*Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah,Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 21/12/2023.*




*Kenyataan rasmi terkini Abu Ubaidah,Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 21/12/2023.*


*Maka peganglah wahai anak watan kami kitab suci kalian dengan penuh kekuatan dan biarlah senjata kalian menjadi saksi bahawa kalian berjuang mempertahankan tanah suci kalian ,maruah kalian, kampung kalian,rumah kalian dan harga diri kalian.*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

{ إِذۡ یُوحِی رَبُّكَ إِلَى ٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةِ أَنِّی مَعَكُمۡ فَثَبِّتُوا۟ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ۚ سَأُلۡقِی فِی قُلُوبِ ٱلَّذِینَ كَفَرُوا۟ ٱلرُّعۡبَ فَٱضۡرِبُوا۟ فَوۡقَ ٱلۡأَعۡنَاقِ وَٱضۡرِبُوا۟ مِنۡهُمۡ كُلَّ بَنَانࣲ }
[Surah Al-Anfāl: 12]
(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang yang telah beriman.” Kelak akan Aku berikan rasa ketakutan (gentar) ke dalam hati orang kafir, maka pukullah di atas leher mereka dan pukullah tiap-tiap ujung jari mereka.

{ قَدۡ كَانَ لَكُمۡ ءَایَةࣱ فِی فِئَتَیۡنِ ٱلۡتَقَتَاۖ فِئَةࣱ تُقَـٰتِلُ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَأُخۡرَىٰ كَافِرَةࣱ یَرَوۡنَهُم مِّثۡلَیۡهِمۡ رَأۡیَ ٱلۡعَیۡنِۚ وَٱللَّهُ یُؤَیِّدُ بِنَصۡرِهِۦ مَن یَشَاۤءُۚ إِنَّ فِی ذَ ٰ⁠لِكَ لَعِبۡرَةࣰ لِّأُو۟لِی ٱلۡأَبۡصَـٰرِ }
[Surah Āli-ʿImrān: 13]
Sungguh, telah ada tanda bagi kalian pada dua golongan yang berhadap-hadapan.Satu golongan berperang di jalan Allah dan yang lain (golongan) kafir yang melihat dengan mata kepala, bahwa mereka (golongan muslim) dua kali lipat mereka. Allah menguatkan dengan pertolongan-Nya bagi siapa yang Dia kehendaki. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan (mata hati).

Segala puji bagi Allah yang telah menetapkan kemuliaan dan kemenangan buat orang beriman , dan Dia juga menetapkan kehinaan dan kerendahan buat mereka yang melampaui batas.

Selawat dan salam buat Nabi kita sang pejuang syahid dan ke atas ahli keluarga dan sahabat baginda serta sekalian yang berjihad di atas jalan baginda.

Kehadapan sekalian anak watan kami yang pejuang lagi gagah,
Wahai sekalian mujahidin nan pendekar yang bertempur demi watan dan ummat,
Kehadapan sekalian ummat dan warga merdeka dunia,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

76 hari telah berlalu sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa dan keganasan serta serangan rejim zionis secara membabi buta ke atas rakyat Gaza, dan rejim zionis masih berterusan melakukan jenayah-jenayah perang yang tertera nama mereka di dalam rekod jenayah-jenayah perang ke atas kemanusiaan. Sungguhpun demikian, para mujahidin masih teguh di perbatasan, menghadapi serangan musuh dan memerangi musuh nan penjenayah lagi dalam ketakutan dan mendatangkan kepada musuh kerugian yang parah yang merangkumi kerugian pada askar mereka,pegawai tinggi mereka dan kenderaan berperisai mereka.

Para mujahidin berjaya melumpuhkan musuh meskipun musuh memiliki keupayaan senjata perang yang besar serta musuh sentiasa menerima bantuan ketenteraan yang hebat,namun semua ini menunjukkan kelemahan musuh pada hakikatnya meskipun musuh didokong oleh suatu kesatuan yang zalim lagi melampaui batas serta mereka akan temui penamatan riwayat mereka meskipun masa tersebut berlalu panjang atau pendek.

Sesungguhnya mujahidin kami di perbatasan masih meneruskan serangan dan menghancurkan kenderaan-kenderaan berperisai musuh dengan menggunakan segala keupayaan senjata yang tersedia serta menghalakan serangan hendap dan perangkap yang membunuh ke atas askar musuh serta menyerang dan mengekori musuh yang keluar dari kenderaan mereka. Mujahidin juga berjaya menyerang askar musuh yang berkubu di dalam bangunan-bangunan serta tempat perkumpulan mereka dan serangan tersebut  mendatangkan puluhan kematian dari kalangan askar musuh, ratusan pula yang tercedera dan mengalami kerugian yang mendadak bahkan serangan demi serangan mujahidin tidak akan berhenti dan hanya akan bertambah dengan izin Allah selagimana musuh menyerang.

Sesungguhnya sepanjang seminggu yang terakhir ini,mujahidin berjaya menghancurkan puluhan kenderaan berperisai musuh di mana sebelum ini kami telah umumkan berita kemusnahan kenderaan berperisai ini secara berperingkat. Oleh yang demikian,jumlah kenderaan berperisai musuh yang telah mujahidin serang dan hancurkan sejak pencerobohan darat dari tentera musuh adalah sebanyak 720 kenderaan berperisai yang terdiri daripada kenderaan pengangkutan tentera, kereta kebal, jentolak, truk dan lori bekalan tentera musuh. Serangan-serangan yang dilancarkan adalah disasarkan kepada tiap titik pencerobohan musuh dari Bait Hanun yang terletak di Utara, hingga Khan Yunis di selatan.

Mujahidin juga berjaya dengan berkat kurnia Allah, melancarkan operasi sepanjang seminggu yang terakhir ini lebih daripada 15 operasi serangan tembakan tepat dan lebih 12 operasi pertempuran secara langsung terhadap tentera musuh dengan menggunakan senjata mesingan, senjata sederhana dan bom tangan. Mujahidin juga telah melancarkan serangan secara berpadu dan kohesif secara skala besar dan di tiap titik pencerobohan musuh dengan menggunakan senjata letupan anti personnel, senjata letupan Al-Amal Al-Fidaie , senjata letupan anti perisai termasuk segala jenisnya, senjata letupan anti personnel , senjata letupan anti kubu dan lain-lainnya.

Kehadapan anak watan kami dan warga ummah,
Kehadapan warga merdeka dunia,

Sesungguhnya kami dari briged Al-Qassam,setelah bertempur selama 11 minggu dengan musuh yang menyerang penuh ganas lagi membabi buta persis nazi, kami ingin tegaskan perkara berikut :-

1. Sesungguhnya musuh sekarang ini di medan perang menjadi sibuk dan kekalutan mencari sebarang gambaran kejayaan mereka, ada ketikanyamereka umumkan kejayaan mereka membunuh komander mujahidin dan serangan ke atas mujahidin, dan ada sekali itu mereka bersorak dengan mengumumkan kejayaan mereka menyingkapi terowong mujahidin yang pada hakikatnya sudah lama dan tidak lagi digunakan atau kejayaan mereka meletupkan pelancar roket mujahidin sedangkan pelancar tersebut telah digunakan dan tidak lagi sesuai untuk digunakan kembali. Mereka juga menyambut kegembiraan kononnya telah menguasai kawasan-kawasan ketenteraan mujahidin, pejabat-pejabat, dan tempat tinggal yang telah ditinggalkan yang mana kesemua kawasan tersebut telah terlebih dahulu dibom oleh musuh dengan bertan-tan letupan. Mereka juga menyambut kegembiraan dengan mengumumkan pengeboman mereka secara buta tuli sebagai suatu respon kekecewaan mereka di atas kegagalan dan kerugian besar yang dialami mereka.

Inilah dia musuh yang picisan,lagi kalah nan bongkak yang tidak belajar dari sejarah meskipun satu pengajaran pun. Musuh sebelum ini telah berjaya membunuh pemimpin-pemimpin jihad,dan ribuan mujahidin dan anak watan kami namun darah mereka membuahkan kemenangan serta ruh-ruh mereka mewariskan kekuatan dan semangat waja buat perjuangan jihad ini.

Bahkan sebelum ini musuh telah mengakibatkan kemusnahan, membuat kerosakan, membunuh dan mengeluarkan rakyat kami dari rumah mereka serta musuh telah melakukan penyembelihan demi penyembelihan ke atas anak watan kami sepanjang lipatan rekod sejarah mereka yang hitam lagi berdarah. Natijahnya, anak watan kami tidak punyai sebarang pilihan melainkan membalas dendam ke atas musuh dan memastikan musuh membayar harga tinggi di atas penyembelihan dan jenayah-jenayah yang dilakukan serta anak watan kami senantiasa meneruskan perjuangan ini demi membersih tanah air daripada musuh nan penjajah ini.

Musuh sehingga sekarang masih mengulangi kebodohan dan kesilapan sejarah mereka persis penjajah-penjajah yang lain kerana mereka terpisah dari realiti rakyat yang dijajah, dan  jahil akan kesarjanaan dan tamadun mereka. Musuh juga gagal menanggapi makna kehendak rakyat yang merdeka yang berusaha untuk bebas daripada penjajahan.

2. Sesungguhnya misi musuh untuk menghancurkan mujahidin adalah suatu misi yang telah pun dihukum sebagai gagal dan inilah realiti yang sebenar serta tak mampu untuk disanggahi. Adapun misi musuh untuk menyelamatkan rakyat mereka yang menjadi tebusan , maka operasi tersebut telah mensahihkan kegagalan dan kekalutan mereka sedangkan kami telah umumkan sejak hari pertama peperangan bahawa solusi tunggal untuk krisis ini adalah pertukaran tawanan perang. Justeru serangan membabi buta musuh tidak sesekali membenarkan suatu situasi untuk kami membebaskan rakyat mereka secara mutlak,apatah lagi musuh tidak berupaya untuk menyelamatkan rakyat mereka dengan operasi ketenteraan darat.

Oleh yang demikian,jika musuh dan rakyat mereka mahukan tebusan mereka dibebaskan dalam keadaan bernyawa maka mereka tiada pilihan lain melainkan menghentikan serangan mereka dan menyertai usaha rundingan yang dijalankan perunding mediasi. Inilah pendirian tetap kami dan ia tidak akan berubah! Jika musuh enggan menerimanya maka akam berterusanlah tawanan rakyat mereka gugur terkorban disebabkan serangan pengeboman tentera mereka sendiri yang angkuh serta dasar-dasar pemimpin politik mereka yang mahu larikan diri dari mengakui realiti sebenar yang dihadapi mereka.

3. Kami sampaikan salam buat anak watan kami di Tebing Barat dan Al-Quds yang terjajah yang menjadi mangsa sasaran serangan musuh yang nazi yang mana serangan tersebut membuktikan pendustaan musuh, serta jenayah yang mereka lakukan dan kerakusan mereka dalam melakukan keganasan terhadap rakyat kami sama ada rakyat melawan mereka dengan kelengkapan senjata yang hebat atau rakyat hanya melawan musuh dengan tidak mempunyai senjata melainkan beberapa senjata, batu bata dan pisau sahaja.

Maka peganglah wahai anak watan kami kitab suci kalian dengan penuh kekuatan dan biarlah senjata kalian menjadi saksi bahawa kalian berjuang mempertahankan tanah suci kalian ,maruah kalian, kampung kalian,rumah kalian dan harga diri kalian.

Kami juga ingin menyampaikan salam buat sekalian pejuang mujahidin yang lain yang telah menggempur musuh dan mereka yang mendokong musuh dengan menyerang askar musuh,menyerang ekonomi musuh, dan mereka yang  memberi sokongan maknawi kepada musuh, serta menggugat ekonomi musuh dan keamanan mereka. Khususnya ucapan salam ini buat pejuang di Yaman dan Lubnan yang mana serangan mereka telah menyebabkan musuh kekalutan meminta tolong dan perlindungan dari tuan-tuannya serta mereka takut gelisah akan serangan-serangan akan datang yang lebih mengejutkan dan lebih parah dengan berkat kekuatan Allah.

Khatimahnya, kami mendakap tangan anak-anak watan kami yang mulia lagi sabar kerana menanggung cabaran berat umpama gunung ganang dalam menghadapi pembunuhan besar-besaran ala holocaust yang dilakukan oleh musuh persis nazi ini. Namun anak watan kami masih mampu bangkit berdiri dengan gagah dan sabar di atas tanah airnya.

Ucapan salam buat setiap mujahidin nan pendekar di perbatasan yang telah memberi kejutan kepada musuh dengan penuh keperwiraan dan kecekalan.

Maka sesungguhnya kami yakin dengan janji Allah bahawa kesabaran dan kecekalan penuh lagenda ini tidak akan sesekali sia-sia di neraca timbangan Allah dan nescaya natijah dari perjuangan ini akan membuahkan kebaikan, kemenangan dan kemuliaan sekaligus menjadi mukadimah kepada kejayaan besar dengan berkat pertolongan Allah dan kekuatanNya.

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu, namun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Sesungguhnya inilah jalan jihad,sama ada kami menggapai kejayaan atau gugur syahid demi perjuangan.

Wassalamualaikum warahmatullahwabarakatuh.

Link video asal
https://youtu.be/3FsPU8byhzw?si=am56rkrmi_ULj6e1

Comments