Mengapa Taufan Al-Aqsa tercetus?



*Cuplikan dari ucapan terbaru Ismail Haniyyeh, Ketua Hamas.*

Mengapa Taufan Al-Aqsa tercetus? 

Mengapa perubahan strategik ini menjadi suatu langkah yang diambil gerakan jihad?

Untuk menjawab isu ini, aku katakan bahawa di sana terdapat tiga perkembangan yang berlaku sebelum terjadinya 7 Oktober 2023 yang mencetuskan Taufan Al-Aqsa

Perkembangan pertama

1) Usaha untuk meminggirkan perjuangan Palestin di mata dunia hingga masyarakat antarabangsa dan pembuat dasar dunia sudah melupakan suara Palestin. Dunia sudah mula berinteraksi dengan rejim zionis secara normal dan mereka menganggap bahawa perjuangan Palestin ini adalah isu dalaman Israel sahaja ,maka wajarlah Israel mengurus isu tersebut dengan cara mereka sendiri.

Tiada lagi dasar negara dan persidangan peringkat negara mahupun antarabangsa yang mahu membicarakan isu Palestin. Bahkan perbincangan berkenaan solusi "dua negara" (Two State Solution) tidak lagi menjadi fokus bagi penggubal-penggubal dasar di peringkat antarabangsa. Ini lah dia usaha menggelapkan secara keseluruhan perjuangan Palestin.

Perkembangan kedua

2) Munculnya suatu kerajaan zionis yang dipandu oleh puak ekstrem lagi pelampau zionis, mereka ini ekstrem dalam agama mereka,dan ekstrem dalam perkauman serta ketuanan Yahudi. Mereka menetapkan bahawa isu utama pemerintahan mereka adalah menamatkan segala usaha pembelaan Masjid Al-Aqsa, menzioniskan Tebing Barat, meneruskan kepungan ke atas Gaza bahkan puak pelampau ini merancang untuk melaksanakan rencana-rencana menghalau rakyat Palestin dari Tebing Barat ke Jordan,dan dari Gaza ke Mesir.

Kerajaan zionis pelampau ini merupakan cerminan kepada masyarakat Israel yang menjadi pelampau lagi ektremis agama dan perkauman. Oleh itu, musuh sudah mula melaksanakan rencana menghalau rakyat kita, dan kita lihat penindasan yang berlaku di Masjidil Aqsa , di Tebing Barat pula mereka membina penempatan zionis serta menzioniskan kawasan tersebut, mengerat-ngerat tanah air kita, mengepung Gaza yang mana Gaza telah terkepung sejak 17 tahun lagi dan berterusan ribuan rakyat Palestin dipenjarakan penuh kezaliman.

Justeru adalah jelas bagi kami bahawa rejim zionis sekarang ini yang merupakan rangkaian yang bersambung kepada tabiat masyarakat mereka yang sudah menjadi pelampau ekstrem akan menggerakkan makar dan rencana mereka untuk memusnahkan Masjidil Aqsa yang penuh berkat atau melaksanakan penguasaan secara total ke atas Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama ummat Islam dan bumi israk mikraj Rasulullah saw. 

Perkembangan ketiga

3) Perkembangan ini yang paling bahaya iaitu usaha untuk meninggalkan secara total isu Palestin dan menyerah sepenuhnya kepada kemahuan Israel dengan cara menjalankan hubungan normalisasi dan diplomatik dengan zionis. Bahkan menerima Zionis sebagai rakan diplomatik serantau dan berinteraksi dengan rejim musuh ini seolah-olah rejim tersebut mempunyai legitimasi. 

Hubungan normalisasi ini dibuat atas dakwaan kononnya menjaga hak-hak rakyat serantau dan Palestin, bahkan Israel mendakwa bahawa normalisasi ini penting untuk mewujudkan keamanan serantau. Maka bicara normalisasi Israel ini telah mula tiba di banyak ibu-ibu negara di Timur Tengah dan dunia.

Kami berhadapan dengan ketiga-tiga perkembangan ini yang membawa maksud menggelapkan suara Palestin di peringkat dunia, dan melenyapkan suara dan perjuangan Palestin dengan mengiktiraf kerajaan Zionis ini, bahkan sudah ada negara-negara di rantau ini (Timur Tengah) yang mula melancarkan kerjasama dalam ketenteraan dan keamanan dengan Israel...kesemua ini secara pasti menggugat suara Palestin,suara Jihad para Mujahidin terutamanya pejuang Hamas dan barisan mujahidin lain.

Maka kami melihat tiada lagi cara untuk merespon dan berhadapan dengan perkembangan-perkembangan ini dengan cara klasik dan hanya mempertahankan diri sahaja, melainkan kami membalas rencana musuh dengan menuruti firman ALLAH SUBHANAHU WA TAALA

{ قَالَ رَجُلَانِ مِنَ ٱلَّذِینَ یَخَافُونَ أَنۡعَمَ ٱللَّهُ عَلَیۡهِمَا ٱدۡخُلُوا۟ عَلَیۡهِمُ ٱلۡبَابَ فَإِذَا دَخَلۡتُمُوهُ فَإِنَّكُمۡ غَـٰلِبُونَۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوۤا۟ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِینَ }

[Surah Al-Māʾidah: 23]

"Berkatalah dua orang lelaki di antara mereka yang bertakwa, yang telah diberi nikmat oleh Allah, “Serbulah mereka melalui pintu gerbang (negeri) itu. Jika kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu benar-benar orang beriman.”

Maka datanglah Taufan Al-Aqsa, sejarah ini adalah sejarah mulia bukan sahaja bagi rakyat Palestin tetapi buat sekalian ummat bahkan di dalam lipatan sejarah kemanusiaan. 

Maka atas nama mempertahankan kemanusiaan, datanglah Taufan Al-Aqsa.

Comments