SERUAN INTIFADA DI SELURUH PALESTIN

 

Kenyataan Rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 15.12.2023

*SERUAN INTIFADA DI SELURUH PALESTIN*

*KEMENANGAN AKAN TERCATIT DENGAN DARAH SYUHADA*

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

{ قَـٰتِلُوهُمۡ یُعَذِّبۡهُمُ ٱللَّهُ بِأَیۡدِیكُمۡ وَیُخۡزِهِمۡ وَیَنصُرۡكُمۡ عَلَیۡهِمۡ وَیَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمࣲ مُّؤۡمِنِینَ }

[Surah At-Tawbah: 14]

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tanganmu dan Dia akan menghinakan mereka dan menolongmu (dengan kemenangan) atas mereka, serta melegakan hati orang yang beriman.

Segala puji bagi Allah,  Dia lah Pembela para mujahidin dan Dia lah Maha Menewaskan mereka yang bongkak.

Selawat dan salam ke atas Nabi kita sang Pejuang Syahid, dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda serta mereka yang berjuang di atas jalan baginda.

Kehadapan anak watan kami yang berjihad lagi berpaut kepada kebenaran serta gagah di hadapan musuh,

Kehadapan para mujahidin nan perwira,

Kehadapan sekalian anak jantan gagah menjadi penanda aras kemegahan,

Kehadapan warga ummah Islam dan Arab,

Kehadapan sekalian warga merdeka dunia,

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

70 hari telah berlalu sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa, namun anak watan kami masih cekal dan berterusan meneruskan pertempuran ini dan mereka menghadapi dengan cekal sebuah peperangan yang tidak pernah tercatat di dalam sejarah moden sebelum ini.

Para Mujahidin dan pendekar telah bertempur dengan keupayaan musuh yang penuh dengan kelengkapan senjata yang hebat dan bekalan perang yang membinasakan.

Musuh juga didokong dan dibantu dengan keupayaan jet-jet perang, kapal-kapal laut perang dan kenderaan-kenderaan berperisai, serta ditambah lagi dengan perlindungan oleh kuasa-kuasa besar musuh yang dipimpin oleh pentadbiran Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika Syarikat telah menggunakan langit sebagai sebuah jambatan untuk menyalurkan bantuan berterusan kepada rejim zionis seolah-olah musuh-musuh sedang berperang dengan negara besar di dunia.

Walaupun demikian, para mujahidin masih cekal dan terus menerus menyertai medan juang dengan semangat perwira yang mana perjuangan mereka itu akan ternyata diabadikan dalam lembaran-lembaran sejarah dengan huruf-huruf yang ditintai dengan cahaya dan keagungan.

Sekalian masyarakat dunia melihat bagaimana mujahidin berjaya menghancurkan kenderaan-kenderaan berperisai musuh, dan membakar kenderaan tersebut termasuklah penghuninya yang merupakan pembunuh yang ganas. Masyarakat dunia juga melihat bagaimana musuh menuang api dendamnya dan keangkuhannya ke atas warga-warga awam yang terdiri daripada anak-anak kecil, wanita dan orang tua.

Pihak musuh juga telah menjadi lebih kreatif dalam usaha mereka untuk menghalau rakyat daripada rumah mereka, melaparkan mereka dan mendahagakan mereka yang merupakan suatu jenayah-jenayah perang yang jelas dan tidak memerlukan sebarang siasatan mahupun penyelidikan.

Kehadapan anak watan kami,

Kehadapan umat kami,

Mujahidin kami berhasil dengan berkat bantuan Allah sepanjang 5 hari yang lepas menghancurkan 100 kenderaan berperisai musuh di tempat-tempat pencerobohan musuh seperti Jabaliyya, Syujaeeyah, Sheikh Ridhwan, Zaituun, Mantiqah Al-Wustho, dan Khan Younis (selatan Gaza).

Pada masa yang sama, para mujahidin juga dalam 5 hari yang lepas telah melancarkan sejumlah besar operasi serangan hendap dan perangkap-perangkap tepat terhadap tentera-tentera pejalan kaki musuh di Jabaliyya, Syujaeeyah, Sheikh Ridhwan, Mantiqah Al-Wustho, dan Khan Younis dengan cara mengumpan tentera musuh ke bangunan-bangunan yang mana mujahidi mengenalpasti bahawa musuh akan memasukinya kemudian mujahidin meletupkan musuh dengan letupan anti personnel serta menyerang musuh dengan senjata mesingan dari jarak yang dekat. Pada operasi yang berlainan, mujahidin menggunakan senjata letupan anti kubu pertahanan seraya menghancurkan bangunan yang menghempap kepala-kepala musuh nan penjajah.

Pada kesemua operasi yang dijalankan mujahidin telah berjaya mengakibatkan kematian dan kecederaan amat besar buat barisan tentera musuh. Para mujahidin mengenalpasti jeritan histeria dan teriakan musuh yang sakit meminta tolong apabila terkena serangan mujahidin hingga mengakibatkan musuh menjadi tidak keruan dan melontar bom dan menembak merata tempat tanpa sasaran tepat kerana mahu menutup ketakutan mereka dan cuba mengheret bangkai kawan mereka. Mujahidin juga memerhatikan sepanjang masa tertentu pihak musuh cuba menyelamatkan rakan-rakan mereka dengan menggunakan kenderaan dan helikopter melalui tembok pemisah. Mujahidin juga telah bertambah keyakinan bahawa pihak musuh telah menggunakan tentera upahan bagi operasi mereka meskipun musuh mendakwa bahawa peperangan ini adalah demi menjamin kewujudan dan maruah negara mereka.

Wahai anak watan kami yang mulia,

Wahai ummat kami,

Wahai warga merdeka dunia.

Sesungguhnya kami dari briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam setelah bertempur dan melawan keganasan musuh selama 70 hari maka kami menegaskan perkara-perkara berikut:-

1. Sesungguhnya mujahidin nan pendekar masih berterusan bersiap siaga dan memegang picu senjata untuk menghadapi musuh pada tiap kawasan, mahupun jalan di mana mujahidin ini terdiri daripada briged mujahidin di Bait Hanun,Bait Lahia, Mukhayyam Jabaliya, Jabaliya Balad, bersama-sama dengan briged Ridhwan,Syati', Tuffah, Daroj, Syujaieeyah, Sabrah hinggalah ke briged di Wusto, Khan Yunis dan Rafah. Kesemua mujahidin ini telah berupaya menggugat tentera musuh apatah lagi musuh bertambah tidak keruan apabila bertemu mujahidin briged Al-Qassam. Justeru apa yang dicita-citakan musuh itu akan jelas tersingkap bahawa ianya adalah semata-mata fatamorgana dan angan-angan besar sahaja dengan izin dan kekuatan Allah.

2. Sesungguhnya pertempuran mujahidin dengan musuh telah menyingkap betapa penakut dan pengecutnya askar musuh serta mereka tidak mempunyai sebarang akhlak. Musuh sebenarnya tidak bergantung kepada keupayaan askar sebaliknya bergantung semata-mata kepada teknologi serta alatan bisu. Oleh itu, apabila tiba saat mereka bertemu dengan realiti dan bertempur dengan mujahidin secara berdepan, nescaya mereka bertempiaran lari lalu menjerit meminta tolong seperti anak-anak kecil sambil diburu mujahidin seperti memburu itik. Sewaktu mujahidin bertempur dengan askar musuh,jelas tiada sebarang tanda keperwiraan kepada askar musuh, maka benarlah firman Allah SWT :-

{ لَا یُقَـٰتِلُونَكُمۡ جَمِیعًا إِلَّا فِی قُرࣰى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَاۤءِ جُدُرِۭۚ بَأۡسُهُم بَیۡنَهُمۡ شَدِیدࣱۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِیعࣰا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَ ٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمࣱ لَّا یَعۡقِلُونَ }

[Surah Al-Ḥashr: 14]

Mereka tidak akan memerangi kamu (secara) bersama-sama, kecuali di negeri-negeri yang berbenteng atau di balik tembok. Permusuhan antara sesama mereka sangat hebat. Kamu kira mereka itu bersatu padahal hati mereka terpecah belah. Yang demikian itu karena mereka orang-orang yang tidak mengerti.

3. Sesungguhnya jumlah tentera musuh yang mati dan cedera yang diumumkan secara rasmi oleh musuh adalah sama sekali salah. Hal ini berdasarkan kepada laporan-laporan dan analisa-analisa mujahidin kami yang telah melakukan serangan terhadap askar musuh pejalan kaki membuktikan bahawa jumlah sebenar musuh yang telah mati atau cedera adalah berganda-ganda besarnya dari yang diumumkan oleh musuh apatah lagi tentera musuh yang musnah apabila kenderaan dinaiki mereka diletupkan oleh mujahidin.

Namun, pengumuman bohong tersebut adalah suatu yang memang kami jangkakan dari musuh kerna sesungguhnya setiap peperangan mereka terbina atas pembohongan dan penyelewengan fakta terhadap warga dunia dan askar mereka. Namun,hakikat sebenar akan tetap terzahir sekalipun musuh cuba menyembunyikannya.

4. Sesungguhnya berdasarkan pendirian-pendirian yang dinyatakan oleh musuh secara jelas, dan jenayah-jenayah yang dilakukan oleh musuh di Tebing Barat setiap hari membuktikan bahawa musuh nan penjajah ini berusaha menyerang,mengusir dan membunuh anak watan kami di setiap kawasan kediaman mereka semata-mata mahu memuaskan nafsu penjajah mereka yang mana mereka juga menguasai kerajaan zionis hari ini.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab segera pada saat ini yang perlu dipikul setiap peringkat anak watan kita dan setiap mujahidin untuk menggerakkan INTIFADA dan KEBANGKITAN seraya menyerang penjajah dengan segala bentuk serangan dan menyalakan api di bawah kaki musuh di setiap Tebing Barat untuk membantah dan melawan agenda penjajahan musuh serta  melancarkan suatu bentuk penentangan secara berpadu dari Tebing Barat, Gaza dan Baitul Maqdis terhadap puak musuh bersifat nazi ini. Hal ini kerana kita semua adalah anak watan yang satu, kekal teguh atas tanah air kita dan musuh pasti akan terusir dengan berkat bantuan Allah.

Kami juga memperbaharui seruan kami kepada sekalian warga merdeka ummat kami serta pejuang mereka untuk meningkatkan lagi usaha lapangan mereka untuk melawan musuh dari segenap arah dan barisan kerana musuh hanya memahami bahasa perang dan tidak akan rukuk melainkan di bawah api serangan.

Khatimahnya, wahai keluarga kami, wahai anak watan kami yang megah!

Sesungguhnya perjuangan dan anak-anak mujahidin kalian pada tiap hari dan masa meningkatkan serangan pedih serta tamparan besar terhadap musuh yang mahukan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa serta kehancuran membabi buta demi untuk mencapai kemenangan singkat dan menyenangkan mereka. Namun dengan berkat serangan mujahidin serta kecekalan nan keperwiraan mujahidin telah menyebabkan musuh tidak keruan dan lemah.

Sesungguhnya thabat kalian, pemberian kalian, kesabaran kalian akan diabadikan di dalam sejarah seraya mencoret lembaran kemenangan dengan darah para syuhada yang bersih nan suci. Maka bergembiralah dengan tuaian hasil kesabaran kalian dan jihad kalian, ingatlah firman Allah :-

{ وَمَا جَعَلَهُ ٱللَّهُ إِلَّا بُشۡرَىٰ وَلِتَطۡمَىِٕنَّ بِهِۦ قُلُوبُكُمۡۚ وَمَا ٱلنَّصۡرُ إِلَّا مِنۡ عِندِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِیزٌ حَكِیمٌ }

[Surah Al-Anfāl: 10]

Dan tidaklah Allah menjadikannya melainkan sebagai kabar gembira agar hatimu menjadi tenteram karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

{ ....رَبَّنَاۤ أَفۡرِغۡ عَلَیۡنَا صَبۡرࣰا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَـٰفِرِینَ }

[Surah Al-Baqarah: 250]

"..Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."

Sesungguhnya ini adalah jalan jihad,sama ada kami menang atau kami gugur syahid.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Abu Ubaidah jurucakap Briged Asy-Syahid Izzudin Al-Qassam

link video asal
https://www.youtube.com/watch?v=53uG0mBgnG8&pp=ygUR2KfYqNmIINi52KjZitiv2Kk%3D


Comments