak dan melempiaskan dendam mereka ke atas warga awam yang tidak berdosa. 

Sesungguhnya perkara yang dapat menggagalkan serangan musuh dengan memberi kehinaan dan kekalahan kepada mereka adalah kecekalan anak watan kami dan mujahidin yang teguh di medan juang hingga dapat mematahkan misi-misi musuh. Justeru, tiada lagi tawaran pertukaran tawanan dan lain-lain tawaran akan kami terima jika tanpa sebarang pemberhentian serangan ke atas anak watan kami dengan sempurna.

3. Sesungguhnya apa yang telah terpahat pada 7 Oktober dan susulannnya yang tersemat pada memori rakyat, ummat kami dan sekalian warga merdeka dunia,maka itu jugalah yang tersemat pada memori zionis penjajah sekaligus menjadi peringatan mendalam sebagai tanda bersejarah mengingatkan perjuangan anak watan kami melawan penjajah.

Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh musuh semenjak 83 hari adalah usaha mereka untuk memadam dan mengubah memori pedih kegagalan mereka. Namun tiap jalan dan perkampungan di Gaza  menjadi saksi akan keagungan anak watan kami dan jihad kami dalam melawan keganasan musuh yang didokong oleh pendakyah-pendakyah tamadun barat dan hak asasi manusia. Gaza telah mendedahkan keaiban dan pendustaan setiap pertubuhan yang memegang pedang hak asasi manusia untuk digunakan ke atas rakyat yang tertindas manakala mereka berusaha melindungi dan menjaga imej kecantikan wajah buruk rejim zalim dan keganasan ini. 

Khatimahnya,

Wahai anak watan kami yang pemurah,

Wahai sekalian mereka yang merupakan tanda kesabaran dan kemenangan,

Apa yang dilakukan oleh musuh yang pengecut ini hanyalah kehancuran dan pembunuhan, dan ini hanyalah suatu pengulangan yang sia-sia yang dilakukan oleh musuh sejak zaman berzaman untuk menghantar mesej kepada rakyat dan menyakinkan mereka bahawa perjuangan jihad mereka adalah lemah tidak berupaya. Namun, kami menjawab kepada musuh :-

Sesungguhnya kami dan anak watan kami di dalam satu parit, kami akan bina kembali apa yang telah dihancurkan oleh penjajah nazi ini. Kami berkongsi bersama-sama anak watan kami satu suapan roti dan satu hirupan air dan pasti akan gagal serta musnah kezaliman musuh ini dengan berkat kekuatan Allah yang hampir dekat. Nescaya anak watan kami akan keluar dari perjuangan ini dengan kepada yang terangkat megah sambil dipakaikan lambang kemuliaan dan keagungan. Tiap titisan darah yang suci yang mengalir dari jasad si syahid atau yang tercedera di dalam peperangan suci ini menjadi saksi akan kemenangan dan kemerdekaan yang makin mendatang dengan izin Allah. 

Maka tenanglah hai anak watan kami yang megah kerna dengan sebab perjuangan kalian, kecekalan kalian, dan dengan Taufan Al-Aqsa maka kalian telah membina keranda bagi penjajah nan penjenayah yang makin lenyap ini. Setiap darah suci nan merdeka ditumpahkan penjajah merupakan tanda jelas akan kehancuran musuh. Ini adalah thabit secara pasti bersandarkan kepada nas syariat Ilahi dan lembaran sejarah dan pengalaman rakyat yang terdahulu.

Kita pohon kepada Allah agar merahmati syuhada kita dan menerima jihad kita, menyembuh mereka yang tercedera serta membaluti luka mereka, membebaskan tawanan kita, memerdekakan bumi israk mikraj kita, menthabatkan mujahidin, membantu anak watan dan perjuangan jihad ini.

Sesungguhnya ini adalah jalan jihad, sama ada kami menggapai kemenangan atau kami gugur syahid.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Link video asal

https://youtu.be/yhSaRu-OEg0?si=qjO0Nh6rm1xAYHrZ

Comments