Kenyataan Rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 14.01.2024



*Kenyataan Rasmi terkini Abu Ubaidah, Jurucakap Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam bertarikh 14.01.2024*

*Sesungguhnya fajar kemenangan sudah hampir tiba dengan takdir Allah dan seruan Solat Malam dan Qunut buat sekalian ummat Islam*

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang telah memerintahkan kami untuk berjuang maka telah pun kami bersiap siaga, yang menyeru kami untuk mempertahankan tanah air dan tanah suci kami lalu kami sahutinya, maka telah kami serbu ke gerbang musuh lalu kami berjaya, Dia lah Tuhan Yang menepatkan tembakan kami, dan menghancurkan musuh kami, Dia lah yang menjadikan kami pelindung bumi Israk Mikraj dan pengkhidmat tanah suci Al-QudsNya yang berkat.

Selawat dan salam ke atas Nabi kita Sang Pejuang Jihad, dan ke atas ahli keluarganya serta sahabatnya dan sekalian mereka yang berjihad di atas jalan baginda. 

Kehadapan anak watan kami yang merdeka lagi agung,

Kehadapan sekalian ummat Islam dan Arab,

Kehadapan sekalian warga merdeka dunia

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

100 hari berlalu sejak bermulanya perang Taufan Al-Aqsa , peperangan yang bersejarah lagi amat penting yang berlaku di tengah-tengah rakyat kami dan sekalian ummat. Teriakan perjuangan ini yang bergema di corong masa memberikan pekikan pada sekalian mata dunia dengan berkat kekuatan Allah sekaligus memerdekakan semua ummat dan rakyat yang diperhambakan dan ditindas.

Perjuangan Taufan Al-Aqsa ini memberi suatu contoh kepada rakyat bagaimana tapak tangan kosong mampu menampar binatang buas, sekaligus menunjukkan bagaimana suatu rejim penjajah zionis lagi nazi serta tercela ini menjadi ketentuan kehancuran buat mereka ditangan rakyat kami di mana rejim zionis menjadi suatu rejim yang terpaling jelik dan ganas di hadapan mata dunia namun kesombongannya dihancurkan oleh rakyat kami,  menghancurkan kesombongan musuh, dan membalas kesombongan musuh dengan serangan 7 Oktober 2023 yang mencetuskan peperangan penuh lagenda seolah-olah ia merupakan khayalan sahaja atau mustahil.

Kita undur 100 hari ini ke belakang agar kita memperingatkan mereka yang buta, mereka yang menjadi rakan komplot musuh, mereka yang lembik yang semuanya dari rejim zalim dunia yang diperintah oleh undang-undang rimba...kami peringatkan mereka akan keganasan rejim zionis yang mencapai kemuncak ke atas bumi Israk Mikraj kami dan Aqsa kami , dan telah bermula pembahagian Aqsa oleh musuh dari sudut masa dan tempat bahkan telah dibawa datang lembu-lembu merah sebagai mengikuti khurafat agama yg dibenci yg dibuat bagi memusuhi satu ummah secara total di tengah-tengah bumi Arab dan bumi Israk dan Mikraj Nabi ke langit.

Bahkan jenayah musuh ini dan kerajaan fasis mereka ini telah mencecah sampai ke tahap mereka menuntut suatu pembantaian rakyat Palestin dan menghalau mereka serta mencemar tanah suci Palestin secara terang terangan dan melakukan pembunuhan rakyat Palestin secara sistematik di Tebing Barat, Gaza, dan di Aqsa sejak tahun 1948.

Pemimpin-pemimpin musuh berterusan dengan sikap ketuanan dan rasis serta kebaculan mereka melakukan penyeksaan dan pembunuhan ke atas rakyat kami di dalam penjara musuh serta mencekik Gaza demi memuaskan kehendak pengundi-pengundi mereka yang penuh terbeban dengan perasaan kebencian ke atas segala yang berkait dengan Palestin, Arab dan Islam. 

Maka kami tidak mampu berbuat apa-apa melainkan dengan menggunakan segala keupayaan kami untuk melawan musuh dan mengingatkan dunia bahawa tanah air kami dan bumi Israk Mikraj ini ada pendekar nan penjaga. Oleh itu, pertempuran 7 Oktober 2023 yang berlaku untuk mengenakan bayaran tinggi ke atas rejim penjajah ini dek kerana musuh telah melakukan pembunuhan ke atas warga dan keluarga kami sejak 100 tahun dan menjajah Qiblat pertama Muslimin dan berusaha untuk menghancurkan sekalian rakyat Palestin dari kewujudan.

Kehadapan anak watan kami yang pemurah, 

Kehadapan sekalian ummat kami yang besar,

Sudah 100 hari berlalu di mana pihak musuh nan penjenayah melakukan penyembelihan rakyat Palestin yang mana pembunuhan ini mampu memucat lesikan wajah kemanusiaan. Sesungguhnya keadilan dunia ini jika ada pasti akan mengadili rejim ini dan memutuskan bahawa senjata rejim tersebut perlu dirampas dan semua pemimpin dan tenteranya diheret ke muka pengadilan sekaligus dihukum semuanya dengan hukuman yang paling berat. Namun hakikatnya, keadilan dunia sudah tempang dan menghalang dari apa yang diimpikan sebenarnya hingga menyakinkan kami bahawa apa yang kami lakukan pada 7 Oktober adalah sangat tepat dan wajib bahkan termasuklah segala perjuangan yang dibawa rakyat kami dan jihad kami sejak masa yang lama lagi yang menghentak penjajah dengan bergantung kepada keupayaan anak watan tanah air kami. 

Sesungguhnya kami dalam berhadapan dengan apa yang dilakukan oleh penjajah nan pengecut ini sejak 100 telah kami berjaya mendatangkan kejutan kepada musuh dan masih mendatangkan kerugian buat mereka hingga mereka terpaksa membayar nilai yang tinggi bahkan kerugian itu akan senantiasa bertambah hingga melebihi kerugian yang mereka alami pada 7 Oktober 2023. Kami telah berjaya menyasarkan serangan dan mendatangkan kerosakan teruk sejak 100 hari dengan berkat kurnia dan bantuan Allah lebih kurang 1000 kenderaan berperisai musuh yang telah memcerobohi Gaza sama ada di Utara, kawasan tengah Gaza dan juga di Selatan. Pada masa yang sama, kami telah berjaya melancarkan ratusan operasi ketenteraan ke atas musuh pada tiap titik pencerobohan musuh. Mujahidin kami telah menunjukkan daya kreatif dan kemampuan dalam bertempur dengan musuh meskipun terdapat perbezaan ketara dalam keupayaan ketenteraan antara tentera musuh dan mujahidin. Adapun segala pembunuhan dan penyembelihan yang dilakukan musuh akan menjadi suatu coretan tanda di lembaran sejarah hitam mereka manakala mujahidin kami dalam tempoh 100 hari dengan berkat bantuan dan dokongan Allah telah berjaya menjaga barisan saf mereka dan makin yakin untuk menjaga kesucian tanah air mereka dari musuh yang ganas nan tercela. Para mujahidin telah memberikan pengorbanan yang besar dan merekodkan perjuangan yang hebat tanpa bandingan di zaman ini dan mereka masih kukuh di medan perbatasan serta cekal dalam mendatangkan kerugian besar buat musuh. 

Sesungguhnya pertempuran penuh bersejarah yang dilakukan mujahidin sama ada yang telah kami umumkan atau yang kami tidak dapat umumkan akan terabadikan sebagai satu peperangan yang paling agung, paling indah, paling adil, paling suci dalan sejarah ummat kita. 

Kehadapan anak watan kami yang mulia,

Kehadapan mereka yang melakukan keajaiban,

Kehadapan sekalian ummat kami,

Kehadapan sekalian warga merdeka dunia,

Sesunguhnya kebanyakan pertempuran yang dibawa oleh mujahidin adalah dari Briged Al-Qassam dengan menggunakan alatan letupan, senjata roket, pelancar roket, senjata anti perisai, senjata letupan yang pelbagai, senjata serangan tepat, bahkan peluru, namun segala senjata ini tidak mampu mendatangkan kesan kepada keupayaan persenjataan Amerika yang digunakan tentera zionis upahan bagi Amerika melainkan dengan pembentukan jiwa seorang mujahid Palestin yang gagah menghadapi segala kekuatan dunia dengan penuh tekad mahu melawan pembunuh bapanya, datuknya, mereka yang mengotori bumi Israk Mikraj Nabinya dan penjajah tanah airnya. Maka usaha dan perjuangan yang memburukkan wajah musuh dan mematahkan serangan mereka tidak akan berjaya jika tanpa kecekalan,keagungan,pengorbanan dan kemegahan anak watan merdeka yang mengatasi segalanya dan mereka tidak akan menjatuhkan martabat tanah air mereka,bumi suci mereka dan watan mereka.

Maka, apakah yang mampu dilakukan oleh segala teknologi canggih roket dan kereta kebal dan jet perang moden yang dilengkap senjata letupan yang ganas di hadapan kekuatan keimanan para Mujahidin yang teguh bermabit di medang juang selama dua bulan atau lebih sambil menanti waktu untuk menyerang musuh dan melaksanakan kewajipan dan pada masa yang sama berharap sepenuhnya kepada Allah serta beriman akan keadilan perjuangan ini.

Sesungguhnya penyaksian-penyaksian mujahidin nan perwira yang pulang dari medan pertempuran sama ada di Utara mahupun tengah atau Selatan Gaza mensabitkan betapa pendekarnya mereka dan betapa gagahnya iman mereka serta kecekalan mereka dalam mempertahankan tanah air mereka dan melancarkan serangan ke atas musuh. Para mujahidin juga kembali dengan membawa penyaksian menggemparkan betapa lemahnya semangat tentera zionis dan askar upahan mereka yang tercela , maka bagaimanakah mereka ini boleh diheret masuk ke medan perang, bahkan tentera musuh menangis menggelupur  ketakutan dan bertempiaran lari apabila berhadapan dengan mujahidin meskipun musuh memilik senjata yang hebat serta mempunyai perlindungan jet perang mereka di udara.

Sesungguhnya apa yang dipersembahkan oleh musuh berkenaan keperwiraan mereka yang sebenarnya penuh syak wasangka adalah barang perlian bagi anak-anak kecil Palestin. 

Kehadapan anak watan kami,

Kehadapan ahli keluarga kami,

Kehadapan ummat kami,

Kehadapan setiap yang mendengar suara kami,

Sesungguhnya kami dari Briged Asy-Syahid Izzuddin Al-Qassam selepas berlalunya 100 hari peperangan ini yang penuh dengan pertempuran dan menghadapi serangan musuh, maka kami tegaskan perkara-perkara berikut:-

1. Sesungguhnya peperangan Taufan Al-Aqsa merupakan peperangan kesemua anak watan Palestin di mana setiap anak watan berjuang dengan segala keupayaannya bersama-sama mujahidin di dalam parit yang satu. Maka setiap isu yang mahu diperbincangkan tidak ada nilai melainkan isu pemberhentian serangan musuh di mana peperangan ini akan bertambah luas hari demi hari sekaligus membakar musuh ini dan setiap yang mendokong dan membantu musuh.

Sesungguhnya misi-misi musuh telah terbantut dek kerana kejituan dan kentalnya ketabahan anak watan kami dalam menghadapi musuh. Maka beginilah keadaan pemimpin musuh yang bongkak namun menghirup kesakitan kekalahan dan terjunam di dalam mendapan kegagalan. Objektif musuh yang mahukan rencana menghalau anak watan Palestin langsung tidak tercapai manakala pengeboman musuh secara membabi buta hingga kini tidak membuahkan apa-apa hasil melainkan kehinaan buat mereka. Mereka juga tidak mampu menyelamatkan tebusan-tebusan mereka.

Topeng helah musuh juga tersingkap jatuh apabila mereka melakukan genocide ke atas warga yang tidak berdosa. Natijahnya,rejim zionis telah menghasilkan musuh mereka sendiri yang akan melawan mereka di dalam setiap rumah anak watan Palestin dan Arab dan imej zionis menjadi jelik di mata setiap warga merdeka di dunia meskipun pada asalnya imej mereka memang teruk.

2. Sesungguhnya apa yang diumumkan oleh musuh berkenaan pencapaian mereka yang penuh curiga tentang pengeboman mereka ke atas tempat simpanan senjata mujahidin dan tempat-tempat pelancar roket dan "pendedahan" mereka berkenaan terowong berkilometer, semuanya ini adalah perkara yang melucukan. Suatu hari nanti akan kami buktikan penipuan pencapaian mereka ini dan betapa tiada faedahnya dakwaan tersebut. 

Kami ingin jawab dengan ringkas setakat ini bahawa sebelum bermulanya pertempuran pada 7 Oktober 2023 pada ketika kami dalam peringkat perancangan, kami tidak mempunyai sebarang tempat simpanan senjata mahupun  tempat pelancar roket yang didakwa oleh musuh, namun kami masih mempunyai simpanan senjata yang banyak sebagai makluman kepada dunia.

Adapun berkenaan tawanan rakyat Israel di dalam tahanan kami,maka kami ingin nyatakan bahawa status beberapa tawanan tersebut pada beberapa minggu yang terakhir ini adalah tidak diketahui. Manakala jumlah lain yang berbaki telah memasuki terowong-terowong bawah tanah yang tidak diketahui disebabkan serangan ganas pihak musuh. Kebarangkaliam besarnya, beberapa di antara mereka telah mati manakala jumlah yang berbaki yang masih hidup sekarang ini duduk dalam keadaan ketakutan dan kecemasan kerana bimbang terkena serangan musuh pada tiap saat. Pemimpin dan tentera musuh menanggung tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang terjadi ke atas tawanan-tawanan tersebut.

3. Kami sampaikan salam buat pejuang-pejuang setia dari ummat kita yang terdiri daripada mujahidin Lubnan yang pemurah nan pendekar dan dari Yaman yang merupakan tempat hikmah dan Iman, dari Iraq dan sekalian wilayah ummat kita. Kami sampaikan takziah atas syuhada mereka,dan kami doakan keberkatan atas perjuangan dan usaha mereka.

Dunia dapat menyaksikan bagaimana kuasa-kuasa kezaliman menggelupur ketakutan dan bergegas menubuhkan suatu perikatan yang penuh kemunafikan dan kebongkakan lalu melancarkan serangan ke atas mereka yang menolong rakyat Gaza sedangkan mereka hanya menzahirkan solidariti mereka sepertimana yang dituntut oleh ukhwah Islamiyyah,dan kemanusiaan. Mereka berterusan mendatangkan pukulan-pukulan besar lagi barakah buat musuh dan mereka yang membantu musuh di belakang tabir sebagai suatu penentangan ke atas holocaust yang dilakukan zionis nazi ini ke atas anak watan dan keluarga kami. Para mujahidin kesemuanya akan memperluaskan lagi serangan ke atas musuh pada hari yang mendatang selagimana serangan musuh berterusan kerana kami tidak penat mahupun jemu dalam menyeru sekalian ummat untuk bingkas bangkit dan membela Aqsa mereka dan bumi Israk Mikraj Nabi mereka di mana zionis merencana dan melaksanakan rencana mereka untuk menghancurkan Aqsa dan membina Haikal mereka. Pembelaan Aqsa ini lah yang mana darah kami ditumpahkan dan pertempuran 7 Oktober 2023 dilakukan.

Maka ke atas sekalian pejuang anak watan kami, termasuk di Tebing Barat serta sekalian pejuang ummat yang mana masih mengalir darah Islam mereka untuk menggapai detik bersejarah ini dan menyatakan kalimat bantahan mereka di hadapan dunia serta menggabungkan diri dengan panji Taufan Al-Aqsa.

Ketahuilah bahawa musuh dan pemimpin mereka sedang bersegera menuju ke arah mimpi ngeri kejatuhan mereka bertepatan dengan ketentuan Allah yang telah memutuskan kehancuran mereka. 

4. Kami melihat bahawa adalah menjadi kewajipan kami dari sudut agama dan jihad untuk memaklumkan kepada jutaan kaum muslimin di dunia bahawa musuh sejak 100 hari berlalu telah memusnahkan majoriti besar masjid-masjid di Gaza. Mereka telah menghancurkan, membakar dan mencemarkan setiap masjid yang dirempuh kenderaan mereka hingga menghentikan laungan azan dan solat jemaah di masjid sekaligus ini merupakan juga peperangan demi agama musuh dan ini juga sebagai suatu pelengkap bagi agenda yang telah dimulakan oleh puak zionis fanatik agama di Aqsa yang memulakan peperangan ke atas Masjidil Aqsa. Ketahuilah tindakan ini adalah petanda kehancuran dan malang ke atas sekalian pembunuh-pembunuh zionis nazi kerana mereka tidak mampu berperang dengan Allah dan ini sabit di dalam Injil, Taurat dan Al-Quran. 

Ini juga suatu seruan kepada sekalian muslim agar mengetahui jenis peperangan ini dan latar belakangnya dan tabiat rejim zionis nan penjenayah ini yang merupakan keturunan pengganas zionis. Maka bagi yang selemah-lemah iman,yang tidak mampu membela darah insan tidak berdosa, maka hendaklah ia membela Agama Allah kerna telah hancur di tangan zionis sekalian rumah ibadat dan masjid-masjid yang mana disebut padanya nama Allah.

MAKA DIRIKANLAH SOLAT MALAM DAN QUNUT NAZILAH PADA BULAN HARAM INI DISETIAP MASJID DI SELURUH DUNIA maka tadahlah doa ke Tuhan Sekalian Alam agar pertolonganNya hadir bagi sekalian hambaNya yang beriman dan agar Allah menghancurkan musuh yang melampaui batas.

{ ٱلَّذِینَ أُخۡرِجُوا۟ مِن دِیَـٰرِهِم بِغَیۡرِ حَقٍّ إِلَّاۤ أَن یَقُولُوا۟ رَبُّنَا ٱللَّهُۗ وَلَوۡلَا دَفۡعُ ٱللَّهِ ٱلنَّاسَ بَعۡضَهُم بِبَعۡضࣲ لَّهُدِّمَتۡ صَوَ ٰ⁠مِعُ وَبِیَعࣱ وَصَلَوَ ٰ⁠تࣱ وَمَسَـٰجِدُ یُذۡكَرُ فِیهَا ٱسۡمُ ٱللَّهِ كَثِیرࣰاۗ وَلَیَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن یَنصُرُهُۥۤۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِیٌّ عَزِیزٌ }

[Surah Al-Ḥajj: 40]

orang yang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar, hanya kerana mereka berkata, "Tuhan kami ialah Allah.” Seandainya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentu telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa.

Khatimahnya, wahai anak watan kami yang gagah perkasa di medan juang, sudah 100 hari namun mujahidin kami masih kental azam dan semangat mereka. Mereka tidak goyah lagi lemah disebabkan apa yang menimpa ke atas mereka, dan mereka tidak menyerah.

{ وَكَأَیِّن مِّن نَّبِیࣲّ قَـٰتَلَ مَعَهُۥ رِبِّیُّونَ كَثِیرࣱ فَمَا وَهَنُوا۟ لِمَاۤ أَصَابَهُمۡ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا۟ وَمَا ٱسۡتَكَانُوا۟ۗ وَٱللَّهُ یُحِبُّ ٱلصَّـٰبِرِینَ }.              [Surah Āli-ʿImrān: 146]

Dan betapa banyak nabi yang berperang didampingi sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertakwa. Mereka tidak (menjadi) lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mencintai orang yang sabar.

100 hari berlalu,namun anak watan kami teguh penuh lagenda berdiri teguh atas tanah air mereka meskipun tercedera dan luka namun meneruskan untuk melakar suatu pertempuran penuh menggemparkan dengan penuh kecekalan, dan kebanggaan serta terus mengawasi dan menjaga wilayah Syam ini serta di perbatasan Asqolan dan menunduk patuh dengan khabar gembira Nabi saw sambil dipayungi sayap-sayap Malaikat Tuhan Yang Maha Penyayang.

Maka beruntunglah kalian hai anak watan Gaza,

Maka beruntunglah dikau hai bumi Gaza,

Wahai insan pilihan Allah di bumiNya,

Bergegaslah ke bumi itu insan pilihan Allah dari kalangan hambaNya, 

Maka perhatikanlah pertolongan Allah yang sudah hampir dan janji kemenangan dariNya yang penuh agung, dan janji masuknya kita ke bumi Aqsa dengan penuh yakin dan percaya kepada Allah.

Sesungguhnya fajar kemenangan sudah hampir tiba dengan takdir Allah dan Allah tidak sesekali mensia-siakan jihad,darah dan kesakitan yang dialami oleh keluarga dan anak watan kita.

Sesungguhnya Allah itu berkuasa atas segalanya namun kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Ini lah jalan jihad,sama ada kami menang atau gugur syahid.

Wassalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Nota penterjemah : terima kasih kepada Ustaz Sidek dan Ustaz Sidqi atas bantuan menterjemah sebahagian ibarat teks Abu Ubaidah

Comments